20 Persoalan Lucu Yang Bermain di Fikiran Ibu Yang Tak Cukup Tidur, Memang Lawak Habis!

Antara perkara yang terpaksa dikorbankan oleh seorang ibu adalah tidur lena di waktu malam. Jom kita tengok 20 pemikiran lucu yang boleh bermain di fikiran ibu yang tidak cukup tidur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sewaktu remaja dahulu, tak cukup tidur adalah sesuatu yang menjadi kelaziman setiap hari terutama ketika di zaman universiti dahulu kerana ia bukanlah sesuatu yang sukar. 

Kita boleh sahaja pergi ke dorm rakan yang lain di tengah malam untuk bersembang.

Kita boleh keluar makan di mamak selepas office hour, untuk bersembang, rileks, dan hilangkan stress.

Nah, selepas lepas ada anak, hendak berjaga sampai pukul 11pm pun sudah cukup terseksa. Puas didodoi anak kecil itu, tidak mahu juga dia tidur!

Bila terpaksa berjaga malam saban hari, mulalah pelbagai persoalan menarik dan lucu timbul di pemikiran kita.

Yelah, otak pun boleh jadi tak berapa nak stabil bila dah tak cukup tidur ni, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang bermain di fikiran ibu yang tak cukup tidur & perlu berjaga malam?

Cuba tengok, ada tak anda terfikir salah satu daripada pemikiran kelakar ini. 

Ia diambil berdasarkan inspirasi pemikiran artis komedi Hollywood terkenal, Amy Poehler.

1. Kenapalah dulu aku tak hargai waktu tidur…

2. Letak dia pelan-pelan…berundur pelan-pelan… (suara tangisan kedengaran!)..sigh..

3. Bayi ini mungkin tercipta untuk “mencuri” tidur malamku…alahai anak…

4. Kenapa si comel ini tersenyum? Mesti dia happy buat aku berjaga malam dan bermain dengan dia.

5. Penatnya. Sampai rasa macam mabuk!

6. Anak ni tak tidur dari pagi. Dia tak penat ke? Kenapa dia taknak tidur? Kenapa? Kenapa??

7. Cerita apa best dekat Astro tengah malam buta ini ye?

8. OK, ini cawan kopi yang ke-lapan. Baik sediakan yang ke-sembilan…

9. Macam manalah aku dulu boleh rasa yang tangisan bayi itu sesuatu bunyi yang menarik dan indah untuk didengari?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Bila bayi ini nak membesar dan tidur lena waktu malam… (ini adalah fikiran pada hari kedua selepas bersalin)

11. Apa ibu lain buat sekarang agaknya ya? Nak tengok FB Page Info Ibu Hamil-lah!

12. “Abang, boleh tak tolong masukkan makanan dalam mesin basuh?” (Sebenarnya nak cakap, masukkan dalam peti ais. Dah penat sangatlah tu!)

13. Macam mana aku dulu boleh buat assignment pukul 3-4 pagi? Hebat juga aku dulu…

14. Kejap, aku dah mandi ke belum ni…?

15. Nak bagi dia minum belah kiri ke, belah kanan?

16. Bersyukur sangat dengan penciptaan FB, IG dan Twitter dan nikmat untuk mengaksesnya pada pukul 2 pagi…

17. Kenapa dia tanya aku cukup tidur ke tak? Dia tak nampak ke mata aku yang dah macam mata beruang panda ini?

18. Boleh tak bagi tip macam mana nak buat anak tidur lena waktu malam? (Sambil memandang strangers di jalanan dengan pandangan kosong)

19. Tak sempat la nak masak. Sedap tak makanan bayi ini? (sambil angkat sudu dan suap diri sendiri)

20. Aku dah ready ke nak ada anak lagi satu ni?

Walaupun berjaga malam, anda perlu bertenang dan hayati zaman indah sewaktu anak masih kecil itu

Begitulah, 20 persoalan menarik dan kelakar yang kadangkala bermain di fikiran ibu-ibu yang keletihan dan tidak cukup tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayah-ayah sekalian, jom hulurkan bantuan dan kurangkan sedikit bebanan para ibu. Kita bekerjasama membesarkan anak-anak ya.

Semoga hasilnya kita dapat nikmati bersama apabila tua kelak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Popsugar

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comtips-tidur-nyenyak

Penulis

Noor