Screen Time Buat Anak Lebih Bijak Tapi Tak Boleh Kawal Emosi, Ini Sebabnya!

Situasi kanak-kanak memegang gajet elektronik bukan lagi asing kini, ia ibarat pemandangan biasa yang sering kita lihat di mana-mana. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Situasi kanak-kanak seawal usia satu tahun memegang gajet elektronik seperti telefon pintar atau tablet bukan lagi asing kini, ia ibarat pemandangan biasa yang sering kita lihat di mana-mana. 

Malah, dalam ketika di pusat beli belah dalam stroller sekali pun untuk bayi di bawah 1 tahun, ada dilekatkan dengan gajet eletronik yang biasanya memainkan video lagu kegemaran kanak-kanak.

Persoalannya, sejauh manakah gajet ini memberi kesan kepada anak anda? Adakah seimbang antara positif dan negatifnya?

Gajet elektronik 'ganti' ibu bapa

Kredit foto: stocksy united

Mungkin ada benarnya, zaman sekarang ini boleh dikatakan gajet elektronik yang memberikan khidmat screen time kepada anak boleh dianggap sebagai 'pengganti' ibu bapa. Adakah anda setuju? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan salah faham ya! Ramai yang salah faham screen time itu hanya menghadap handphone atau tablet saja, tetapi ia sebenarnya termasuk semua aktiviti yang dilakukan di hadapan skrin berkotak tidak kiralah besar atau kecil, leper atau tebal. 

Jadi aktiviti yang dilakukan di hadapan skrin seperti menonton televisyen, bermain komputer atau permainan video juga dianggap screen time ya parents!

Screen time baik untuk anak kerana...

#1. Mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan video atau permainan video dalam alat elektronik biasanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Ia memerlukan penggunakan menggunakan dan memahami bahasa Inggeris untuk berinteraksi. Ini secara tidak langsung akan mendorong kepada meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Lihat saja anak-anak zaman kini, boleh dikatakan ramai yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian bukan?

#2. Memahami apa itu teknologi

Mahu tidak mahu, suka atau tidak, generasi kini perlu didedahan dengan teknologi kerana segala perkara kini berkait dengan teknologi.

Mereka perlu memahami dan tahu menggunakan teknologi kerana dunia sentiasa berubah. Mempelajari mengenai teknologi melalui screen time adalah keperluan asas kini kerana di sekolah nanti pun mereka akan menggunakannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Meningkatkan kemahiran memberi tumpuan

Banyak permainan video boleh meningkatkan kemahiran tumpuan. Ia memerlukan tumpuan dan kemahiran yang sangat tinggi untuk menjuarai permainan. Jika diterjemahkan kepada pelajaran dan pembelajaran ini akan menajamkan kemahiran memberi tumpuan.

#4. Menjadikan komunikasi jarak jauh satu kenyataan

Kredit foto : popsugar.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak dapat bercakap dengan rakan-rakan dan keluarga yang jauh melalui telefon atau panggilan video yang boleh merapatkan hubungan mereka dengan keluarga. 

#5. Membaiki kemahiran motor

Menekan kekunci dan menggunakan tetikus membantu dalam membaiki kemahiran motor anak anda dengan meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka.

#6. Menyokong pembelajaran di rumah

Meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia yang mana kanak-kanak boleh mengetahui lebih mengenai masyarakat, tempat dan alam semulajadi di negara lain. Selain itu, anak anda akan belajar bagaimana teknologi boleh membantu dalam hal-hal seharian seperti mengkaji destinasi yang akan dilawati, memesan barangan, menghantar teks, berkomunikasi dengan orang yang jauh dan lain-lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Screen time undang bahana kerana...

#1. Beri kesan perkembangan anak

Pada tahun 2010, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) memberi amaran bahawa teknologi boleh memberi kesan kepada perkembangan kemahiran kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah.

#2. Ganggu tidur

Ada kanak-kanak yang ketagihan gajet tidak tidur dengan sempurna. Kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam waktu tidur setiap hari untuk mereka membesar secara sihat.

#3. Tiada rangsangan perbualan 

Tiada rangsangan perbualan antara orang dewasa dan kanak-kanak kerana interaktiviti teknologi sama sekali tidak boleh menggantikan interaksi sesama manusia kerana teknologi terkini tidak boleh menggantikan elemen manusia dalam interaksi antara ibubapa dan anak.

#4. Kegelisahan

Perasaan ini boleh menyebabkan pelbagai simptom fizikal, seperti rasa berdebar atau menggeletar dan kadar degupan jantung yang cepat.

Fasa ini biasanya tidak berbahaya dan bersifat sementara, tetapi kanak-kanak yang mengalami kegelisahan ini mengalami rasa gugup, malu dan ketakutan. Mereka cuba menghindari orang, tempat dan aktiviti. 

#5. Kurang/defisit perhatian

Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) adalah gangguan mental. Ia merujuk kepada masalah seperti memberi perhatian, aktiviti berlebihan atau mengalami kesukaran mengendalikan tingkah laku yang tidak sesuai. Ini boleh berlaku pada kanak-kanak dan menyebabkan mereka menjadi gelisah, tidak dapat memberi tumpuan, gelisah dan mudah terganggu.

Tempoh screen time

Pakar perkembangan kanak-kanak dari American Academy of Paediatrics mengesyorkan:

  • Bawah 18 bulan : Seeloknya tidak didedahkan kepada sebarang peranti elektronik kecuali untuk video call bersama keluarga yang jauh
  • 18 bulan hingga 2 tahun : Penggunaan bawah 1 jam hanya dibenarkan dengan pengawasan ibu bapa dalam masa yang terkawal
  • 2 tahun hingga 5 tahun : Penggunaan bawah 1 jam sehari. Ibu bapa perlu alert tentang perkara yang ditonton oleh anak, menceritakan semula atau memberi penerangan setiap apa yang dipelajari melalui screen time.

Tidak semua keburukan dibawa gajet, tetapi kuncinya bersederhanalah dan pantau anak anda!

Sumber: psychcentral, hellodoktor, mypositiveparenting,sirap limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Penulis

Lala Annuar