Gadis 3 Tahun Disahkan Mati, Ayah Didakwa Menyuap Anaknya Secara Paksa

Selepas mayat Sherin ditemui, ayahnya mengaku dia telah menyuap Sherin secara paksa sehingga kanak-kanak itu tercekik susu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak hilang selepas dihukum berdiri luar rumah

Sebelum ini, kita semua mendoakan keselamatan Sherin Mathews, anak gadis yang hilang selepas dihukum berdiri di luar rumah kerana enggan minum susu.

Malangnya, beberapa hari kemudian, polis telah menemui mayat Sherin di sebuah terowong longkang, kira-kira 1/2 batu dari rumah mereka.

Sumber gambar: www.dallasnews.com

Wesley, bapa angkatnya ditangkap semula dan didakwa telah membahayakan nyawa kanak-kanak itu.

Tapi pada hari keesokannya, Wesley memberitahu polis yang anak gadis itu sebenarnya telah tercekik susu dan mati.

Dia juga mengaku telah mengalih mayat anak gadis tersebut keluar dari rumah!

Menurut DallasNews, Wesley dan isterinya, Sini berasal dari Kerala dan sedang menetap di Amerika Syarikat.

Mereka telah mengambil Sherin yang sebagai anak angkat tahun lepas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wesley dan Sini juga mempunyai seorang anak perempuan kandung berumur 4 tahun yang kini dalam jagaan kebajikan selepas kejadian tersebut.

Polis belum berjaya mendapatkan kenyataan Sini kerana dia tidak ingin memberi kerjasama dan mendakwa sedang kemurungan kerana tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak sendiri.

Wesley yang didakwa menyuap secara paksa. Sumber: www.thenewsminute.com/

Adakah bapa ini sengaja membunuh anak angkatnya?

Kenyataan awal Wesley mengatakan Sherin tak mahu minum susu yang diberi dan disuruh berdiri di luar rumah pada 3 pagi dan dia telah hilang tidak lama kemudian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi laporan tentang kehilangan anak itu hanya dilakukan pada pukul 8 pagi.

Selepas mayat anak gadis itu dijumpai, Wesley memberitahu polis yang Sherin tidak mahu minum susu.

Wesley juga mengaku telah menyuap secara paksa susu itu pada Sherin sehingga dia tercekik susu.

Pernafasannya tersekat sehingga denyutan jantungnya tidak dapat dirasakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persoalanan di sini ialah, mengapa Wesley tidak membangunkan Sini, isterinya? Sedangkan isterinya itu adalah seorang jururawat!

Sama-sama kita ambil ikhtibar daripada kejadian ini. 

Akibat dan bahaya apabila menyuap secara paksa

1. Mudah tercekik

Sumber: BabyCentre

Apabila ibu bapa menyuap secara paksa, bayi atau kanak-kanak boleh tercekik dan mati lemas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya kisah Chinwe yang telah menyuap secara paksa anaknya yang berusia 1 tahun sehingga mati. 

2. Penyakit pneumonia

Banyak kali apabila ibu bapa menyuap secara paksa, serpihan makanan boleh masuk ke dalam paru-paru kanak-kanak dan menyebabkan radang paru-paru.

Di UK, seorang ibu telah kerap kali menyuap secara paksa makanan bayi kerana terlampau mementingkan berat badan bayinya.

Akhirnya, anak itu maut akibat pneumonia dan ibunya dihukum penjara 3 tahun.

3. Tidak suka makan

Apabila ibu bapa sering menyuap anak secara paksa, ini boleh menimbulkan rasa benci atau fobia terhadap makanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak akan mula mengaitkan makanan dengan tekanan dan ini boleh menimbulkan gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia apabila mereka dewasa.

4. Luka

Ibu bapa boleh mencederakan bahagian mulut semasa memaksa mulut anak untuk membuka mulutnya.

Menyuap secara paksa boleh membawa maut dan saya pasti semua ibu bapa yang baik tidak akan melakukan sesuatu yang boleh memudaratan anak.

Cari cara lain untuk memujuk anak untuk makan.

Bincang dengan pengasuh, pembantu rumah anda dan sesiapa sahaja yang menjaga anak-anak anda tentang bahaya menyuap secara paksa.

Sumber: TimeMamalette

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi 1 Tahun Mati Dalam Bilik Air Selepas Ayah Guna Wap Untuk Ubati Batuk

Penulis

Rosanna Chio