Jangan Buat 5 Perkara Ini Kalau Mahu Gambar Keluarga Nampak Kreatif & Menarik

Gambar keluarga mungkin kelihatan mudah tetapi dengan kesilapan ini akan membuatkan gambar jadi tidak menarik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak ambil gambar keluarga pun ada caranya. Kalau tak kena dengan gaya nanti tak cantik pula digantungkan pada dinding rumah apatah lagi mahu memuat naik gambar di media sosial. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni kan?

Gambar Keluarga Sesuai Untuk Keluarga Besar, Elakkan 5 Perkara Ini

1. Susun Ahli Keluarga Ikut Ketinggian

Tidak perlu menyusun ahli keluarga ikut ketinggian. Kalau ada anak lima orang, tak semestinya perlu susun mereka macam kawat askar. Kalau boleh, letak satu atau dua kerusi. Ada sesetengahnya perlu duduk dan sesetengahnya lagi berdiri supaya dapat mempunyai ‘curve’ yang cantik iaitu “High & Low”.

2. Gaya Mini Love 

Apabila ingin mengambil gambar potret keluarga, sebaiknya lakukan pose yang simple dan bersahaja. No mini love! Gaya seperti ini sangat tidak sesuai untuk dijadikan sebagai gambar rasmi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Senyum Paksa

Arahkan ahli keluarga untuk senyum dengan penuh ikhlas dan ceria. Ini kan raya. Kalau dapat semua sekali senyum lagi terbaik. Senyuman kena real tau. Bukan senyuman yang dibuat-buat atau dipaksa. Jangan cuba-cuba untuk buat mulut muncung pula, okay!

4. Lokasi 

Biasalah mak-mak mesti nak bergambar dengan dekorasi rumah. Asal gambar raya sahaja mesti cari lokasi dekat langsir atau tingkap. Jadi kreatif sikit! Boleh letakkan beberapa kerusi di luar laman rumah. Kalau rumah berada di tepi bendang pastikan dapat angle yang betul. 

5. Rakam Gambar Hanya 1 ‘Pose’

Bukan selalu dapat berkumpul dengan ahli keluarga, jadi janganlah kedekut masa dan gaya dengan rakam gambar hanya satu pose sahaja. Kalau boleh semua kena berdiri lurus dan ikut turutan adik-beradik.

Sedangkan, ada banyak lagi gaya ‘pose’ yang sesuai dan menarik. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Teknik Close Up
  • Teknik Pose Santai & Ceria
  • Berbaris lurus tetapi ada lengkung
  • Gaya Candid 
  • Gaya duduk bersahaja

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Bergambar Dengan Keluarga Yang Ada Anak Kecil, Abadikan Memori Indah Bersama

Baca juga: 28 gambar dari seluruh dunia bukti ibu adalah orang terpenting dalam hidup anak

Baca juga: Bukan Saja-Saja, Ada Sebab Orang Tua Melarang Ibu Berkongsi Gambar Bayi Di Media Sosial

Penulis

Noorhidayah