Seram! Kisah orang gaji guna ilmu hitam ini pasti buat bulu roma naik!

Kisah-kisah tentang gangguan sihir yang dialami oleh majikan-majikan ini pasti akan buat bulu roma anda berdiri! Jom baca kisah mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda dengar kisah orang gaji guna ilmu hitam pada keluarga majikan? Kita sudah masuk Alaf 21, ramai yang sudah tak percaya tentang gangguan sihir.

Tapi anda pasti terkejut dan tak sangka yang banyak kes sebegini telah dilaporkan sebenarnya! Ada yang amat mengerikan, seperti kes orang gaji di Singapura ini…

Gangguan sihir di Singapura dari orang gaji Indonesia

Semuanya terbongkar apabila satu keluarga di Singapura ini berasa curiga apabila mereka sedar banyak barang berharga mereka hilang.

Mereka mengesyaki orang gaji mereka dari Indonesia itu yang mencurinya, tapi mereka tak ada bukti. Lebih-lebih lagi dia kelihatan seperti orang baik dan masak makanan yang sedap-sedap untuk mereka.

Semuanya baik saja sehingga orang gaji ini ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja dari Bangladesh semasa tiada orang di rumah majikan itu.

Keluarga ini telah melakukan pemeriksaan dan menjumpai semua barang kemas yang telah dicuri oleh orang gaji ini. Tapi bukan itu saja… Mereka juga menemui sesuatu benda pelik!

Mereka menemui sedulang telur burung merpati di bawah katil orang gaji ini.

Gambar sekadar hiasan

Keluarga ini telah menelefon polis dan orang gaji itu telah ditangkap. Dia juga mengaku yang dia telah menggunakan gangguan sihir dan ilmu hitam menggunakan telur burung merpati.

Tapi ceritanya tak berakhir sampai sini…

Tak lama selepas itu, kesemua ahli keluarga ini jatuh sakit! Ibunya koma, dan doktor tak tahu apa puncanya. Keluarga ini kemudiannya mengupah Taoist untuk membuang gangguan sihir ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita Singapore tweet kisah seram gangguan sihir yang dialaminya

Kisah ini berlaku pada tahun 2017. Seorang wanita dari Sinapura, Dia, telah menceritakan kisah seramnya dalam hampir 100 tweet. Peristiwa ini berlaku di rumahnya selepas keluarganya mengambil orang gaji.

Orang gaji yang baru diambil bekerja ini berperangai pelik. Dia jarang makan atau bercakap.

Satu-satunya orang yang dia selesa untuk bercakap adalah dengan bapa Dia. Orang gaji ini juga akan makan nasi, garam dan bawang putih seminggu sekali.

Orang gaji ini selalu bertanya jika anak majikannya itu hendak makan, kadang-kadang pada pukul 3 pagi. Apabila Dia menolak, orang gaji ini akan kelihatan marah.

Satu hari, Dia bangun untuk pergi ke tandas sekitar jam 1 atau 2 pagi. Tiba-tiba dia perasan sepasang mata berwarna merah sedang memerhatikannya dari bawah katil!

Pada hari lain, semasa Dia datang bulan pada hari ke-5, Dia pulang ke rumah dan rumahnya berbau pelik. Dia menemui orang gajinya sedang mencangkung di atas satu beg yang dipenuhi pad Dia yang telah digunakan di dalam tandas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia yang ketakutan, menjerit “Apa yang kau buat ni? tapi orang gajinya hanya ketawa.

Dia dan ibunya mengambil beg tersebut dan membuangnya. Mereka kemudiannya meminta untuk melihat barang-barang orang gaji mereka untuk memastikan dia tak ambil benda lain.

Dia menemui rambutnya di dalam sampul surat dan gambar mereka sekeluarganya yang telah dipotong. Keluarga ini terus diganggu walaupun selepas mereka menghantar orang gaji ini pulang ke tempat asalnya.

Tak lama selepas orang gajinya pulang, ibu Dia mengatakan yang dia diganggu sekali. Dia selalu mendapat migrain dan tak boleh tidur lena kerana merasakan seperti seseorang sedang duduk di atasnya.

Kakak Dia juga telah mengambil gambar satu bentuk berwarna putih di luar bilik tidurnya…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak lagi kisah orang gaji guna ilmu hitam untuk daya tarikan dan godaan

Banyak lagi kisah seram dan pelik yang telah dilaporkan.

Menurut laporan dari South China Morning Post, seorang orang gaji merasa tertekan kerana majikannya telah memasang CCTV untuk melihat dia bekerja. Dia menyangka yang majikannya tak sukakannya dan cara kerjanya.

Rakannya telah mencadangkan agar dia menggunakan ilmu hitam untuk menarik minat majikannya.

Jadi, dia membuat keputusan untuk rendam pad yang telah digunakan ke dalam air minum majikannya. Cara ini dilakukan untuk buat majikan ini suka padanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia melakukan perkara ini dua kali dan perbuatannya telah dirakam.

“Kami tak percaya dengan tangkal atau ilmu hitam tapi kami tak gembira kerana kami minum air tersebut. Apa yang dia lakukan adalah mengerikan,” kata majikan ini.

Sementara itu, pencarian dalam Internet telah menunjukkan beberapa cara “biasa” yang digunakan sebagai ilmu hitam, iaitu:

  • Mencampurkan darah haid dalam sup majikan
  • Campurkan air kencing dalam makanan (nasi kangkang) dan kadang-kadang meludah dalam makanan
  • Menghantar gambar dan rambut majikan ke tempat asal mereka untuk dijampi bomoh
  • Gunakan kuku yang sudah dipotong untuk buat ubat pengasih
  • Jampi beras
  • Meletakkan seluar dalam ke dalam sarung bantal majikan

Adakah anda mempunyai pengalaman seperti ini dengan orang gaji anda? Jom kongsi kisah anda di ruangan komen di bawah.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jaya. Diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.compembantu-rumah-bunuh-bayi

Penulis

Nadia Ghafar