Kita sedia maklum fungsi vaksin itu adalah sebagai tindakan pencegahan bagi penyakit yang mudah dijangkiti kepada orang lain.
Malah, ia mampu mempertahankan tubuh badan dari jangkitan, infeksi dan pelbagai penyakit yang serius.
Vaksin ini juga merupakan sejenis produk atau bahan yang digunakan untuk menghasilkan sistem kekebalan tubuh dari pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.
Vaksin dihasilkan dari bahan biologi, bahagian dari virus atau bakteria mahupun virus dan bakteria yang hidup tapi sudah dilemahkan.
Seperti kes coronavirus #covid-19 ini, ramai pihak berasa takut kerana sudah banyak nyawa yang terkorban apabila dijangkiti dengan wabak tersebut.
Apatah lagi, coronavirus ini terus tersebar bukan hanya di China tapi juga di beberapa bahagian lain di dunia.
Bahkan, hari ini sahaja kes yang dijangkiti sudah meningkat 78,000 orang dan mengorbankan lebih 2700 orang nyawa.
Kebimbangan terhadap wabak coronavirus
Ketakutan terhadap #covid-19 ini telah mengakibatkan banyak aktiviti, persidangan, event dan sebagainya dibatalkan kerana penduduk dunia takut untuk mengembara atau melibatkan diri dengan sebarang aktiviti terbuka bagi mengekang dijangkiti wabak ini.
Bahkan, ketakutan ini juga turut terkena pada keputusan untuk melakukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang.
Fungsi vaksin coronavirus (covid-19)
Walaubagaimanapun, bagi mencegah coronvirus ini, manusia memerlukan vaksin untuk menghentikan penularannya dan kita tidak boleh menunggu dengan lebih lama.
Para saintis telah bertungkus lumus menghasilkan fungsi vaksin coronavirus ini bagi menghentikan penularannya pada angka yang lebih besar.
Oleh itu, sebuah syarikat telah mengumumkan bahawa mereka akhirnya telah menghasilkan vaksin coronavirus yang tidak lama lagi akan siap untuk diuji kepada badan manusia.
Dilaporkan oleh Wall Street Journal, vaksin itu telah diberikan kepada kerajaan Amerika Syarikat di Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan di Bethesda.
Mereka mendedahkan terdapat dua dos untuk vaksin. Manakala dos berkembar direka untuk orang dewasa bagi menyelamatkan nyawa mereka daripada dijangkiti.
Melihat pada proses penghasilannya, vaksin ini dijangka siap seawal Julai tahun ini sebelum diberikan kepada seluruh penduduk dunia.
Mungkin anda merasakan tempoh ini terlalu lama tapi fahamilah bahawa penyelidikan untuk vaksin ini telah bergerak dan hampir menemui penghujungnya.
Apatah lagi, para penyelidik perlu memastikan beberapa perkara sebelum mereka boleh membuat keputusan untuk menyuntik vaksin itu ke dalam badan manusia.
Bukan sahaja berfungsi sebagai vaksin semata-mata, tapi berharap ia dapat melindungi dari pencegahan dalam masa yang lebih lama dalam tubuh manusia.
Malah, penyelidik harus memastikan fungsi vaksin ini tidak memberikan kesan sampingan yang serius atau menyebabkan kemudaratan yang lebih teruk pada badan seseorang.
Penyelidik juga perlu melihat bagaimana ia boleh berpasangan dengan ubat- ubatan yang sedia ada yang biasa digunakan oleh orang ramai.
Manfaat vaksin bagi tubuh
#1. Mencegah penyebaran penyakit
Bukan hanya melindungi dari serangan penyakit serius, tapi pemberian vaksin juga dapat membantu mencegah penyebaran penyakit.
Contohnya seperti kematian bayi disebabkan campak, pertusis (batuk rejan) yang pernah menggemparkan dunia pada suatu ketika dahulu.
Di masa itu belum ada vaksin yang diperkenalkan untuk kedua-dua wabak penyakit tersebut.
#2. Menghindari risiko kematian dan kecacatan
Dengan pemberian vaksin ini, ia dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan kematian mahupun kecacatan fizikal.
Misalnya seperti vaksin cacar pada usia kanak-kanak dapat mencegah mereka dijangkiti cacar pada kemudian hari.
Samalah juga dengan fungsi vaksin campak dan rubella yang dapat menurunkan risiko penularan virus itu daripada ibu hamil kepada janin yang dikandungkan.
#3. Lebih murah dan selamat
Bahkan dengan pemberian vaksin ini juga ia adalah cara yang paling murah kerana terbukti dapat mengurangkan angka kesakitan, kecacatan dan kematian terhadap sesuatu penyakit.
Selain itu, pemberian vaksin juga dapat membantu seseorang terhindari dari penyakit yang sukar sembuh dan berpanjangan. Ia tentunya merugikan masa, wang dan tenaga untuk merawat.
Jadi untuk mencegah penularannya vaksin amat diperlukan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : India Times, Alo Dokter
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comcoronavirus-jangkitan