Ibu ini mengongsikan gambar anaknya yang menyayat hati di hospital akibat dibuli

Beliau terkejut kerana telah menghantar anak ke tempat bahaya (sekolah) selama 5 hari seminggu dan 6 jam sehari.

Seorang ibu di UK telah menggunakan Facebook untuk menunjukkan apa yang telah dilalui oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di sekolah.

Beliau telah mengongsikan gambar anaknya yang menyayat hati di hospital akibat dibuli. Beliau juga menggunakan hashtag #Justiceforjak demi membela nasib anaknya.

Jak sebelum dicederakan . Sumber: Facebook

Melalui perkongsian awalnya, beliau menyatakan yang anaknya telah disebat menggunakan tali skiping, ditikam dengan pencil, dicakar, ditumbuk, diejek, dicucuk dengan klip kertas dan dipukul dimuka dengan raket tenis. Oleh kanak-kanak di sekolahnya.

KEADAAN MENJADI LEBIH TERUK

Pembuli-pembuli anaknya, si pembuli, abang kepada pembuli dan dua orang kawan mereka lompat di atas kepala anaknya. Malah pada kejadian paling baru iaitu pada 23 Mac 2017, mereka menolaknya dengan sangat kuat hingga kepalanya terhantuk pada tiang besi.

Pihak sekolah tidak memandang hal ini dengan serius malah menyifatkan kecederaan Jak sebagai minor. Mereka telah menghantar surat kepada semua ibu bapa yang ianya adalah kecederaan minor yang telah dijangkiti! Beliau terkejut kerana telah menghantar anak ke tempat bahaya (sekolah) selama 5 hari seminggu dan 6 jam sehari.

PIHAK POLIS TIDAK DAPAT MEMBANTU

Pihak polis juga telah memberitahunya yang mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana pelaku merupakan seorang kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.

Berikut merupakan kronologi bagaimana keadaan menjadi teruk untuk Jak:

24 Mac 2017 : Ibunya membuat aduan yang bengkak di kepala Jak semakin besar dan membawanya terus ke bahagian kecemasan di mana beliau diberitahu yang ianya adalah gegaran dan apabila meminta pendapat kedua, beliau dihantar pulang.

29 Mac 2017: Beliau telah membawa Jak berjumpa doktor kerana benjolan masih besar dan mula mengeluarkan nanah. Jak kemudian diberikan antibiotik.

31 Mac 2017: Beliau membawa Jak berjumpa doktor pada jam 8 pagi dan telah diberitahu yang ianya adalah gegaran. Disebabkan tidak puas hati dengan apa yang diberitahu, pada jam 8 malam, beliau telah membawa Jak ke doktor di bahagian kecemasan. Nanah semakin teruk dan kepala Jak sakit. Jak diberi antibiotik.

1 April 2017: Ia merupakan hari lahir Jak yang ke 7. Parti hari lahir Jak diadakan di Jungle Land tetapi Jak hanya duduk di dalam tandas sehingga kawan-kawannya balik kerana kepalanya terlampau sakit mendengar orang bercakap dan tertawa. Petang itu, Jak menangis sepanjang malam akibat sakit kepala.

Jak kemudiannya dimasukkan ke wad unit pra penilaian (pre assessment unit) dan selepas itu ke wad kanak-kanak. Jak telah terseksa selama 2 minggu!

Jak yang tidak berhenti rasa sakit. Sumber: Facebook

5 April 2017: Jak telah dibawa ke bilik bedah untuk mengeluarkan darah beku dan nanah yang terkumpul di dalam kepalanya. Jak dimasukkan air kerana diberikan antibiotik, ubat tahan sakit dan juga morfin. 

7 April 2017: (terbaru) Jak telah dibawa ke bilik bedah untuk memasukan ‘electric vacuum drain’ ke dalam kepalanya. Ini bermakna dua tiub dimasukan ke dalam kepalanya untuk mengeluarkan infeksi dan darah dari kepalanya. Jak terpaksa baring di katil dengan ubatan yang kuat serta tiub keluar darinya sementara pembulinya menjalani kehidupan normal!

PEMBULINYA TIDAK DIHUKUM

Jak di hospital. Sumber: Facebook

Anaknya telah berada di hospital selama 6 hari namun tidak sekalipun pembuli anaknya itu dihukum! Menurut ibu Jak di dalam salah satu status Facebooknya.

Berita tentang Jak telah dikongsikan lebih 93, 000 kali oleh semua orang diseluruh dunia dan mendapat pelbagai reaksi tidak percaya dengan apa yang Jak terpaksa lalui.

Menurut ibu Jak lagi, kita harus bersama menentang buli, kekal bersama dan ubah! Ajari anak-anak untuk menjadi baik dan mengajar mereka untuk bersuara.

BULI HARUS DIHENTIKAN

Buli boleh terjadi dalam pelbagai bentuk. Dari segi fizikal atau emosional. Malah secara berdepan atau media sosial (pembulian siber). Kesan buli adalah sangat teruk. Dari kemurungan, kecederaan fizikal hinggalah bunuh diri.

Kes pembulian sememangnya sangat banyak dan ia terjadi seawal pra sekolah lagi. Sebab itulah kita sebagai ibu bapa harus membimbing mereka untuk tidak menjadi pembuli dan mendengar apa yang mereka sampaikan (sekiranya mereka dibuli). Namun, bagaimana kita boleh menghentikan buli?

  1. Sebagai ibu bapa, yang paling penting ialah kita sendiri tidak membuli orang lain. Contohnya sekiranya mempunyai pembantu rumah, melayan mereka dengan rasa hormat walaupun kita adalah majikan.
  2. Biarpun terpaksa mengikatkan berulang kali, namun kita harus konsisten mengingat mereka yang mereka mesti berbuat baik dengan semua orang serta tidak mengasari orang lain.
  3. Sekiranya anak mengadu dibuli, berikan sepenuh perhatian dengan apa yang disampaikan mereka. Setiap butiran apa yang mereka sampaikan harus diambil kira.
  4. Jika kita mendapat tahu tentang buli, JANGAN berdiam diri. Ia umpama kita turut bersubahat di dalam pembulian itu. Bersuara dan hulurkan bantuan!
  5. Sekiranya tiada tindakan dari pihak berwajib (sekolah contohnya) dapatkan nasihat dari badan kebajikan tentang apa yang boleh anda lakukan.

Kadang-kala, anak-anak yang menjadi mangsa buli enggan berterus-terang dengan ibu bapa kerana takut. Namun, jika kita nampak akan perubahan yang ketara pada mereka, berikan perhatian dan minta mereka bersuara. Biar mereka tahu yang merek perlu memberitahu anda.

Apabila kita berinteraksi dengan orang, sebenarnya, anak-anak memerhatikan kita. Mereka belajar bagaimana kita berinteraksi. Jika kita berkasar, maka kasarlah mereka dengan rakan sebaya mereka. Namun jika kita menunjukan rasa hormat pada semua orang, mereka juga akan belajar berpelakuan begitu.

Sumber: news

Penulis

Aqma