7 filem Korea tentang kekeluargaan yang WAJIB anda tonton, pasti meleleh air mata!

Anda tercari-cari apa yang anda mahu lakukakan dengan keluarga pada hujung minggu? Apa kata tonton 7 filem korea wajib tonton bertemakan kekeluargaan ini?

Ramai yang skeptikal bila dengar tentang filem Korea. Kebanyakan dari anda fikir cerita Korea kebanyakannya romantik cliche. Tapi, banyak filem Korea sebenarnya yang bermutu tinggi dan berkisarkan tentang kekeluargaan.

Ini antara 7 filem korea wajib tonton yang bertemakan kekeluargaan. Anda pasti akan menghargainya! 

7 filem Korea wajib tonton yang bertema kekeluargaan

1. Hello Ghost

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sang-Man yang hidup sebatang kara. Kerana hidupnya yang terlalu menyedihkan, dia telah cuba untuk membunuh diri beberapa kali tetapi gagal.

Ketika percubaan terakhirnya gagal, Sang-Man mendapat kuasa untuk melihat hantu. Sejak itu, dia dihantui 4 hantu yang mahukan bantuannya untuk menyeberang dunia selepas mati.

Keempat-empat hantu tersebut adalah 4 ahli keluarganya yang mati secara tragis semasa Sang-Man masih kecil.

2. My Annoying Brother

Seorang atlet Judo bernama Doo Young hilang penglihatan akibat kemalangan semasa bertanding dan merasakan kehidupannya hancur selepas kemalangan tersebut.

Abangnya Doo Sik Go yang lari dari rumah sejak kecil telah masuk penjara dan meminta untuk keluar penjara dengan alasan untuk menjaga adiknya yang buta.

Doo Young yang bencikan abangnya tidak menerima kehadiran Doo Sik dan membuat pelbagai kerenah untuk menyusahkan abangnya. Tapi Doo Sik tidak mudah mengalah dengan perbuatan adiknya itu.

3. Miss Granny

Filem genre fantasi ini menceritakan tentang Oh Mal Soon yang berusia 74 tahun berubah menjadi muda selepas mengunjungi sebuah studio gambar.

Dengan menggunakan nama Oh Doo Ri dia menjalani kehidupan sebagai orang muda tanpa sebarang masalah kerana pada masa dahulu dia menghabiskan masa mudanya dengan menjaga anak selepas suaminya meninggal.

Filem ini menceritakan tentang cinta seorang ibu kepada anak yang tak pernah putus, walaupun dirinya disia-siakan. Baginya, anak dan cucu adalah orang terpenting dalam hidup yang harus diutamakan.

4. Scandal Makers

Nam Hyeon-soo hidup sebagai seorang bujang yang berusia 30 tahun, dan memiliki pekerjaan yang berjaya sebagai bekas pemain biola dan dj radio terkemuka.

Tapi semuanya berubah apabila seorang gadis muncul di pitu rumahnya dan mengaku sebagai anaknya, dan membawa seorang lagi budak dan mengatakan budak tersebut adalah cucunya.

Namun, Nam Hyeon cuba untuk menyorokkan identiti mereka dari diketahui umum dan pelbagai hal terjadi semasa cuba menyembunyikan mereka.

5. Miracle of Giving Fool

Filem Korea wajib tonton ini mengisahkan Jee In yang malu mempunyai kakak yang berperangai seperti kanak-kanak dan sering diejek oleh orang sekeliling sebagai “bodoh”.

Walaupun kakaknya Sang Ryong berkelakuan seperti kanak-kanak, dia merupakan seorang kakak yang bertanggungjawab dan menjaga adiknya sejak ibu mereka meninggal.

Dia bekerja menjual roti berdekatan dengan sekolah Jee In dan menyimpan hasil jualan untuk keperluan Jee In. Dia juga tidak pernah lupa menyediakan sarapan untuk adiknya walaupun tidak pernah dimakan.

Ketika Jee In jatuh sakit, Sang Ryong menjaganya dan sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan adiknya yang sakit.

6. Daddy You, Daughter Me

Ayah dan anak ini sering bertengkar kerana si anak merasakan yang ayahnya tak pernah cuba untuk memahaminya dan ayahnya pula merasakan anaknya tidak pernah mendengar cakap.

Sehingga satu hari mereka bertukar badan dan mula mengerti satu sama lain dan cuba mengatasi masalah yang dihadapi bersama-sama.

7. Along With the Gods

Filem ini mengisahkan tentang Kim Ja Hong seorang bomba yang mati semasa bertugas perlu menjalani pelbagai ujian sebelum ditentukan masuk syurga atau neraka.

Dalam setiap ujian, Kim akan diberi penghakiman tentang dosa-dosa yang pernah dia lakukan semasa hidup. Dosa terbesar yang dilakukannya adalah pada ibunya dan dia hanya boleh pergi ke syurga sekiranya ibunya memaafkannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

10 Filem Romantik English Yang Sesuai Ditonton Suami Isteri Malam Ini, Apa Salahnya Dating Tengok Filem!

Penulis

Nadia Ghafar