Apabila bercakap mengenai proses bersalin, pastinya suami inginkan isteri melalui kelahiran yang selesa dan dapatkan doktor terbaik. Selain daripada hospital swasta, anda juga boleh mendapatkan layanan istimewa di hospital awam menerusi khidmat full paying patient (FPP).
Caj yang dikenakan tidaklah semahal swasta, tetapi khidmat FPP ini dapat memberikan keselesaan kepada isteri yang bakal bersalin nanti.
Isi Kandungan
Apa itu full paying patient
Full paying patient atau FPP ialah perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang ditawarkan melalui hopital terpilih di Malaysia di mana pesakit perlu menanggung sendiri kos rawatan tersebut.
Objektif utama khidmat ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan “masalah” hospital swasta yang merujuk pelanggan ke hospital kerajaan.
Selain itu, keuntungan merawat pesakit akan dikongsikan kepada doktor untuk menawarkan pampasan yang kompetitif.
Dan akhir sekali, untuk mengurangkan subsidi rawatan perubatan kerajaan kepada rakyat.
Kelebihan FPP
Antara kelebihan yang diperolehi jika anda memilih khidmat FPP adalah:
- Pesakit boleh memilih doktor/pakar/pegawai perubatan untuk merawatnya dengan minimum 3 tahun pengalaman.
- Pesakit juga akan dijadualkan untuk mendapatkan rawatan atau prosedur lebih cepat dan lebih awal.
- Kemudahan bilik yang lebih baik dengan pilihan bilik eksekutif, kelas satu atau yang setaraf.
- Kaunter daftar masuk yang berasingan (bergantung pada hospital)
- Makanan diberikan adalah dari menu kelas pertama atau setaraf dengannya.
- Pengenaan caj yang lebih kompetitif berbanding hospital swasta.
- Suami boleh teman isteri sepanjang di wad dan bilik bersalin.
Kekurangan FPP
- Kos yang dinyatakan sebagai harga yang kompetitif dibayar sepenuhnya oleh pesakit atau insurans.
- Rawatan yang dijadualkan adalah selepas waktu kerja rasmi doktor (dikira sebagai overtime)
- Sesetengah pesakit mengadu perlu beratur panjang dan masa menunggu hampir sama dengan pesakit bersubsidi.
Syarat kelayakan ibu bersalin
Ini antara individu yang layak untuk mendapatkan khidmat ini:
- Warganegara Malaysia atau bukan Malaysia yang membayar kos rawatan sendiri.
- Kakitangan kerajaan yang memilih khidmat FPP.
- Pekerja korporat atau swasta dengan perbelanjaan perubatan di bawah FPP bersetuju untuk ditanggung oleh syarikat.
Perkhidmatan FPP hospital
Bagi anda yang memilih servis ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan;
- Rawatan pesakit luar
- Rawatan harian
- Rawatan kemasukan
- Perundingan
- Perkhidmatan terapi
- Pembedahan dan prosedur
Pengkhususan FPP
Selain daripada rawatan di atas, anda juga layak untuk mendapatkan rawatan khusus dengan anggaran harga seperti;
- Anestesiologi (RM120-4800)
- Kardiologi (RM120-4800)
- Prosedur biasa (RM20-600)
- Pergigian (RM20-4400)
- Dermatologi (RM30-750)
- Gastrohepatologi (RM300-1500)
- Perubatan am (RM50-3600)
- Pembedahan tangan & mikro (RM50-4800)
- Obstetrik & Ginekologi (RM50-4800)
- Oftalmologi (RM20-4800)
- Ortopedik (RM50-3600)
- Otorinolaringologi (RM120-4800)
- Nefrologi (RM400-1000)
- Pembedahan saraf (RM400-4800)
- Pediatrik (RM75-4800)
- Pembedahan plastik (RM300-4800)
- Psikiatri (RM20-120)
- Radiologi (RM300-4800)
- Pemulihan (RM50-120)
- Urologi (RM75-4800)
Anggaran kos di hospital yang menawarkan full paying patient
Berikut adalah huraian kos untuk khidmat FPP agar anda boleh bersedia;
Deposit
- Minimum RM3000 ATAU 50% daripada anggaran jumlah kos rawatan ( yang mana lebih tinggi) atau minimum RM3,000 akan dikenakan.
- Deposit tambahan (akan disemak setiap hari) untuk memastikan baki tunai minimum RM1000 (dibayar dalam masa 24 jam)
Anggaran caj pendaftaran dan perundingan
- Pendaftaran baharu: RM 10
- Perundingan baharu: RM100 (RM150 selepas waktu pejabat)
- Perundingan ulangan: RM60 (RM90 selepas waktu pejabat)
Anggaran caj pendaftaran dan perundingan (rawatan harian)
- Pendaftaran baharu: RM10
- Konsultasi: RM60 (RM120 selepas waktu pejabat)
- Konsultasi ICU: RM90 (RM180 selepas waktu pejabat)
Anggaran caj harian katil hospital untuk satu malam
- Eksekutif: RM300 (2 katil dan boleh ditemani seorang waris)
- Kelas pertama (1 katil): RM160
- Kelas pertama (2 katil): RM130
- Kelas pertama (4 katil):RM80
Bagi Wad Kelas Pertama, waris tidak dibenarkan menunggu dan hanya boleh masuk ke wad ketika waktu lawatan.
Anggaran caj check-up kandungan
Setiap rawatan dan prosedur pemeriksaan kandungan akan dikenakan caj yang berlainan dengan hospital kerajaan. Pesakit boleh memilih pemeriksaan pada hari biasa atau pada hari Sabtu untuk privasi.
Berikut merupakan bayaran yang dikenakan setiap kali pemeriksaan kandungan dijalankan.
Pembayaran hari bekerja (Isnin- Jumaat)
- Kes baru: RM 185 (pendaftaran, rundingan dan ultrasound)
- Kes ulangan & ultrasound: RM 135
- Kes ulangan tanpa ultrasound: RM60
Pembayaran hari Sabtu
- Kes baru: RM235 (pendaftaran, rundingan dan ultrasound)
- Kes ulangan & ultrasound: RM 165
Cara daftar pakej bersalin FPP
- Tandatangan dan daftar membawa kad pengenalan, sijil lahir, passport dan visa
- Surat jaminan dari syarikat atau insurans (jika berkenaan)
- Bayaran deposit (seperti yang dimaklumkan pihak hospital, lebih kurang tiga ribu atau 50% daripada jumlah rawatan)
- Surat rujukan (jika berkenaan)
- Waktu konsultasi: 8 pagi hingga 5 petang
Pertanyaan atau pendaftaran FPP
- Terus ke hospital atau dapatkan informasi daripada Kaunter FPP
- Disyorkan oleh doktor perubatan kerajaan atau swasta
- E-mel untuk mendapatkan info mengenai FPP: hpj_info@hpj.gov.my
- Boleh buat panggilan ke :+603-8312-4316
Sebelum itu, ibu perlu menjalani ujian saringan darah di Klinik Kesihatan serta disahkan negatif daripada penyakit HIV dan hepatitis.
10 Hospital yang menawarkan khidmat FPP
Tidak semua hospital menyediakan perkhidmatan full paying patient. Oleh itu, berikut merupakan antara hospital yang menawarkan khidmat FPP:
- Hospital Pulau Pinang
- Hopital Putrajaya
- Hospital Ampang
- Hospital Selayang
- Hospital Serdang
- Hospital Sungai Buloh
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
- Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
- Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu
- Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan
6 Hospital FPP yang menawarkan khidmat Obstetrik & Ginekologi
Bagi anda yang ingin memberikan isteri keselesaan selepas bersalin, berikut adalah beberapa hospital FFP yang menawarkan khidmat O&G.
- Hospital Pulau Pinang
- Hospital Putrajaya
- Hospital Ampang
- Hospital Sungai Buloh
- Hospital Sultanah Aminah JB
- Hospital Sultan Ismail JB
Bagi wanita hamil, anda boleh mendaftar untuk khidmat FPP seawal minggu ke 20 (bulan ketiga) selepas pengesahan kehamilan dan dicadangkan untuk mendaftar pada minggu ke 27 (bulan ke 7 kehamilan).
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ngeri! Kecuaian Hospital Sebabkan Kepala Bayi Baru Lahir Terpotong & Ditinggal Dalam Rahim
Baca juga: Empat Hari Masuk Wad Bil Hospital Isteri Cuma RM17, Suami Terkejut Masa Nak Bayar
Baca juga: Senarai Hospital Swasta di Selangor, Bakal Ibu Boleh Pilih Untuk Bersalin Di Sini