20 gambar bukti betapa hebatnya insan bergelar IBU -- lihatlah perjuangan mereka!
Anda perlu menyaksikan detik indah ketika seorang ibu mengandung, melahirkan dan menyusu bayi ini. Pasti anda dapat rasainya betapa seorang wanita bergelar ibu itu cukup hebat...
Amaran: Gambar orang bersalin yang disertakan di bawah mungkin tidak sesuai untuk tontonan semua individu. Sila teruskan bacaan dengan tanggungan sendiri.
Perjuangan seorang ibu mengandung dan bersalin itu mungkin tak terluah dek kata-kata. Dua perkara ini hanya ibu saja tahu bagaimanakah sakitnya.
Disebabkan itu, satu pertandingan fotografi telah diadakan dengan kemenangan 20 keping gambar orang bersalin. Ia sekaligus membuktikan perjuangan seorang ibu tidak ternilai dengan harta dan wang ringgit.
Bahkan, pertandingan gambar orang bersalin ini membuatkan ramai ibu ingin mengambil gambar dengan momen indah ketika mengandung, bersalin dan menyusukan bayi.
Pertandingan gambar orang bersalin ini menerima 1000 kiriman foto ibu bersalin dari seluruh dunia. Ia terbahagi dalam lima kategori iaitu Maternity, Labor, Birth, Fresh dan Breastfeeding.
Pemenang dipilih oleh juri profesional peringat antarabangsa. Jom kita cuci mata sambil menghayati gambar-gambar tersebut.
20 gambar orang bersalin yang patut anda tengok!
1. Pemenang tempat pertama gambar orang bersalin
Gambar ini diberi judul “Stunning siblings first encounter” – Marijike Thoen dari Belgia.
Ibu ini melahirkan seorang bayi comel dengan menggunakan kaedah bersalin dalam air sambil diperhatikan anak sulung keluarga ini.
2. Pemenang pertama kategori Maternity atau ibu hamil
“This Is What A Goddess Looks Like” – Jen Conway dari Greenville. Ibu ini menunjukkan perutnya yang sedang berbadan dua di sebuah anak sungai.
3. Pemenang ketiga kategori Birth
“Caught In Between Worlds” – Dominique Lamontagne dari Ottawa, Ontario. Ibu ini melahirkan bayi dengan cara persalinan dalam air.
4. Pemenang kedua dari kategori Maternity
“Staying Afloat” – Melissa Benzel dari Orlando, Florida.
5. Pemenang pertama kategori Birth
6. Pemenang kedua kategori Birth
“Fist Bump For Mom” – Neely Ker dari Columbus, Ga.
7. Pemenang ketiga kategori Breastfeeding
“Stir Fry” – Christina Benton dari Milwaukee, Wi.
8. Pemenang kesukaan ramai kategori Birth
“Transition To Earth” – Caroline Devulder dari Belgia.
9. Pemenang pertama kategori Labor
“Nowhere And Everywhere” – Rebecca Coursey dari Los Angles, Ca.
10. Pemenang kesukaan kategori Labor
“Three Souls Labor As One” – Esther Edith dari Spokane, Washington.
11. Pemenang ketiga kategori Maternity
“A Mother’s Love” – Vanessa Mendez dari San Antonio, Texas.
12. Pemenang utama kategori Fresh/postpartum
“This Is Vbac” – Veronika Richardson dari Green Bay, Wi.
13. Pemenang kedua kategori Labor
“Labor By Candlelight” – Ashley Marston dari Vancouver Island, Bc.
14. Pemenang kedua kategori Fresh/postpartum
“Rebirth” – Lacey Barratt dari Melbourne, Australia.
15. Pemenang kesukaan kategori Breastfeeding
“A Hush Fell Over The Crowd” – Gabriella Hunt dari Rochester, New York
16.Pemenang pertama kategori Breastfeeding
“Within Reach” – Cory Janiak dari Treasure Coast, Fl.
17. Pemenang kategori Fresh/postpartum
“Success” – Deborah Elenter dari Uruguay.
18. Pemenang ketiga kategori Labor
“Before The Cut” – Laura Wando dari Kampala, Uganda.
19. Pemenang kedua kategori Breastfeeding
“Tranquility” – Veronika Richardson dari Green Bay, Wi.
20. I Love You!
Nyanyian lagu ibu “Engkaulah ratu hatiku” benar-benar menyentuh hati dan perasaan kita terutama jika ia didendang saat melihat gambar orang bersalin 2018 ini.
Malah ia memperlihatkan betapa kuat dan cekalnya hati seorang ibu walaupun perit jerih ketika bersalin. Ibu tetap tatang kita bagai minyak yang penuh.
Selepas melihat gambar orang bersalin ini, ciumlah kedua-dua pipi ibumu supaya anda tetap ingat jasa dan pengorbanan ibu tak ada tolak bandingnya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Adisty Titania. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: