Kerja gila! Mungkin ini yang terlintas di minda anda saat melihat foto ibu hamil ini. Setiap ibu hamil pasti mengimpikan merakam gambar paling indah bagi mengenang momen indah 9 bulan bersama bayi dikandung.
Bagaimanapun, bagi wanita dari Boerne, Texas ini, beliau menginginkan kelainan dalam merakam gambar ketika maternity photoshootnya dengan menggunakan lebih 10,000 lebah sebagai props utama dalam penggambarannya.
Beliau mendapat perhatian netizen di media sosial selepas memuatnaik gambar berkenaan ada yang mengecamnya kerana mengatakan tidak memikirkan keselamatan diri dan bayi tetapi tidak kurang juga yang memuji keberaniannya.
Gambar paling indah bersama 10,000 lebah
Wanita sarat mengandung itu, Bethany Karulak-Baker, bagaimanapun menjelaskan beliau sudah mendapatkan nasihat doktornya sebelum membuat penggambaran itu.
“Inilah gambar maternity photoshoot yang saya janji untuk kongsikan kepada anda. Saya tidak disengat walau sekali pun. ‘Ratu’ lebah itu diletakkan di atas perut saya dalam kurungan. Lebah itu diletakkan secara semulajadi di atas perut saya dan ia mula merimbun. Jangan risau, doktor saya membenarkannya. Kira-kira 10,000 lebah digunakan. Ceria semua!,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya.
Pernah alami depresi selepas keguguran
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut berkongsi beliau pernah mengalami kemurungan tahun lalu susulan mengalami keguguran kandungan.
Katanya, penggambaran kali ini bukan hanya penggambaran untuk mengingati momen mengandung. Ia adalah momen untuk diingati bahawa terutama kepada anak yang dilahirkan bahawa ada ada ‘pejuang’ di dalam perutnya.
Dapat kritikan netizen
Gambar itu bagaimanapun mendapat banyak kritikan daripada netizen yang mengatakan beliau tidak mementingkan keselamatan diri dan anaknya. Malah ada yang mengatakannya ‘gila’ populariti sehingga sanggup menggadai nyawa.
Malah ada yang mempersoalkan adakah benar doktor yang merawatnya benar-benar memberikan kebenaran kerana lebah boleh mendatangkan alahan kepada wanita hamil.
Apa nak buat jika anda disengat lebah?
Lebah adalah serangga yang hidup berkumpulan, popular dengan peranannya dalam proses pendebungaan, menghasilkan madu serta lilin lebah.
Di sebalik hukum alam yang dilaksanakan, lebah juga menjadi ‘musuh’ manusia sekiranya serangga berkelompok ini berasa terancam dengan kehadiran entiti lain termasuk binatang ternakan.
#1. Simptom digigit lebah
- Kemerahan, bengkak, sakit dan gatal di kawasan terkena sengatan
- Rasa sakit akan cepat hilang tetapi bengkak boleh berlarutan lebih satu hari
- Benjolan pada permukaan kulit dan gatal seluruh badan
- Bengkak pada mulut, tekak atau kedua-duanya
- Pernafasan berbunyi ‘berdehit’
- Sesak nafas
- Loya, muntah
- Sakit dada
#2. Komplikasi
Banyak sengatan boleh mengakibatkan komplikasi kronik termasuk kerosakan otot, kegagalan ginjal dan berakhir dengan kematian. Satu sengatan di dalam mulut kanak-kanak boleh mengakibatkan salur pernafasan bengkak. Kanak-kanak dan warga emas berisiko tinggi mengalami tindak balas serius.
#3. Rawatan awal
1. Cabut penyengat yang tertinggal di tempat sengatan
Penyengat perlu dikeluarkan secepat mungkin menerusi sebarang kaedah yang dibolehkan. Kajian menunjukkan tiada perbezaan pada jumlah racun yang masuk ke dalam tubuh sekiranya penyengat dikeluarkan secara mencubit atau dikikis.
Lewat mengeluarkan penyengat (walaupun beberapa saat) boleh mengakibatkan lebih banyak racun masuk ke tubuh.
2. Tekap ais pada bahagian yang disengat
Apabila terkena bisa sengatan lebah, dalam beberapa jam ia akan menimbulkan bengkak. Jadi, tuam atau tekap ais pada bahagian yang disengat untuk mengurangkan bengkak.
3. Rehat dan tinggikan anggota badan yang terkena sengat
Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin. Dua peratus individu yang disengat boleh mendapat kejutan anafilatik terhadap protein tertentu dalam racun sengatan. Ia boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan kecemasan.
4. Suntikan adrenalin diperlukan individu yang mengalami tindak balas renjatan
Setiap individu memberi reaksi yang mungkin berbeza terhadap sengatan lebah. Ada yang perlu mendapatkan suntikan adrenalin jika dia terasa mengalami renjatan selepas disengat lebah untuk mengelakkan kesan lebih buruk berlaku.
5. Imunisasi tetanus disarankan
Bahagian yang disengat mungkin terasa sakit untuk beberapa jam. Bengkak dan gatal mungkin berterusan selama seminggu. Elak menggaru kerana ia akan meningkatkan lagi rasa gatal dan bengkak.
Sekiranya individu terkena lebih 10 sengatan atau sengatan di dalam hidung, mulut dan tekak, mereka berisiko mengalami sesak nafas akibat tindak balas anafilaktik atau pembengkakan di tempat sengatan.
#4. Langkah pencegahan
Elakkan diri dari mendekati lebah dan tebuan.
Adalah penting sebagai peringatan bahawa sengatan tebuan madu dapat menghasilkan ‘pheromones’yang boleh ‘memanggil’ tebuan lain datang untuk menyerang.
Sumber: news18, Harian Metro, myhealth
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkelebihan-madu