5 Filem Shah Rukh Khan Anda Perlu Tonton Pada Deepavali Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa sambutan Deepavali, stesen TV selalunya akan tayang filem Shah Rukh Khan yang sama saja setiap tahun.

Kadang-kadang bosan bila kita perlu tengok Kuch Kuch Hota Hai atau Kabhi Kushi Kabhi Gham berulang kali.

Haa, kali ini kami cadangkan anda tonton lima filem Shah Rukh Khan yang mungkin dah lama anda tak tengok atau yang belum anda tengok lagi.

Tapi yang penting, semua cerita ini sangat best dan berbaloi untuk ditonton dengan keluarga semasa cuti ini.

5 filem Shah Rukh Khan anda perlu tonton Deepavali ini

Filem Shah Rukh Khan #1 Dil Se..

Tenor

Filem ini mengisahkan tentang Amar (Shah Rukh Khan) seorang wartawan yang jatuh cinta dengan seorang wanita misteri (Manisha Koraila) semasa sedang bertugas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi wanita ini tak membalas cintanya.

Semasa hari perkahwinan Amar, tiba-tiba wanita misteri ini muncul di rumahnya untuk meminta pertolongannya.

Filem Shah Rukh Khan #2 Devdas

Tenor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Filem Devdas ini dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai. Ia diadaptasi dari sebuah novel dari tahun 1917 dengan tajuk yang sama.

Devdas pulang ke kampung halamannya di India selepas 10 tahun belajar di London.

Dia bercadang untuk berkahwin dengan Paro, kawan baiknya semasa kecil tapi dihalang oleh ibu bapanya kerana mereka tak setaraf.

Paro kemudiannya berkahwin dengan lelaki lain dan menjadikan Devdas seorang alkoholik hingga hampir meragut nyawanya.

Filem Shah Rukh Khan #3 Baadshah

Gfycat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Filem aksi komedi ini pasti mencuit hati anda sekeluarga,

Filem Baadshah ini menceritakan tentang Baadshah seorang penyiasat persendirian yang diupah seorang lelaki untuk memujuk anak perempuannya (Twinkle Khanna) berkahwin dengan lelaki bukan pilihannya.

Tapi, lain pula jadinya apabila anak perempuan lelaki ini jatuh cinta dengan Baadshah!

Filem Shah Rukh Khan #4 Chennai Express

Gfycat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Filem yang telah memenangi beberapa anugerah ini memang menceritakan tentang seorang lelaki yang menaiki keretapi untuk menunaikan hasrat terakhir atuknya di Goa telah berjumpa dengan seorang wanita unik (Deepika Padukone) dari selatan India.

Filem ini menunjukkan yang walaupun berlainan bahasa dan adat, ia tak menjadi halangan untuk mencintai seseorang.

Filem Shah Rukh Khan #5 Chalte Chalte

Gifer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Filem yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Rani Mukerji ini mengisahkan tentang Raj jatuh cinta dengan wanita tunangan orang, Priya dan berjaya mengahwininya.

Oleh kerana Raj dan Priya mempunyai latar belakang yang berbeza, perkahwinan mereka sering mengundang permasalahan sehingga mereka terpaksa berpisah dan hampir menghancurkan perhubungan mereka.

Filem-filem di atas ini adalah dari pelbagai genre dan tema. Jadi anda boleh pilih sama ada anda mahu tonton filem sedih, thriller atau komedi sebagai pilihan anda.

Selamat menonton!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Nadia Ghafar