Bayi Kerap Menangis Punca Ibu Baru Murung: Bakal Ibu, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Sepanjang kehamilan lagi para ibu punyai gangguan emosi yang bercampur baur, asalnya berasa cukup gembira dengan berita kehamilan, kemudian rasa loya buat kepenatan pula, muncul pula trimester kedua dan ketiga lain lagi perasaannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepanjang kehamilan lagi para ibu punyai gangguan emosi yang bercampur baur, asalnya berasa cukup gembira dengan berita kehamilan. Kemudian tibanya pula fasa di mana bakal ibu mengalami 'morning sickness', membuatkan si ibu berasa lemah dan tidak berdaya.

Masuk pula trimester kedua, di mana semuanya tampak lancar dan si ibu pun sudah pandai membiasakan diri dengan berbadan dua. Malah loya juga semakin berkurangan. Mulalah rasa teruja kembali menerpa.

Tiba di trimester ketiga, bermulalah semula gangguan emosi yang sederhana seperti rasa teruja, takut, penat dan tidak sabar.

Jadi apatah lagi selepas kelahiran bayi yang dinanti-nanti itu. Cabarannya adalah dua kali ganda dari sepanjang kehamilan. 

Cabaran menguruskan bayi

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teringat waktu mengandung di bulan-bulan yang terakhir sebelum bersalin sentiasa saya katakan "tak sabarnya nak baby keluar, cepatlah keluar," lantas ada saja rakan-rakan ibu yang menepis, "bila baby keluar nanti lagi mencabar ya, jadi enjoy lah waktu-waktu terakhir ini."

Dan ya, memang benar. Pengurusan bayi tidak mudah, lebih-lebih lagi dalam seminggu pertama kelahiran.

Malah, stres atau gangguan emosi selepas bersalin bukanlah sesuatu yang baru. Menurut Anna Surti Ariani, Pakar Psikologi Keluarga, hampir 80% ibu mengalami baby blues sekitar tiga ke lima hari selepas melahirkan.

Pada waktu ini ibu akan kepenatan kerana tidak cukup tidur. Ada masanya malas menguruskan bayi, mood yang tak menentu hingga perasaan hati berubah-ubah dan tiba-tiba menangis serta mudah tersinggung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada juga yang mengalami Post Partum Depression yang berlangsung lebih lama dan pesakit tidak tahu dirinya sedang bermasalah. Ketika tertekan, ibu cenderung merasakan dirinya sukar menyayangi bayi dan kutuk diri tidak boleh jadi ibu yang terbaik.

Tidak hairanlah dua tiga hari ini terdapat banyak kes-kes buang bayi, ibu mencederakan bayi dan sebagainya. Namun itu semua atas gangguan emosi kritikal yang sudah tidak dapat dibendung lagi. 

Tapi untuk bakal ibu, sentiasa sediakan diri dari segi mental dan fizikal untuk menangani masalah bayi anda apabila dia mulai menangis nanti. Jadi pertama sekali anda perlu faham jenis-jenis tangisan bayi!

Jenis-jenis tangisan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya tiada apa yang perlu dirisaukan apabila bayi menangis tanpa sebab. Walalupun dia dalam keadaan yang sihat, mereka mesti menangis beberapa kali dalam satu hari. 

Ia adalah satu 'signal' di mana bayi inginkan perhatian, kadang kala tangisannya itu tiada air mata pun. Mereka cuma ingin berkomunikasi dengan anda dan itu saja cara yang mereka tahu setakat ini iaitu menangis. 

Mereka tidak dapat melakukan sebarang perkara untuk diri sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk makan, mandi, menukar lampin dan sebagainya. 

Sebagai insan yang baru bergelar ibu ayah buat pertama kali, mungkin anda sukar untuk mengenal pasti keperluan bayi sehingga setiap kali tangisan berlaku, anda menjadi bimbang dan panik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, ia memerlukan tempoh masa tertentu untuk membolehkan anda mengenali gaya tangisan anak yang pelbagai bunyi.

#1. Tangisan bayi berusia 0-3 bulan

Pada usia bayi 0 hingga 3 bulan, ia lebih dikenali sebagai kemuncak tangisan bayi. Ketika ini bayi menangis hanyalah untuk menyatakan keperluan diri mereka.

Mereka akan menangis dengan bunyi yang berlainan dalam menyatakan keperluan mereka. Contohnya seperti:

"Neh Neh Neh" : Apabila mereka lapar dan ingin ibu memberikan susu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Owh Owh Owh" : Apabila mereka kepenatan dan ingin tidur seketika. 

"Eigh Eigh Eigh" : Dengan bunyi seperti meneran, tandanya dia dalam kesakitan, seperti perut kembung.

"Heh Heh Heh" : Bunyi seperti ini tandanya dia tidak selesa, periksa lampin segera!

#2. Tangisan bayi pada usia 4- 6 bulan

Pada usia ini bayi menangis adalah selalunya kerana inginkan  perhatian orang di sekeliling. Mereka akan menangis seperti merengek kerana kebosanan. 

Bayi akan meragam kerana tidak dapat bermain mainan yang di inginkan atau berasa mengantuk tetapi tidak dapat tidur dengan lena.

Bukan itu sahaja, tangisan juga adalah sebagai isyarat untuk menyatakan rasa cemas atau takut yang dialami sekiranya berada dengan orang yang tidak dikenali oleh mereka.

Sesetengah bayi juga memerlukan pelukan hangat dari ibu ayah. Jika anak sudah besar, mereka akan menjadi tenang jika melihat dan mendengar suara anda dalam bilik.

Namun bagi bayi dalam usia ini, mereka lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk mendapatkan suasana yang lebih selesa.

#3. Tangisan bayi berusia 7-12 bulan

Menginjak usia bayi dari 7 hingga 12 bulan ini, mereka sudah pandai sedikit untuk menyatakan apa yang mereka mahu, contoh seperti jika mereka mahu susu, dengan sambil merengek dia akan menarik atau menyelak baju si ibu. 

Ada juga kalanya mereka ini menangis kerana inginkan sesuatu yang baru dipelajarinya, contoh dia sudah pandai berjalan, dan ingin anda membawanya keluar berjalan di luar. 

Mereka akan menangis sekiranya kebiasaan anda membawanya berjalan-jalan, namun keesokan harinya hanya duduk di rumah dia akan mulai resah.

Sama juga apabila anda meletakkan dia di dalam tempat duduk bayi di dalam kereta. Jika sekali anda mengangkatnya dan duduk di hadapan, lain kali dia akan mengharapkan benda yang sama dengan menangis.

Dalam hal ini, mengurus bayi menangis tanpa henti sebenarnya tidak membawa kemudaratan buat dirinya. Namun, ia hanya membuatkan anda berasa cukup tertekan kerana bimbang akan risiko terhadap kesihatan anak.

Jika bayi kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha yang anda lakukan untuk menceriakannya, pastinya anda rasa kecewa kerana diri kurang cekap dalam mengendalikan perasaan anak yang membuatkan mereka sering menangis.

Tetapi pada hakikatnya, ia bukanlah disebabkan anda.

Sumber: Family Education, Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.combayi-anda-kuat-meragam-kajian-meminta-para-bapa-melayan-ibu-dengan-lebih-baik