Wanita mana yang tidak mendambakan kulit yang cantik berseri-seri. Sebab itu wujud sejak dari dulu lagi banyak petua-petua nak mencantikkan kulit malah bermacam juga cara nak mengekalkan kesihatan badan. Cuma apa yang mudah di era ini, Flavettes hadir dengan tablet larut mampu menyihatkan badan dengan kandungan Vitamin C serta menjadikan kulit lebih berseri.
Menggunakan slogan “Be Seri-Seri Inside Out”, rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu ini diletakkan dalam segmen rangkaian produk penjagaan kulit yang lengkap, dengan produk berkesan dalam format tablet larut yang mudah diserap, justeru menekankan kepentingan pengambilan zat yang betul dalam rutin kecantikan harian.
Flavettes NutriSkincare hadir dengan formula khusus
“Peminat produk kecantikan sudah tentu akan mengenali formula dalam rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu kami, yang terdapat dalam banyak produk kecantikan terkenal yang membantu melindungi kulit, memerangi radikal bebas, membaiki sel kulit yang rosak dan mengekalkan penghidratan sel untuk kulit yang tegang, cerah, berseri dan kelihatan muda.
Bagi Duopharma Biotech, kami menggunakan kepakaran farmaseutikal kami dalam penghasilan suplemen pemakanan yang berkesan untuk menawarkan kaedah penjagaan kulit dan kecantikan yang holistik, dari bahagian dalaman ke bahagian luaran, menjadikannya sebahagian penting dalam rejimen penjagaan kulit yang baik.
Rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu dibangunkan dengan penuh kerapian saintifik, seperti juga produk bertaraf farmaseutikal kami yang lain, dan menawarkan formulasi tiga tindakan yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan bermula dari peringkat selular,” ujar Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma Biotech Berhad.
“Dalam memenuhi visi kami untuk “Menyediakan Penyelesaian Lebih Pintar untuk Kehidupan Lebih Sihat” dan misi kami untuk menjadi “Kumpulan Penjagaan Kesihatan Terkemuka yang Menyediakan Penyelesaian Berkualiti dan Inovatif”, Duopharma Biotech terus meneroka bidang dan tawaran baharu dalam penjagaan kesihatan sebagai peneraju industri dan pendahulu dalam sektor farmaseutikal halal.
Melalui rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu, kami mengambil satu lagi langkah berani dalam evolusi dan pengembangan segmen Penjagaan Kesihatan Pengguna kami, beralih ke segmen kecantikan sebenar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Berdasarkan status rangkaian Flavettes Effervescent yang mendahului pasaran, kami berpeluang menggunakan pengetahuan kami dalam format suplemen pemakanan yang popular untuk menyediakan nutrien yang diperlukan untuk kulit yang sihat dan cantik,” tambahnya.
Wany Hasrita duta Flavettes hiburkan pelanggan
Pada majlis pelancaran yang dihadiri oleh penyanyi Wany Hasrita iaitu Duta Flavettes, para tetamu termasuk Ahli Elit Watsons yang telah memenangi jemputan ke acara itu, diraikan dengan pelbagai hiburan dan aktiviti menarik. Ini termasuk persembahan oleh Wany Hasrita serta Tiga Pasangan Finalis Pendahulu daripada rancangan Lagu Cinta Kita dan juga Lydia, iaitu pemenang Shila Amzah Masterclass. Aktiviti lain termasuk segmen Soal Jawab dengan pakar penjagaan kulit Dr Anshaw Lee, undian untuk Pasangan Glamz Kegemaran Lagu Cinta Kita dan sesi cabaran H-Drate Filter.
Bagi meraikan pelancaran rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu ini, beberapa aktiviti promosi dan tajaan menarik telah dijalankan, termasuk menaja drama Akasia TV3 Mr Bibik dan rancangan realiti pertandingan nyanyian duet Lagu Cinta Kita di TV3 – untuk Flavettes Effervescent Glamz, serta tajaan rancangan realiti pertandingan nyanyian Shila Amzah Masterclass untuk Flavettes Effervescent H-Drate.
Selain itu, siri lima video Soal Jawab bersama Dr Anshaw Lee akan dipaparkan di akaun Instagram Flavettes Malaysia, manakala pengguna boleh memenangi kod promosi RM10 Watsons untuk Flavettes Effervescent H-Drate dengan menyertai cabaran H-Drate Filter dengan menggunakan penapis baharu yang boleh dimuat turun daripada akaun Instagram Flavettes Malaysia.
Di mana anda boleh dapatkannya?
Semua varian rangkaian Flavettes NutriSkincare dijual dalam tiub yang mengandungi 15 atau 30 tablet larut. Produk ini boleh didapati di cawangan Watsons dan farmasi lain di seluruh negara termasuk kedai dalam talian mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian terbaru ini dan untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai promosi menarik, sila layari laman Facebook Flavettes Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Cantikkan Kulit Secara Semula Jadi, Mudah Saja!