Jururawat Hamil 7 Bulan Jadi Mangsa Korban COVID-19, Jangkit Daripada Pesakit

Sayunya hari demi hari mendapat berita kematian COVID-19, lagi menyedihkan kali ini melibatkan pasukan barisan hadapan, yang juga merupakan seorang bakal ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saban hari ada saja perkhabaran hiba sejak serangan COVID-19 gelombang ketiga ini. Golongan Frontliners tidak terkecuali menjadi mangsa, malah kisah seorang jururawat yang sedang sarat mengandung menjadi korban COVID-19 boleh dijadikan satu pengajaran besar untuk orang ramai. 

Rata-ratanya berita pemergian insan tersayang bagi seseorang, baik ibu bapa, isteri, suami, anak dan teman rapat. 

Dahulu hanya mendapat berita daripada akhbar saja, kini rakan-rakan atau saudara-mara sendiri yang mengalami kehilangan. 

Semakin ramai frontliners menjadi korban dalam perjuangan

Tidak dapat nak dibayangkan perasaan seorang suami ini yang baru kehilangan pemergian isteri dan anak sulungnya yang masih dalam kandungan itu. 

Bertarung nyawa menyelamatkan mangsa COVID-19 lain, namun Allah maha penentu, dia akhirnya menjadi korban. 

Betapa besarnya pengorbanan para petugas kesihatan yang perlu menghadapi risiko yang besar sehinggakan boleh meragut nyawa mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jururawat berkenaan dikenali sebagai Siti Aishah binti Mohd Zamri yang dikatakan sedang sarat mengandung tujuh bulan dan telah dijangkiti COVID-19 dari pesakit di dalam wad.

Aishah dikatakan telah terlantar serta tidak sedarkan diri ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Labuan.

Walau bagaimanapun ibu dan anak tidak dapat diselamatkan. Remuk habis hati suaminya, terpaksa menerima berita pemergian isteri tercinta dan anak dalam kandungan sekali gus. 

Perginya tanpa diiringi yang tersayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajal telah tertulis, Aishah kembali ke rahmatullah bersama-sama bayi yang sedang dikandung pada pukul 10.45 pagi.

“Staff nurse Siti Aishah binti Mohd Zamri telah kembali ke rahmahtullah bersama-sama bayi dalam kandungannya pada pukul 10.45 pagi tadi di ICU Hospital Labuan.” 

Antara posting di Facebook oleh teman-teman seperjuangan. 

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh suami Allahyarhamah di Facebook, dia sempat meminta orang ramai agar mendoakan isterinya serta anak pertama mereka yang masih berada dalam kandungan diberi kesembuhan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Semoga Allah beri kesembuhan kepada isteri saya dan juga baby kami dalam kandungan. Mohon doa daripada semua untuk isteri saya dan baby kami.”

Namun, tidak lama kemudian status berkenaan dibanjiri dengan upacan takziah daripada warganet yang mengenali dirinya itu.

Moga rakyat boleh ambil pengajaran dari kisah ini, kita jaga kita bukan semata kata-kata. Jaga diri kita moga kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain. 

Dek kerana tingkah laku kita yang sambil lewa, dengan masing-masing menyalahkan sana-sini, tiada penghujungnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita sendiri perlu bertindak! Ingat kita masih belum menang!

Sumber: Aina Hafizah Mohammad Fuzi 

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nurse Sarat Mengandung Gigih Bertugas Sehingga Menjadi Korban COVID-19

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan