Foto Ayah dan Anak Mengundang Kritik Dari Netizen, Padahal Kisah Disebaliknya Sungguh Menyayat Hati

Ibu yang berniat baik ini telah berkongsi gambar saat intim keluarganya, yang kemudiannya telah dikecam dengan teruk oleh netizen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan semua yang berlaku di dunia hari ini, anda akan berfikir yang orang akan menghargai anda apabila mendengar dan melihat perbuatan cinta dan kasih sayang dalam diri anda.

Terutama, antara ibu bapa dan anak mereka – sayangnya, perkara ini tidak selalu berlaku.

Niat Heather Whitten adalah baik apabila dia berkongsi sekeping gambar yang menurutnya, adalah saat intim antara suami dan anaknya, telah menjadi kontroversi di Internet. 

Selepas dikecam netizen, Heather membalas semula negativiti orang ramai melalui satu post FB. Mungkin kita boleh faham situasi sebenar selepas membaca jawapannya. 

Heather Whitten, yang merupakan jurugambar profesional, mengambil gambar suaminya dan anak lelakinya yang berusia 1 tahun.

Gambar: Heather Whitten

Gambar itu diambil pada suatu ketika dahulu, ketika anak mereka mengalami keracunan makanan yang diracuni dengan salmonella dan demam tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah sebenar di sebalik gambar

Heather ingin berkongsi gambar untuk menunjukkan perjuangan keibubapaan serta keindahannya, jadi dia menyiarkan gambar di laman Facebooknya.

Dia menjelaskan kenapa dia berkongsikan gambar itu di dalam laman Facebook baru-baru ini:

“Thomas (si ayah!) telah menghabiskan berjam-jam di bilik mandi dengannya, cuba menenangkan demamnya dan membersihkan muntah dan cirit-biritnya.

Ia adalah saat yang begitu intim untuk kami sebagai ibu bapa. Gerak hati kami mula memberitahu yang ia lebih serius; bukan sekadar virus. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi kami mempunyai banyak pengalaman di mana kami bertindak balas secara berlebihan sebelum ini, jadi kami cuba bertahan.”

Komen negatif dari netizen

Sebaliknya, dia diserang dengan kebencian dan komen negatif – orang ramai mendapati gambar itu tidak sesuai dan menyinggung kerana gambar itu menunjukkan kedua-duanya di dalam keadaan ‘bogel’.

Gambar itu telah dilaporkan dan akhirnya dikeluarkan dari Facebook dan bahkan menjadi subjek pertempuran hukum dengan Arizona Department of Child Safety, menurut MapPixel.

Heather telah merasakan kejadian ini tidak adil dan baru-baru ini dia telah mengongsikan gambar itu sekali lagi dan mengatakan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ketika saya duduk di dalam bilik mandi itu bersama mereka, saya terkejut dengan apa yang sedang terjadi di hadapan saya, lelaki ini; suami dan rakan dan ayah kepada anak kami, sangat bersabar dan begitu sayang dengan anak kecil kami yang berada di atas pahanya.

Dia telah membisikkan kata-kata semangat kepada Fox, yang semuanya akan menjadi OK dan Thomas akan menjaganya. Ia adalah jujur dan menyentuh hati.

Fox adalah seperti “kembar saya”. Dia sentiasa bersama saya lebih daripada Persephone (Anak perempuan kami) pada tahun pertamanya dan akan sentiasa memilih saya lebih daripada Thomas untuk keselesaan.

Tetapi, dalam masa ini, dia memerlukan dan menginginkan Thomas.

Saya melangkah keluar dan mengambil kamera saya dan kembali untuk mengambil beberapa imej dan, telah berkongsinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya terkejut dengan reaksi daripada orang ramai yang tidak membaca dahulu cerita di sebalik gambar itu.

Mereka hanya fokus kepada kedua-dua mereka yang tidak berpakaian dan sedang mandi.

Ya, mungkin saya telah membuat satu kesalahan. Ia adalah terlalu intim. Ia tidak boleh dikongsi dengan orang ramai.

Tetapi, saya tidak bersetuju.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar: Heather Whitten

Keluarga saya mungkin berbeza daripada anda. Tetapi, itu tidak membuatkan cara anda betul atau cara saya salah.

Anda tidak mengambil gambar keluarga anda seperti yang saya lakukan… anda tidak berkongsi imej keluarga anda seperti saya.

Tetapi, itu tidak memberi anda hak untuk membisukan suara saya. Untuk mengambil hak saya untuk berkongsi pengalaman kami dengan cara yang tidak disensor.

Tidak ada seksual atau eksploitatif tentang imej ini. Tidak ada mana-mana “bahagian peribadi” yang telah ditunjukkan.

Saya harap saya dapat menyatakan ini dengan cara yang lebih baik. Saya harap saya dapat meluahkan perasaan saya dengan lebih baik.

Tetapi, ini penting untuk saya.

Dan, saya berharap satu hari akan ada platform yang bukan sahaja membolehkan kebebasan semacam ini untuk keluarga dan artis seperti saya sendiri … tetapi, mengalu-alukan mereka tanpa rasa takut.”

Rencana diterjemah daripada Newsner.

Baca juga:

6 gambar anak yang tidak harus anda letak dalam media sosial

Penulis

Michelle Goh