Kepentingan Finger Food Untuk Bayi, 5 Resepi Finger Food Yang Sedap & Berkhasiat

Finger food antara salah satu perkara yang disarankan doktor supaya anak boleh belajar meneroka apa yang ada di sekelilingnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai yang masih tidak tahu kepentingan finger food bayi dalam membantu perkembangannya. Finger food antara salah satu perkara yang disarankan doktor supaya anak boleh belajar meneroka apa yang ada di sekelilingnya.

Dengan memberikan anak finger food ia mengajar mereka banyak perkara dan menguji pelbagai deria. Ia termasuklah deria sentuhan dan deria melihat.

Finger food juga membantu anak untuk fokus terhadap apa yang perlu mereka lakukan. Perbuatan memegang dan mengutip menguji pelbagai deria anak untuk dia fokus melakukan sesuatu sebelum dapat memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya.

Finger food bayi penting rangsang pelbagai deria

Menurut pakar pemakanan, Fizah Sobrifinger food sangat penting untuk diperkenalkan bayi pada usia yang sepatutnya. Jika terlepas banyak yang anda rugi dan banyak yang bayi anda bakal rugi.

Katanya penggunaan finger food ini sangat penting kerana: 

#1. Bantu anak kembangkan skill untuk pegang barang

Nama pun finger food sudah pastilah anak perlu menggunakan kemahiran untuk memegang ketika cuba untuk makan. Jadi ia akan melatih anak untuk belajar memegang barang yang ada di depan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia bukan saja menguji deria sentuhan anak tetapi juga menggerakkan otak jari dan tangan anak/

#2. Bantu anak belajar fokus untuk menyuap makanan dalam mulut

Ketika anak mengutip mereka juga fokus untuk mengutip dan memegang makanan itu, Memasukkan makanan ke dalam mulut juga membantu anak anda fokus. Dengan memberi mereka finger food ia boleh mengajar anak-anak untuk fokus kepada apa yang mereka lakukan.

#3. Bantu anak menarik minat dekat makanan depan mata 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan yang mempunya warna yang menarik seperti lobak merah dan brokoli akan menarik mata anak. Bolehlah guna konsep bermain sambil makan untuk buatkan anak lebih gembira. 

#4. Bantu anak belajar gigit kuantiti yang sesuai (banyak sangat tak boleh kunyah nanti)

Ini melatih anak membuat keputusan sendiri. Finger food bantu anak menggigit dalam kuantiti yang sesuai. Ia mengajar mereka berfikir yang mana sesuai untuk mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bantu mak ayah tentukan makanan apa yang anak suka

Berikan anak pilihan makanan dan lihat yang mana dia lebih suka. Letakkan dua atau tiga pilihan dalam pinggannya dan lihat yang mana dia pilih dan yang mana disukai anak.

Pastikan finger food ada ciri ini

Menurut pakar pemakanan, waktu nak buat finger food ada beberapa perkara perlu diberi perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi waktu buat finger foods takleh senang senang potong bagi. Baby bukan macam orang besar semua dah pandai. Mereka masih lagi dalam fasa belajar

Maka waktu nak buat finger foods pastikan ada ciri ciri berikut:

  • Saiz finger food lebih besar dari genggaman baby
  • Lembut
  • Jangan beri dalam bentuk bulat
  • Beri dalam kuantiti sedikit
  • Sentiasa pantau anak

5 Resepi finger food untuk si manja anda
#1. Chicken Butter Rice Ball

Masak nasi seperti selalu.
Panggang isi ayam.
Bila nasi hampir masak, masukkan unsalted butter dan isi ayam yang telah di panggang tadi.
Kemudian gaul rata semuanya.
Setelah itu, kepalkan menjadi bentuk bebola. Siap!

#2. Rice Muffin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gaul lebihan nasi dengan sebiji telur.
Masukkan nasi tersebut ke dalam muffin tray yang disapu dengan minyak kelapa dara. Cedok dengan sudu.
Bakar dengan suhu 200°C selama 15 hingga 20 minit.

#3. Lempeng pisang kelapa

Lenyek pisang dengan kelapa.
Gaul rata semua bahan.
Leperkan atas pan dan masak sehingga sempurna.

#4. Chicken Nugget homemade

Bahan-bahan:

Isi ayam
Bawang holland
Bawang putih
‘Leek’
‘Celery’
‘Baby spinach’
‘Cream cheese’
‘Homemade rice cereal’
Serbuk roti ‘homemade’
Cara-cara membuat:

kisar bahan satu hingga tujuh dengan blender kering.
Masukkan ke dalam acuan pilihan dan kukus 10 minit.
Potong ikut bentuk pilihan.
Salut dengan bancuhan homemade rice cereal.
Golek atas serbuk roti.
Bakar atau goreng selama 10 minit hingga garing.

#5. Vege Rice Ball

Kisar kering nasi, sayuran pilihan dan homemade chicken floss.
Kepalkan bahan yang telah siap dikisar sehingga berbentuk bebola.
Grill atau deep fry selama 25 hingga 30 minit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Fizah Sobri

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comresepi-aiskrim-malaysia

 

Penulis

Lala Annuar