Gambar Wanita Ini Menyusu Tanpa Baju Mencetuskan Kemarahan Orang!

Kecoh apabila wanita ini, seorang anak Presiden memuatnaik gambar menyusu tanpa baju! Apa pandangan anda tentang penyusuan susu badan di tempat awam?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebuah gambar seorang wanita menyusukan bayinya dengan hanya berpakaian dalam telah mencetuskan perdebatan tentang penyusuan dan adakah ia meningkatkan keghairahan

Wanita tersebut adalah Aliya Shagieva. Beliau merupakan anak bongsu kepada Presiden Kyrgyzstan.

86.3% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut agama Islam. Maka tidak hairanlah mengapa gambar itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di antara penduduk Kyrgyzstan.

 "Saya akan menyusukan anak saya pada bila-bila dan di mana sahaja."

Aliya Shagieva sangat aktif di media sosial. Beliau selalu berkongsi gambar karya seni, potret sendiri dan gambar suami serta bayinya.

Pada bulan April lepas, beliau telah berkongsi gambar sendiri sedang menyusukan anaknya dengan hanya berpakaian dalam dengan ulasan -

"Saya akan menyusukan anak saya pada bila-bila dan di mana sahaja."

Foto kredit: Aliya Shagieva

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi gambar itu telah diturunkan selepas dia dituduh tidak tahu malu kerana menyiarkan gambar yang sungguh intim sedemikian. 

Namun sebelum gambar tersebut diturunkan dari media sosial, ia telah tersebar dengan meluas hingga menarik perhatian dunia.

Ramai yang memuji keberaniannya menyokong penyusuan badan untuk si manja. Penyusuan badan sering menjadi topik hangat di kalangan masyarakat (termasuklah di Malaysia) kerana payudara dipandang sebagai anggota tubuh yang memberi daya sensual

Wawancara Aliya Shagieva dengan BBC

Apabila dia ditemuduga oleh BBC cawangan Kyrgyzstan, Aliya Shagieva berkata dia faham mengapa gambar itu tidak diterima dengan baik. Bahkan ibu bapanya, Presiden Almazbek Atambayev dan Raisa, turut tidak gembira. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Mereka tidak suka gambar itu, dan saya faham perasaan mereka kerana mereka jauh lebih konservatif daripada generasi muda sekarang."

Gambar itu telah mencetuskan kemarahan disebabkan budaya yang bercanggah, faktor kesopanan yang dipegang penganut agama Islam dan pendapat orang ramai yang tidak setuju dengan mana-mana ibu yang menyusukan anak di tempat awam.

Ada yang menegaskan ibu-ibu perlu menutup kawasan dada apabila menyusu, menyusu di tempat tertutup atau di bilik penyusuan bayi.

Tetapi, kadangkala, bayi tersebut sudah lapar dan ia adalah tanggungjawab seorang ibu untuk menyusunya di mana saja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:

Amalan Menyusu Badan Di Negara-Negara Islam

Foto kredit: Aliya Shagieva

Apabila BBC menyiarkan wawancara dengan Aliya Shagieva, ramai individu mula bersuara dan perbincangan dalam talian tentang budaya dan amalan penyusuan di negara-negara Islam lain semakin hebat diperkatakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Tajam mata orang memandang apabila melihat saya menyusukan anak. Saya selalu perlu menutup diri dan bayi atau biarkan saja dia lapar," tulis seorang ibu dari Tehran.

Zarifa Ghafari dari Kabul turut berkongsi yang ibu-ibu terpaksa masuk ke bilik berasingan untuk menyusu:

"Seorang ibu tidak boleh menyusu di hadapan orang lain. Dia akan dimarah ahli keluarga yang lebih tua jika dia berbuat demikian. Ini adalah masalah besar, tetapi secara perlahan-lahan budaya ini sedang berubah." "Kami terpaksa membeli barang di sebuah kedai supaya kakak ipar saya dapat menyusukan anaknya dalam kedai itu. Kakak ipar saya terpaksa duduk di sana dan menutup dirinya dengan selendang besar," tulis seorang wanita Afghan bernama Nageen.

Seorang pengguna Facebook dari Turki turut berkongsi bahawa dia lebih suka menutup dirinya apabila menyusukan bayi:

"Saya tidak suka menunjuk-nunjuk dan lebih suka menggunakan penutup. Ramai lagi yang masih menganggap payudara sebagai anggota tubuh yang memberi daya sensual."

Baca juga:

Akhir Kata Dari Saya Yang Menyusu Badan

Sebagai seorang ibu yang menyokong penyusuan susu badan, saya tiada masalah dengan amalan menyusukan anak di tempat awam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila menyusu, saya memilih untuk menggunakan penutup kerana rasa hormat terhadap orang ramai. Tapi, saya faham perasaan ibu-ibu menyusu apabila dalam keadaan terdesak dan kekurangan kemudahan awam seperti bilik menyusu.

Harapan saya, satu hari nanti penyusuan susu badan tidak akan dipandang sebagai sesuatu yang sensual di mata orang.

Sumber rujukan: BBC

Penulis

Rosanna Chio