Cabaran dan kos sara hidup ketika ini telah memberikan impak mendalam terhadap individu bujang mahupun sudah berkeluarga. Namun gaji besar yang diperoleh hasil mengerah kudrat melakukan pelbagai pekerjaan atau bekerja lebih masa dikatakan menjejaskan tahap kesihatan.
Dalam hal ini, seseorang terpaksa bekerja melebihi kemampuan diri sehingga waktu rehat menjadi sangat terbatas.
Lelaki gaji besar lebih mudah terkena penyakit darah tinggi
Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Jepun, golongan lelaki yang memiliki gaji besar atau pendapatan tinggi cenderung untuk mengalami hipertensi atau tekanan darah tinggi.
”Para suami yang memiliki kewangan stabil dan gaji tinggi dinasihatkan untuk sentiasa menjaga gaya hidup seharian mereka agar dapat mencegah masalah hipertensi,” ujarnya.
Penyelidik dari University of Hokkaido, Shigo Yanagiya berkata, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Medical Xpress, golongan lelaki biasanya terdedah dengan tempoh masa kerja lama sehingga menyebabkan mereka tertekan.
Bukan itu sahaja, anda mungkin mengalami kesukaran untuk mengamalkan diet pemakanan sihat, tidak melakukan senaman, lebih kerap merokok dan sukar mengawal berat badan.
Dalam hal ini, kajian dibuat untuk melihat hubungan antara pendapatan isi rumah dan tekanan darah tinggi dalam kalangan kelas pekerja di negara terbit berkenaan.
Para penyelidik telah mengadakan sesi temu ramah seramai 4, 314 orang pekerja terdiri lelaki dan wanita yang bekerja pada waku siang.
Hasil kajian ini mendapati bahawa golongan lelaki dengan pendapatan tinggi setiap tahun berpotensi mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit darah tinggi.
Namun masalah ini tidak berlaku pada golongan pekerja wanita. Ia menunjukkan hasil yang unik antara pendapatan dan tekanan darah.
Beberapa kajian di Jepun menunjukkan bahawa gaji tinggi memberikan kesan tidak baik kepada lelaki sahaja, malah penyakit tekanan darah tinggi ini amat sukar terjadi pada wanita.
”Kajian telah menyokong kenyataan ini. Lelaki dengan gaji lebih besar turut cenderung mengalami masalah berat badan berlebihan, merokok dan minum alkohol setiap hari. Kebiasaan ini adalah faktor utama berlakunya masalah darah tinggi,” jelasnya.
Kesan tekanan darah tinggi menjejaskan hubungan seks
Bagi anda yang tidak tahu, tekanan darah tinggi boleh memberi kesan terhadap kesihatan tubuh terutamanya bahagian jantung. Namun, ia turut berupaya menyebabkan hubungan bersama pasangan di ranjang turut terjejas.
Dalam hal ini, seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi akan mengalami kerosakan salur darah dan mengurangkan alirannya ke seluruh tubuh badan.
Pengurangan aliran darah ke bahagian pinggul ini sekaligus menjejaskan prestasi ketika melakukan aktiviti seks bersama pasangan. Antara implikasi yang mungkin berlaku ialah:
#1. Hilang nafsu untuk melakukan hubungan seks
Tekanan darah tinggi akan menyebabkan keinginan melakukan seks semakin hilang. Justeru, pasangan anda mungkin terpaksa ‘berpuasa’ dan membatalkan sahaja niat untuk bersama.
#2. Ereksi gagal berfungsi
Bagi seorang suami, kesan tekanan darah tinggi pada fungsi seksual adalah lebih jelas berbanding dengan wanita. Ereksi yang tidak berfungsi ini terjadi apabila aliran darah tidak mencukupi untuk mengeluarkan air mani dengan baik.
#3. Zakar sukar untuk tegang
Tekanan darah tinggi akan menghalang arteri mengalirkan darah ke bahagian zakar. Ia akan menyebabkan otot menjadi lembut dan tidak dapat mengeras dengan baik.
#4. Tahap hormon testosteron rendah
Bukan itu sahaja, masalah penyakit ini turut menyebabkan tahap hormon testosteron menjadi rendah. Ia adalah hormon utama bagi lelaki dan memaikan peranan utama untuk meningkatkan rangsangan seksual.
Dalam erti kata lain, kesan penyakit darah tinggi ini akan mendatangkan bahaya yang lebih serius terhadap golongan lelaki.
Sekiranya anda berdepan dengan masalah di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian.
Usah malu untuk membincangkan penyakit ini dan kehidupan seks kerana pihak perubatan mengetahui cara terbaik untuk membantu anda.
Anda boleh mengawal tekanan darah serta kesihatan seksual dengan mengubah corak pemakanan, gaya hidup lebih sihat dan bekerja mengikut kemampuan diri.
Kredit foto: Google
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkesihatan-jantung