Wan Aisyah dijumpai di Penang? #FindAisyah

Wan Aisyah, berusia 3 tahun dilaporkan hilang oleh ibunya dan ceritanya disebarkan di Facebook dan Twitter. Gambar 'penculik' juga disebarkan dengan harapan mereka dapat dikenalpastikan. Apa cerita sebenar di sebalik laporan ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BERITA TERKINI : Aisyah disahkan telah dijumpai di Penang dan dalam keadaan selamat. Terima Kasih atas semua bantuan anda!

 

Siapakah yang hilang?

Wan Aisyah Wan Exzan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun telah dilaporkan hilang di pasaraya Jaya Jusco di Rawang pada 2 Ogos.
Hashtag #FindAisyah telah mendapat perhatian meluas di laman media sosial yang menyebabkan ramai orang menekan pihak polis untuk mempercepatkan penyiasatan dan proses mencari Aisyah.

Ibu Wan Aisyah telah memuatnaikkan gambar anak beliau yang sedang didukung oleh suspek dengan harapan dapat dikongsi ramai dan menambahkan peluang orang awam mengenal pasti anaknya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Wan Aisyah telah membuat laporan polis sehari selepas kehilangannya pada 2 Ogos.

 

Lelaki di dalam gambar itu, yang disyakkan ‘penculik’, sebenarnya dikenali ibunya yang telah bercerai. Beliau berkawan rapat dengan lelaki itu dan mereka telah berjumpa sekurang-kurangnya empat kali sebelum kejadian ‘penculikan’ itu.“Lelaki itu telah berjanji untuk berkahwin dengan ibu Wan Aisyah selepas Hari Raya dan telah berjanji untuk membawa keluarga itu untuk berbulan maduPada 2 Ogos, lelaki itu telah meminta kebenaran ibu Wan Aisyah untuk membawa kanak-kanak itu ke Jabatan Imigresen, kononnya untuk membuat pasport. Wan Aisyah hilang selepas itu,” kata Abdul Rahim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dulu #FindAisyah sekarang #AisyahFound?

5 Ogos 2013 – Isnin

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar Wan Aisyah timbul di laman media sosial Twitter didukung oleh seorang pegawai polis wanita dan mereka berada di Penang.

Pada masa ini, berita belum dapat disahkan sama ada Aisyah masih hilang atau benar-benar dalam keadaan selamat atau bagaimana dia dijumpai.

BERITA TERKINI : Aisyah disahkan telah dijumpai di Penang dan dalam keadaan selamat. Terima Kasih atas semua bantuan anda!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sikap percaya terhadap orang yang tidak rapat

Jangan tinggalkan anak anda dengan orang yang tidak rapat atau yang belum cukup dikenali. Asal-usul seseorang yang sebenar bukan senang untuk kita mengesahkan lalu kita harus sentiasa awas demi kebaikan anak-anak.

Begitu juga jikalau kita merupakan orang yang terbaru atau asing dalam keluarga teman kita. Kepercayaan harus dibina dari masa ke masa.
Kesabaran adalah suatu kebaikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nisa Abdul