Berita menarik buat peminat Frozen 2! Buat pengetahuan anda, sekuel filem animasi kegemaran ramai ini akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi pada 21hb November 2019.
Kami pasti ramai peminat filem Disney bukan sahaja di kalangan warga cilik, malah orang dewasa juga. Jadi sekiranya anda berkesempatan ke Sunway Pyramid dalam masa terdekat ini, ia mungkin akan menjadi satu berita yang menyeronokkan buat anda!
Pengembaraan Frozen 2 Di Sunway Pyramid
Jom sertai keterujaan meneroka filem animasi sekuel kegemaran ramai dari Disney Animation Studios, Frozen 2 ini di Sunway Pyramid pada 8 November hingga 1 Disember 2019 di LG2 Orange Concourse.
Yang menariknya, pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti yang membolehkan anda menjadi sebahagian dari Frozen 2, jadi persiapkan kelengkapan dan semangat kerjasama anda!
Bantu Sven Mencari Anna di Hutan Ajaib!
Adakah Elsa memang ada kuasa magik sejak dilahirkan?
Cari jawapan untuk mengetahui asal usul kuasa magik Elsa dengan menyertai Elsa, Anna, Kristof dan Olaf di Kingdom of Arendelle dengan mengikuti jejak dan kompas Vegvisir.
Para pengunjung boleh turut serta dalam pengembaraan ke zaman purba, melalui hutan penuh keajaiban dan lembah yang dikenali sebagai Valley of the Living Rock.
Setibanya di pintu masuk, pengunjung hanya perlu melambaikan tangan dan menyaksikan Living Rocks mula hidup dengan warna dan cahaya yang interaktif! Mulakan aktiviti dengan menggunakan pensil berwarna untuk mengemudi maze dan bantu Sven mencari Anna di hutan ajaib, cari perbezaan dan uji ingatan dengan permainan memori Frozen 2.
Sesampainya di gua, pengunjung berpeluang melihat cahaya interaktif dan berkawan dengan Nokk si Kuda Air Magikal, kawan baru Elsa.
Oh ya, jangan lupa bergambar di bot Olaf selepas selesai pengembaraan ya! Bawa si kecil untuk cuci mata dan dapatkan permainan terbaru edisi terhad Frozen 2 dan banyak lagi di ruang jualan.
Selepas menyelesaikan semua tugas dengan aplikasi mudah alih Sunway Pyramid, pembeli akan berpeluang untuk memenangi giftset barangan eksklusif Frozen 2! Jangan lupa untuk muat turun aplikasi ini lebih awal untuk menyertainya.
Selain itu, barangan Frozen 2 boleh ditemui di Parkson, AEON, Cotton On, Mainan ‘R’ Us, kedai rasmi LEGO®, Pandora, Swarovski, H & M, Pull & Bear, Popular, Uniqlo and Smiggle. Jika mahukan lebih pilihan, anda boleh semak album Frozen 2 menerusi Facebook dan Instagram Sunway Pyramid.
Kemudahan Mesra Kanak-Kanak Di Sunway Pyramid
Jika ibu ayah pernah mengunjungi Sunway Pyramid, pasti anda tahu yang pusat memebli belah ini sememangnya mesra kanak-kanak. Di sini terdapat kemudahan tandas kanak-kanak, bilik bayi di LG1, kemudahan stroller, pemanas susu dan parkir khas untuk keluarga!
Untuk keselamatan anak-anak, Sunway Pyramid juga menyediakan gelang tangan, tali keselamatan dan ‘tatu’ dengan talian yang perlu dihubungi sekiranya terdapat kecemasan.
Malah Sunway Pyramid juga ada banyak restoran mesra keluarga seperti Madam Kwan’s, 4Fingers, Thai Thai, Ole Ole Bali, Sushi Zanmai, Hungry Bunch, Haidilao, Putien dan banyak lagi.
Untuk info lanjut, semak platform berikut:
Facebook Sunway Pyramid– www.facebook.com/sunwaypyramid
Instagram – @Sunway_Pyramid
Mobile App – Muat turun di https://www.sunwaypyramid.com/
Jom ajak seluruh keluarga ke Sunway Pyramid untuk menikmati aktiviti Frozen 2 pada 8 November hingga 1 Disember ini di LG2 Orange Concourse!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comaktiviti-bersama-keluarga