Cara Lawak Gal Gadot Sembunyi Morning Sickness Ketika Di Set Justice League

Gal Gadot dalam filem Justice League memang nampak hebat, tapi sebenarnya dia berusaha gigih untuk sorok morning sickness dan baby bumpnya. Lawak caranya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gal Gadot dalam filem Justice League

Anda sudah tengok filem terbaru terbitan DC Comic - Justice League? Kalau sudah, pasti anda perasan dengan pelakon ayu ini, Gal Gadot dalam filem Justice League tersebut.

Gal Gadot memegang watak sebagai Wonder Woman dalam Justice League. Seperti yang semua orang sudah tahu, beliau tengah mengandung ketika di set penggambaran Wonder Woman.

Malah, beliau juga tengah mengandung ketika penggambaran terakhir bagi filem Justice League ini. Yang hebatnya, Gal Gadot cuba sehabis baik untuk "menyembunyikan" kehamilan beliau!

Dia cuba sedaya upaya untuk sembunyikan baby bumpnya dan morning sickness yang beliau hadapi.

Kredit: unleashthefanboy.com

Baru-baru ini, dalam rancangan Live With Kelly and Ryan, Gadot menjelaskan bagaimana dia cuba menyembunyikan semua tanda-tanda kehamilan itu. Lawak pun ada caranya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Gal Gadot sembunyi kehamilan dalam Justice League

Oleh sebab baby bump beliau tidak terlalu kelihatan sangat, maka pengarah filem Justice League tak perlu menyediakan penggambaran khas dengan angle dan teknik tertentu untuk merakam aksi Gal Gadot.

Tapi Gal Gadot tak boleh menyembunyikan morning sickness yang dia rasa. Morning sickness adalah salah satu tanda kehamilan yang paling biasa terjadi.

Namun Gadot tidak mahu semua pelakon dan krew dalam filem Justice League kesusahan dan tahu tentang sakitnya itu. Jadi dia akan "sorok-sorok" muntah di dalam set. 

Kredit: io9 - Gizmodo

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, Gadot juga terpaksa mengupah pembantu yang akan membawa baldi ke mana saja beliau pergi agar beliau mudah untuk muntah.

Bukan itu saja, Gal Gadot juga akan memakai kaca mata gelap untuk melindungi matanya dari segala skrin hijau dan lampu yang bercahaya dalam set. Apabila morning sickness beliau datang, beliau akan berlari dan muntah di mana-mana saja. 

Nasib baiklah pembantu Gal Gadot itu cukup bijak untuk menyembunyikan morning sickness beliau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali beliau ingin muntah, pembantu itu akan menyanyi dan membuat bunyi yang bising untuk "menutup" bunyi Gal Gadot muntah. Haha! Perkara ini kena dibuat kerana kadang-kadang Gal Gadot tak sempat muntah dalam tandas pun.

Jadi untuk tidak mengganggu set penggambaran, beliau terpaksa muntah di mana saja, dengan bantuan "la la la" nyanyian pembantu tersebut. 

Nasib baiklah ada pembantu itu, kan!

Kredit: The Sun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehebatan Gal Gadot dalam filem Justice League

Walau apapun, kami mengucapkan ribuan tahniah kepada Gal Gadot kerana kekal bertenaga dan kuat untuk menyembunyikan kehamilan dan morning sickness beliau ketika tengah berlakon.

Tabik spring pada Wonder Woman ini kerana beliau hebat mengatasinya. Buat anda yang masih belum menonton filem Justice League di pawagam, cepat-cepatlah pergi tengok!

Jangan terlepas peluang untuk melihat Gal Gadot beraksi di samping Ben Affeck, Henry Cavill, Jason Momoa, Ezra Miller, Ray Fisher dan banyak lagi.

Semoga perkongsian ini menghiburkan!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Comicbook/DC

Kredit gambar: Comic Book

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris