Sepasang ibu bapa dari California telah menerima kejutan yang tidak disangka selepas anak mereka meninggal dunia akibat anestesia(bius pengsan) ketika menjalani prosedur pergigian di klinik doktor gigi.
Baca tentang :
Cara Menenangkan Bayi Yang Tumbuh Gigi
Semakin Ramai Kanak-Kanak Hilang Gigi Kerana Ibu Bapa Tidak Membawa Mereka Berjumpa Doktor Gigi
Ibu bapa Daleyza Hernandez Avila memberitahu KCRA3, anak mereka telah menjalankan 2 prosedur di Pusat Pembedahan Pergigian Kanak-kanak di Stockton.
Daleyza Hernandez Avila telah diberi anestesia untuk pengeluarkan dua gigi dan prosedur meletakkan topi pada dua gigi.
Ibu Daleyza, Avila, tidak dibenarkan dalam bilik semasa prosedur anaknya untuk memastikan keadaan bilik yang steril.
Tetapi ketika dia sedang menunggu prosedur anak perempuannya selesai, sebuah ambulans datang dengan tiba-tiba.
Pada mulanya Avila fikir pasti ambulans itu datang untuk membawa seorang budak yang telah cedera.
“Tetapi tidak terlintas difikiran ia untuk anak saya,” Avila telah berkata
Menurut Fox 40, seorang jururawat telah membawa Avila ke tepi dan memberitahu bahawa hati anaknya telah berhenti, tetapi dalam keadaan stabil.
Daleyza dikejar ke hospital tempatan, di mana dia kemudian dilaporkan meninggal dunia. Sebab kematiannya belum ditentukan, menurut akhbar tempatan.
“Saya menuntut keadilan untuk anak saya, supaya apa yang berlaku tidak berlaku kepada ibu-ibu lain. Saya tidak mahu mereka merasakan kesedihan yang saya alami selepas kehilangan anak perempuan saya, ” kata Avila.
David Thompson, pentadbir untuk klinik pergigian kanak-kanak terbabit telah memberitahu Fox 40 bahawa pusat itu hanya melakukan rawatan pergigian umum seperti tampalan rongga gigi dan bentuk korona gigi (dental crown).
Dia memberitahu KCRA 3 bahawa ia adalah prosedur biasa untuk kanak-kanak berumur 3, 4, atau 5 tahun untuk diberi anestesia semasa menerima rawatan.
Pusat bukan berteraskan keuntungan tersebut merawat 2,000 hingga 3,000 pesakit setahun, dan semua pesakit mereka adalah dalam lingkungan 9 tahun atau lebih muda.
Thompson menambah bahawa ibu Daleyza sedar risiko yang dikaitkan dengan anestesia.
Ahli anestesi itu telah menjelaskan risikonya dan persetujuan bertulis dari ibu Daleyza.
Klinik pergigian itu telah tutup sementara selepas menerima ancaman mati dari media sosial, menurut akhbar tempatan.
Beberapa netizen telah menyatakan keinginan untuk melakukan penembakan secara besar-besaran.
Pihak berkuasa sedang menyiasat kematian gadis itu, tetapi ia bukan penyiasatan jenayah pada masa ini.
Bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh badan yang kecil, maka ubat bius yang diberi perlu tepat dan mengikut nisbah berat badan mereka.
Doktor perlu memeriksa kesihatan kanak-kanak atau bayi tersebut dan meneliti sejarah kesihatan mereka.
- Kesihatan semasa dan sejarah kesihatan anak
- Kesihatan keluarga anda
- Senarai ubat, suplemen, atau ubat-ubatan herba yang diambil oleh anak anda
- Semua rekod tindak balas atau alahan yang dialami anak atau keluarga setelah diberi anestesia
- Semua rekod alahan (terutamanya kepada makanan, ubat-ubatan, atau lateks) yang mungkin ada
Kebiasaanya risiko kemudaratan bius pengsan atau general anesthesia untuk kanak-kanak dan bayi sangatlah rendah.
Kesan sampingan sementara mungkin boleh berlaku seperti rasa loya, muntah-muntah, sakit kepala dan sakit tekak.
Kesan-kesan ini tidak merbahayakan dan akan pulih dengan sendiri.
Risiko hanya akan bertambah jika anak mempunyai masalah kesihatan jantung, paru-paru atau penyakit kronik yang lain.
Sumber: Fox40, KCRA3, Yahoo News, Dr. Zubaidi, Kidshealth.org