Foto Terakhir Seorang Ibu Selepas Bersalin Sebelum Beliau Maut 24 Jam Kemudian

Kes meninggal dunia selepas bersalin menyimpan seribu satu duka buat keluarga mangsa. Berikan sokongan anda kepada mereka yang memerlukan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

24 Jam Terakhir…

Sarah Bertrand kelihatan amat lega ketika mengendong anak keduanya itu. Perjuangan hamil selama 9 bulan akhirnya sudah berakhir. Beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.

Kredit gambar: Jean-Luc Facebook

Tapi, siapa sangka… masa untuk Sarah bersama-sama dengan si manja yang baru lahir itu amat singkat. Semuanya tanpa diatur. Sarah meninggal dunia di hospital setelah 24 jam bersalin.

Sehari selepas foto ini diambil, Sarah tewas setelah diserang oleh sejenis penyakit gumpalan bakteria dalam paru-paru yang menyerangnya secara tiba-tiba.

Jantung Sarah tidak lagi berdenyut. Beliau tewas dalam pertarungan ini dan meninggalkan anak-anak dan pasangannya.

Peristiwa yang menggemparkan keluarga

Sedangkan, semasa kehamilan, Sarah terbukti sihat! Beliau tidak menghidap sebarang penyakit. Malah, beliau juga tidak menghadapi proses bersalin yang penuh dengan komplikasi. Semuanya tenang saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itu, seluruh keluarga beliau amat terkejut apabila Sarah menghadapi komplikasi jangkitan dan meninggal dunia.

Beliau berasal daripada Moss Bluff, Louisiana, Amerika Syarikat. Hanya foto ini yang menjadi kenangan buat keluarga, pasangan dan anak-anak Sarah selepas pemergian yang tak diduga ini. 

Bayi yang baru lahir itu diberi nama Julian Charles Montou. Bertabahlah, wahai si kecil. 

Pasangan Sarah, Jean-Luc Montou masih belum pulih dari “kejutan” yang dia alami selepas pemergian isteri tercinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia dipetik mengatakan –

Aku masih ternampak Sarah dengan ekspresi mukanya… Dia berbangga dan amat terharu ketika mengendong anak lelaki kami“.

Berikut adalah petikan kiriman post Jean-Luc menerusi akaun Facebooknya.

www.facebook.com/jeanluc.montou/posts/1463205627087203

Dapat dilihat betapa sukar lelaki mahu menerima hakikat yang amat pahit untuk ditelan ini

Sarah telah meninggalkan dua orang anak, iaitu Jane dan Julian. Ketika ini, Jean-Luc lah yang menguruskan semua keperluan anak-anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mengatasi kekecewaan dan kemurungan yang mungkin akan dihadapi, Jean-Luc menjalani terapi psikologi untuk mengawal kesedihannya. Jane, anak sulung mereka seakan-akan memahami kesedihan bapanya.

Walaupun masih kecil, Jane bijak membantu bapanya menjaga adiknya yang baru lahir pada tanggal 9 Mei 2017 tempoh hari.

Akaun Go Fund Me

Baru-baru ini, Jean-Luc telah membuka sebuah akaun derma untuk keluarga dan anak-anaknya di laman web sumbangan Go Fund Me.

Semuanya kerana mereka sekeluarga tidak memiliki sebarang insurans untuk membayar kos bersalin di hospital. Di laman web itu, Jean-Luc hanya ingin mengumpul sejumlah USD 8,000 saja.

Kredit gambar: Jean-Luc Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, sifat murah hati daripada penduduk seluruh dunia telah meringankan beban bapa malang ini. 

Hingga kini, akaun tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak USD 25,945 dalam masa 25 hari!

Dengan wang yang terkumpul, Jean-Luc berjanji untuk mendidik anak-anaknya dengan sehabis baik. Hal itu juga dilakukan demi menghormati mendiang isterinya yang terkorban.

Rasanya dunia ini gelap dan murung tanpa Sarah. Aku rasa sungguh tak adil. Sakitnya… Aku tak tahu bagaimana ingin menjalani semua ini tanpa Sarah“, esak Jean-Luc dalam diam.

Kes meninggal dunia selepas bersalin memang kerap kali berlaku. Ia tak kira di negara mana. Sama ada negara yang sedang membangun ataupun negara yang memang sudah maju. 

Terdapat pelbagai sebab mengapa si ibu bertarung nyawa selepas bersalin. Apa yang pasti, ibu adalah insan istimewa yang sanggup bergadai nyawa demi melahirkan anak yang tercinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salute, pada semua ibu di luar sana!

Sumber rujukan: Facebook Jean-Luc dan akaun Go Fund Me.

Artikel ini adalah terjemahan daripada theAsianparent Indonesia.

BACA JUGA: Tumpah Darah Selepas Melahirkan Anak: Seorang Ibu Maut Sebelum Sempat Belai Bayi

Penulis

Ayu Idris