Dahulu pernah tular video kanak-kanak yang cukup petah bercakap dialek kelantan walaupun menetap di Birmingham, United Kingdom. Kalau anda pengikut thefamily UK tentu anda familiar.
Tak lain tak bukan kanak-kanak itu adalah Fatimah Omar Mukhlis. Kepetahannya itu mencuit hati netizen di Malaysia, dan pengikutnya kini di Instagram @thefamily.uk telah mencecah 777 ribu.
Siapa yang mengikuti Instagram keluarga Malaysia yang menetap di United Kingdom ini pasti tahu perkembangan keluarga ini terutama sekali Fatimah sendiri, yang mana kini dilaporkan dalam keadaan kurang sihat.
Fatimah thefamily UK sesak nafas, paras oksigen menurun
Menerusi perkongsian gambar Fatimah di Instagram thefamily uk, mereka memberitahu bahawa Fatimah, 7 telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas.
Menurut kapsyen dalam dengan gambar kanak-kanak berkenaan yang terlantar di atas katil berserta alat bantuan pernafasan, ahli keluarga memohon orang ramai supaya dapat mendoakan Fatimah kerana dia berada di bahagian kecemasan hospital.
“Please kindly pray for Fatimah. She’s extremely unwell – chest pain, difficulty breathing. We are now at the A&E waiting for ambulance to transfer her to another hospital…💔”
“Tolong doakan Fatimah. Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas.
“Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkannya ke hospital lain….” katanya.
Bukan COVID-19
Dalam perkongsian terbarunya pula, dimaklumkan yang Fatimah disahkan oleh doktor mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan sudah dipindahkan ke hospital kanak-kanak.
“Fatimah has a chest infection. Her oxygen level dropped in the ambulance earlier. Successfully transferred to children’s hospital…”
“Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection). Paras oksigennya menurun ketika di dalam ambulans tadi.
“Fatimah sudah dipindahkan ke hospital kanak-kanak,” menurut kapsyen yang dikongsi.
Menurut keputusan Ujian Swab, Fatimah turut dilaporkan negatif COVID-19. Jadi simptomnya itu bukan disebabkan jangkitan virus tersebut.
Kini dalam keadaan stabil
Ruangan komen dari perkongsian di Instagram thefamily.uk tersebut dihujani dengan doa-doa dan kata-kata semangant oleh pengikut mereka. Mereka turut risau dan mendoakan agar Fatimah diberikan kesembuhan dengan cepat.
Untuk makluman, Fatimah dan adik-beradiknya pernah tular di media sosial kerana membesar di United Kingdom namun tetap fasih bercakap dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.
Dia juga merupakan anak saudara kepada seorang chef selebriti Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang meninggal dunia pada 19 Mei 2019 disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Moga adik Fatimah cepat sembuh dan kembali aktif seperti sediakala.
Bagaimana boleh terjadinya jangkitan kuman pada paru-paru?
Untuk ibu bapa yang tidak tahu akan jangkitan ini, sebenarnya jangkita kuman pada paru-paru ini lebih dikenali sebagai Pneumonia. Ia sebenarnya boleh dielakkan menjadi lebih serius sekiranya anak-anak mengambil vaksin pneumococcal sejak bayi.
Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.
Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.
Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:
- Demam panas.
- Batuk dengan atau tanpa kahak.
- Sakit dada.
- Tiada selera makan, tidak mahu makan.
- Rasa tidak sihat, sering merengek.
- Pernafasan laju atau susah bernafas.
- Muntah atau cirit-birit.
- Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
- Pernafasan laju.
- Sukar untuk bernafas.
- Bibir menjadi biru.
- Batuk berdarah.
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.
Sumber: Instagram thefamily.uk, MyHealth
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: Agensi
Baca juga: Anak Sesak Nafas Ketika Bermain Di Taska, Selepas Ditimpa Bean Bag