7 Produk Kehamilan Yang Bantu Mudahkan Hari Ibu Hamil, Boleh Cuba Beli!

Fasa kehamilan adalah fasa pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh ibu hamil. Malah bukan ibu hamil saja, keluarga juga turut terbabit sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fasa kehamilan adalah fasa pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh ibu hamil. Malah bukan ibu hamil saja, orang di sekelilingnya akan turut terbabit sama dalam fasa penuh cabaran ini.

Kehamilan sepatutnya dilalui dengan penuh ceria, tetapi dengan pelbagai fasa yang perlu dihadapi kadangkala ia mendatangkan stres kepada ibu hamil.

Justeru, bagi mengurangkan stres sepanjang fasa kehamilan mungkin ada beberapa langkah yang boleh diambil ibu hamil bagi memastikan fasa kehamilan mereka dilalui dengan penuh keceriaan dan kegembiraan menanti insan baru dalam hidup pasangan suami isteri.

Fasa kehamilan penuh cabaran, anda mesti sabar

Menurut laporan parents.com, ada jalannya untuk mengatasi stres atau cabaran ketika hamil iaitu beberapa item yang boleh membantu ibu hamil dalam melalui fasa kehamilannya.

Ini bukan saja membantu memudahkan ibu hamil menguruskan diri mereka malah orang di sekelilingnya juga dapat membantu ibu hamil ini.

Semua faham, ketika hamil banyak perkara berubah, jadi emosi dan jiwa ibu hamil ini kadangkala jadi rapuh. Dengan wujudnya item-item yang membantu, ia sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada ibu hamil untuk menghadapi hari-hari mereka.

Apa yang penting, gunakan segala yang ada dengan sebaiknya dan manfaatkannya untuk membantu anda. Berikut adalah 7 item yang mungkin dapat membantu ibu hamil menjalani hari-harinya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Jurnal kehamilan

Mungkin boleh buat sendiri atau reka ikut kesesuaian anda. Gunakan buku yang fancy yang boleh mendatangkan mood gembira pada anda.

Dalam jurnal berkenaan anda boleh masukkan sebarang nota dari temujanji bersama doktor, sebarang perkara berkaitan anda dan bayi, apa yang anda rasaakan bersama bayi anda dan juga gambar ultrasound dari check up anda.

Jurnal kehamilan anda ini juga boleh menjadi seperti ‘buku merah’ kedua yang anda boleh buat rujukan mengenai perkembangan anda dan bayi. Apa saja berkaitan kehamilan anda boleh rujuk di situ, malah boleh wariskan kepada bayi anda bila dia sudah besar nanti untuk dia tahu perjalanan semasa dalam perut ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hadiah yang tidak ternilai harganya.

#2. Alat kesan degupan jantung/fetal doppler

Dengar macam besar sangat kan, tetapi mesin kesan degupan jantung ni kecil saja saiznya. Malah ada juga dijual di farmasi atau dalam talian. Fetal doppler  ini sesuai digunakan selepas 20 minggu kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh cuba. Tetapi janganlah terlalu bergantung padanya kerana anda perlu check dengan doktor juga. Mungkin cara kita mengesan degupan jantung tak sama dengan yang lebih pakar.

Penggunaannya fetal doppler ini sangat mudah malah ada yang boleh disambungkan melalui bluetooth di telefon bimbit anda.

#3. Bantal kehamilan C-Shaped/U-shaped

Bila hamil, pergerakan ketika tidur dan baring agak sukar. Jadi bantal c-shaped ini antara bantal yang akan memberi keselesaan pada anda terutama ketika tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh ampu perut menggunakan bantal ini, banyak feedback daripada ibu hamil mengatakan bantal ini memang membantu mereka untuk tidur dengan lebih selesa terutama ketika keadaan perut semakin membesar.

#4. Gelang anti-loya/nausea sea-band

Mungkin ada wujudnya product ini di pasaran. Tetapi pastikan ia tidak mempunyai sebarang bahan berbahaya yang boleh membahayakan diri dan kandungan anda.

Pastikan ia tiada bahan kimia yang boleh mendatangkan bahaya atau iritasi memandangkan anda perlu memakainya sebagai gelang.

#5. Maternity bra

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bra untuk kehamilan diperlukan setiap ibu hamil. Ia mestilah wireless kerana apabila hamil payudara anda akan rasa seperti membengkak dan bra yang sesuai memang diperlukan untuk keselesaan.

Anda juga boleh terus menggunakannya selepas bersalin nanti!

#6. Seluar mengandung

Bila mengandung, seluar biasa tidak lagi sesuai untuk anda. Jadi belilah seluar untuk wanita mengandung yang sesuai untuk perut anda.

Seluar ini mempunyai getah dan kain di bahagian perut yang akan memberi keselesaan kepada ibu mengandung. Pilihlah mengikut saiz yang sesuai dengan anda.

#7. Losen stretch mark

Apabile mengandung, kulit anda akan menegang dan boleh menimbulkan stretch mark. Jadi untuk mengelakkan kulit kering dan kesan stretch mark terlalu ketara anda boleh gunakan losyen atau minyak yang sesuai untuk melembapkan kulit.

Ia boleh dipakai di seluruh badan, bukan hanya di perut ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: parents.com

Kredit foto : Sumber

Baca juga:

14 Bahan Di Dapur Yang Boleh Merawat Morning Sickness Ketika Wanita Hamil

Penulis

Lala Annuar