Apabila mencari inspirasi gambar perkahwinan orang lain, kita seringkali melihat gambar pasangan yang menimbulkan rasa romantik. Jarang kita lihat gambar perkahwinan dengan tema yang unik, hebat dan amat bermakna.
Gambar Perkahwinan Pengantin Baru Viral
Ini adalah Vina Marwan yang berusia 29 tahun dan suaminya yang berusia 26 tahun Ikhzreen Husin, pengantin baru dari Kuala Lumpur.
Oleh sebab gambar perkahwinan adalah untuk tatapan kedua-dua keluarga, pasangan ini telahpun mengambil beberapa gambar biasa semasa majlis perkahwinan mereka.
Tapi selepas itu, mereka ke taman skate berdekatan untuk mengambil gambar perkahwinan mereka.
Vina memberitahu BuzzFeed News bahawa mereka telah bertemu 5 tahun yang lalu apabila dia baru mula belajar untuk bermain longboard.
Dia dan suaminya jadi kawan rapat kerana berlatih dalam sesi skate yang sama.
Mereka telah menghabiskan banyak masa bersama apabila bermain longboard dan mengikuti banyak kejohanan di dalam dan di luar Malaysia.
“Tak lama kemudian, kami mula mempunyai perasaan di antara satu sama lain,” kata Vina.
Mereka telah berkahwin akhir bulan Julai 2017 lalu.
Gambar Perkahwinan Candid
“Kami langsung tidak merancang apa-apa tema atau cara untuk mengambil gambar perkahwinan pada hari itu,” Vina memberitahu Buzzfeed.
“Semua gambar yang diambil hari itu semua gambar candid sahaja. Tak ada gambar yang serius-serius.”
“Hari itu kita kasual saja. Saya pun naik longboard dengan perlahan-lahan kerana memakai skirt dengan ekor yang panjang,” jelas Vina.
Anak saudara Vina telah memuat naik gambar hari itu ke Twitter dan ia telah tular dengan cepat, dan di tweet semula sebanyak 39,000 kali!
“Saya langsung tak menyangka gambar kami akan mendapat sambutan sebegini,” kata Vina, sambil menambah bahawa mereka semua terkejut apabila tweet itu tular.
Walaupun gambar-gambar ini gambar candid sahaja tetapi ia sungguh bermakna. Inilah tempat di mana semuanya telah bermula, tempat mereka bertemu dan telah jatuh cinta.
Kami dari AsianParent Malaysia mengucapkan taniah dan selamat pengantin baru!
Sumber: Buzzfeed
Baca juga:
Pasangan Yang Selalu Kongsi Gambar Comel Bersama Terbukti Lebih Bahagia!