Ramai yang telah maklum bahawa aktor dan aktres popular tanah air, Fazura dan Fattah amin, telah selamat bertunang pada awal bulan lalu, 13 November. Kini, mereka mengejutkan lagi peminat dengan berita pernikahan mereka.
Fazura dan Fattah Amin selamat dinikahkan dengan satu kali lafaz
Malam tadi pada tarikh 27 November, pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat bernikah pada pukul 9.50 malam dengan sekali lafaz sahaja di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifudin, sah bergelar isteri kepada Fattah Amin dalam majlis pernikahan tersebut yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.
www.instagram.com/p/BcATlNghKTd/?taken-by=budiey
Mereka kelihatan cantik dan bergaya dengan sepersalinan baju melayu dan baju kurung moden hasil rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed.
Mengapa 27 November menjadi pilihan Fazura dan Fattah Amin?
Menurut Budiey.com, tarikh 27 hari bulan ini mungkin menyimpan seribu maksud buat pasangan pengantin baru ini.
Menurutnya, Fazura mungkin telah memilih tarikh tanggal 27 haribulan kerana ia adalah tarikh hari jadi dan umur Fattah pada tahun ini.
www.instagram.com/p/Bb66f8gAg7C/?taken-by=missfazura
Khabarnya juga, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada awal tahun hadapan, 2018.
www.instagram.com/p/Bb65YKug0eq/?taken-by=missfazura
Selepas majlis pernikahan tersebut, pasangan Fazura dan Fattah Amin turut meraikan hari jadi abang Fazura, Faiz.
www.instagram.com/p/BcAch5KBT9J/?taken-by=budiey
Kami di theAsianparent Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada dua mempelai ini.
Semoga pernikahan dan rumah tangga yang dibina dirahmati, bahagia, dan berkekalan sehingga ke syurga! Sama-sama kita tunggu majlis resepsi mereka tahun depan pula, ya!
Sumber: Budiey.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Perkahwinan ‘Song-Song Couple’ Tidak Sah Jika Undang-Undang Ini Masih Ada di Korea