Proses melahirkan anak adalah waktu yang paling tidak sabar ditunggu oleh bakal ibu ayah. Namun dalam penularan wabak Covid-19 ini, sudah tentu beberapa garis panduan oleh pihak perubatan yang perlu anda patuhi.
Pastinya banyak persoalan akan bermain di fikiran. Mungkinkah anak yang bakal dilahirkan terkena jangkitan coronavirus ini? Bagaimana proses penyusuan kalau anda sebagai ibu diletakkan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)?
Garis panduan kelahiran semasa musim Covid-19
Mengikut perkongsian seorang penggunaa Facebook, Anies Surianie, dia telah menceritakan pengalaman kelahiran anak keduanya di hospital semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Difahamkan, pada permulaannya jururawat di klinik kesihatan untuk berpesan agar sentiasa bersiap sedia kerana beberapa garis panduan baharu yang perlu dipatuhi dan kawalan yang ketat dari pihak hospital. Antaranya ialah:
#1. Tiada peneman dalam dewan bersalin
Menurut Anies, meskipun para ibu berhadapan pengalaman bersalin anak pertama, suami atau waris tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan bersalin.
Mereka hanya dibolehkan hantar di depan pintu wad bersalin sahaja dan anda perlu bersedia untuk menantikan saat kelahiran bayi.
Pada waktu ini anda perlu bertenang dan tidak panik. Hanya kawal pernafasan dengan betul, tidak menangis atau menjerit. Ibu-ibu hendaklah memberikan perhatian arahan jururawat ketika berada dalam bilik bersalin sebab hanya mereka sahaja yang dapat membantu anda.
Ketika anda telah selamat bersalin, suami perlu bersedia azan atau iqamat bayi dari depan pintu sahaja dan tidak dibenarkan untuk terus menjenguk keadaan isteri.
#2. Lakukan persediaan awal
Pastikan anda menyediakan barang keperluan diri dan bayi secukupnya bagi kegunaan ketika di dewan bersalin dan dalam wad.
Paling penting adalah anda perlu bersedia dengan ilmu menyusu bayi dengan betul kerana ketika di dalam wad hanya susu ibu sahaja senjata utama untuk menenangkan anak yang baru lahir.
”Pada waktu ini, tiada bantuan emak atau suami. Hanya anda sahaja yang perlu mengurus diri sendiri dan jaga anak. Sedikit struggle, tapi nasib baik nurse bertugas tolong sediakan tisu bayi,” kongsi Anies.
#3. Tiada pelawat dibenarkan masuk pagi atau petang
Sekiranya emak atau suami ingin mengirim bekalan makanan dari rumah, mereka hanya boleh hulurkan kepada pihak keselamatan yang bertugas.
”Walaupun anda dibenarkan pulang, kesemua beg pakaian akan dibantu dan diangkat oleh pak cik guard,” kongsi Anies.
Prosedur pihak perubatan
#1. Doktor dan jururawat bertugas
- Pasukan perubatan yang terlibat perlu bersedia menghadapi semua pesakit yang disyaki, dilatih secara optimum dalam pengurusan Covid-19 dan memakai peralatan pelindung diri (PPE).
- Pemeriksaan PUI perlu dilakukan mengikut garis panduan KKM
- Hospital yang ditetapkan harus mempunyai ruang kerja dengan pengudaraan tekanan negatif, bilik operasi dan pemakaian tertutup ketika proses kelahiran PUI.
- Mengendalikan cecair badan, spesimen termasuk plasenta dan pakaian pesakit mengikut standard pencegahan sejagat.
A) Ujian skrin kepada semua pesakit
Pihak perubatan akan bertanyakan 3 soalan kepada semua pesakit iaitu:
i. Adakah anda mempunyai demam atau jangkitan pernafasan akut (berlaku secara tiba-tiba jangkitan pernafasan dengan sekurang-kurangnya satu daripada: sesak nafas, batuk atau sakit tekak)?
ii. Adakah anda mempunyai sejarah perjalanan atau tinggal di kawasan yang terjejas negara dalam masa 14 hari yang lepas?
iii. Adakah anda mempunyai sebarang hubungan dengan kes Covid-19 yang disahkan di dalam 14 hari lalu?
#2. Pengendalian kelahiran ibu yang memiliki Covid-19
Adalah penting untuk meminimumkan pendedahan pesakit dan penjagaan kesihatan pekerja. Semua PUI mesti terlebih dahulu diberi topeng muka 3-lapis untuk digunakan pada setiap masa.
- Prosedur bersalin
i. Pemilihan cara terbaik dalam menguruskan ibu mengandung yang menghidapi Covid-19 masih terhad.
ii. Memberi perhatian terhadap pendedahan kakitangan yang berpanjangan semasa tempoh intrapartum, terutamanya dalam peringkat kedua proses bersalin iaitu apabila pesakit mula meneran bayi keluar.
iii. Oleh itu, memandangkan kebimbangan di atas, PUI ditawarkan kelahiran secara pembedahan caesarean. Jika PUI enggan menjalani pembedahan caesarean setelah bimbingan kaunseling diberikan, pihak perubatan perlu mengisi beberapa borang rawatan.
- Penyusuan susu ibu
i. Penyusuan ibu tidak disyorkan sehingga status ibu telah disahkan negatif Covid-19.
ii. Walaupun terdapat kaunseling, jika ibu masih ingin meneruskan penyusuan badan, anda perlu mendapat pengesahan, dan menandatangi beberapa borang.
Justeru, bagi ibu yang belum sampai due date, kekal bertenang dan duduk di rumah serta memperbanyakan amalan sihat supaya kandungan anda berjalan lancar seterusnya terhindar dari penyakit berbahaya ini. Semoga artikel ini bermanfaat.
Sumber: Anies Surianie, MOH
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-malang