Demi Sekeping Gambar Bapa Sanggup Gadai NYAWA Anak, Akhirnya...

Entah apa yang merasuk fikiran bapa ini, sanggup biarkan anak dalam keadaan tergantung di tebing yang sangat curam demi sekeping gambar cantik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu bapa pasti ingin merakam gambar cantik yang menjadi momen indah untuk dikenang bersama anak terutama ketika bercuti.

Demi mendapatkan sekeping gambar cantik, bapa ini sanggup mempertaruhkan nyawa anaknya dengan membiarkan kanak-kanak itu bergantung di tepi tebing tinggi.

Perbuatan bapa itu mendapat kecaman netizen kerana mereka menganggap lelaki berkenaan langsung tidak memikirkan keselamatan anak lelakinya yang kelihatan takut dengan tangan menggigil.

Gambar cantik punca bapa gantung anak tepi tebing

Trend mengambil gambar kreatif dan cantik tetapi dengan membahayakan nyawa nampaknya semakin menjadi-jadi. 

Lelaki itu yang tular di laman sosial Weibo dilihat memegang tangan anaknya sambil kanak-kanak itu menahan kaki di tebing curam dan dilihat memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Kalaulah tersilap sikit, melayang nyawa!

Kawasan itu iaitu Hongjing Road di Fangshan, Beijing memang terkenal dan menjadi tempat tarikan pelancong untuk bergambar kerana pemandangannya dan struktur jalan yang cantik jika dilihat dari tebing. Tetapi tidaklah sehingga mahu mempertaruhkan nyawa anak yang tak tahu apa-apa.

Bapa itu yang dilihat memegang tangan anaknya sementara seorang lagi yang juga anak lelakinya dilihat merakam gambar, malah dalam video viral itu, bapa berkenaan sempat menggoyangkan tangan anaknya supaya melihat kepada kamera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa pelancong lain juga dilihat melepasi penghadang keselamatan di kawasan itu dan mereka kelihatan biasa dan bersahaja, mungkin itu pemandangan biasa di situ.

Video berkenaan dilihat mendapat lebih 14 juta tontotan dalam tempoh 24 jam dan kebanyakannya mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dianggap membahayakan nyawa kanak-kanak itu. 

5 tips ambil gambar cantik hanya guna telefon pintar

Ada orang kata tangan perlu berseni kalau nak ambil gambar. Ada juga benarnya, tapi ada beberapa teknik dan tips untuk pastikan anda dapat ambil gambar dengan baik walaupun hanya guna telefon pintar saja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada banyak tips dan trick dalam mengambil gambar cantik dan kreatif ini. Tidak semestinya perlu gunakan peralatan yang canggih, orang kata kompisisi mata sendiri main peranan sebenarnya. 

#1. Komposisi gambar (rule of third)

Cuba tengok pada kamera telefon anda. Mungkin ada telefon yang tiada komposisi grid ini. Nak tahu apa kegunaan grid ini? Ia sebenarnya membantu anda meletakkan di mana subjek anda supaya gambar lebih fokus dan tidak syok sendiri bak kata orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba aktifkan garisan grid pada kamera telefon pintar anda dan anda akan melihat 9 kotak empat segi di skrin telefon. Cari subjek yang menjadi fokus gambar dan letakkannya di sudut kiri atau kanan gambar. Hasilnya gambar akan kelihatan kemas dan profesional! Cubalah. 

#2. Latih mata untuk atur simetri

Pernah tengok gambar yang elok saja pada pandangan mata kita. Tapi bila kita cuba ambil, teruknya rasa! Cuba latih mata untuk atur simetri. Maknanya, kalau bangunan, latih mata untuk lihat di mana titik tengahnya. Bukan pakai hentam keromo saja.

Nak mudah, sebelum ambil gambar, google dulu gambar sama di tempat sama atau kawasan sama, cuba tiru cara orang lain ambil gambar dengan simetri yang terbaik. 

Sekali lagi untuk dapatkan simetri gambar yang baik, aktifkan grid pada kamera telefon pintar anda. Betul, anda mampu mengubahnya. Cubalah dulu ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Cari cahaya semula jadi

Perasan tak, orang selalu cakap, lighting on point. Biasanya dia selfie dalam kereta atau berada di luar, perkataan itu biasa kita dengar atau baca. Sebenarnya ia adalah pencahayaan semula jadi. Jika gambar itu menerima pencahayaan semula jadi yang cukup, gambar simple pun boleh jadi hebat!

Sebagai contoh, jika ada pergi melancong dan nak sangat ambil gambar sarapan pagi yang diambil. Cuba dapatkan pencahayaan semula jadi supaya gambar itu tidak nampak fake!

#4. Gunakan bingkai sedia ada

Sebagai contoh, jika mahu ambil gambar sekuntum bunga, bawa bunga itu pada tingkat atau sebagainya yang boleh membentuk frame. Atau mahu ambil gambar individu, cuba suruh dia gayakan di pintu atau tingkap atau sebarang ruang yang berbentuk. Gambar itu akan memberi efek istimewa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Fokus pada satu subjek 

Kalau pada telefon anda ada fungsi potrait gunakanlah sebaiknya. Inilah masanya anda nak tonjolkan fokus dalam gambar yang diambil. Biasanya hanya perlu tekan ditengah, kamera anda sendiri akan mencari titik fokusnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sinar Harian, traveloka

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compasangan-kongsi-gambar-comel-bahagia

Penulis

Lala Annuar