Rasa gatal kulit ketika hamil
Hampir semua ibu hamil tidak akan terfikir yang mereka boleh kehilangan anak akibat rasa gatal kulit ketika hamil, lebih-lebih lagi pada trimester ke-3 kehamilan.
Malangnya untuk ibu Gabriella Morely, inilah kesedihan yang tidak dapat dibayangkan.
Kini dia ingin memberi amaran kepada semua wanita hamil supaya tidak pandang ringan jika mereka mengalami tanda-tanda semasa kehamilan yang mencurigakan.
Menurut The Independent, Morley telah rasa gatal-gatal di sekeliling bahagian badannya, tapi pada masa itu dia ingat itu cuma kesan sampingan kehamilan yang biasa.
Sebenarnya, Morley menghidap penyakit hati yang sangat jarang berlaku, dikenali sebagai Kolestasis Intrahati ketika kehamilan.
Penyakit ini akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan bertambah sehingga meracun janin dalam kandungan dan akhirnya menyebabkan serangan jantung.
Hilang anak kerana tak mengendahkan rasa gatal kulit ketika hamil
“Saya menjerit apabila dapat tahu anak saya lahir namun mati. Kemudian saya mendiamkan diri dan hanya merenung jauh di luar tingkap.
Suami berdiri di sebelah katil saya. Dia memegang tangan dan hanya menundukkan kepalanya.
Saya tahu dia juga sedang menangis…
Saya dengar bunyi degupan jantung bayi lain apabila saya keluar bilik. Hati saya berkecai. Sungguh berkecai. Tiada siapa sangka benda ini akan terjadi…”
Rasa gatal kulit akibat kolestasis intrahati itu apa?
Kolestasis Intrahati merupakan penyakit hati yang selalunya menyerang ibu yang sedang hamil.
Walaupun ia adalah kes yang sangat jarang, statistik menunjukkan sekitar 5,000 wanita telah diserang penyakit ini setiap tahun di United Kingdom.
Punca utamanya adalah disebabkan oleh kandungan asid hempedu yang terlalu tinggi. Asid berkenaan berfungsi membantu proses penghadaman.
Penyakit itu akan menyebabkan kegatalan yang tidak dapat dijelaskan.
Kebiasaannya, rasa gatal kulit ini terjadi tanpa timbulnya ruam.
Cara untuk ibu hamil menyedari rasa gatal kulit ketika hamil itu kerana jangkitan Kolestasis Intrahati adalah melalui perubahan warna gelap pada air kencing, rasa tidak sihat dan lemah badan.
Penyakit ini boleh berlaku seawal janin berusia 6 minggu, meskipun kebiasaannya ia menyerang pada lewat tempoh kehamilan.
Ibu akan rasa gatal kulit apabila hatinya tidak dapat mengangkut asid hempedu yang terhasil di dalam darah dan merangsang saraf di bawah kulit.
Asid hempedu akan menjadi toksik apabila ia berkumpul dengan banyak dan memberi kesan buruk kepada jantung bayi sehingga ia tidak dapat dikesan oleh alat denyutan jantung.
Cara rawatan untuk rasa gatal kulit ketika hamil akibat kolestasis intrahati
Ibu hamil akan diberi ubat yang dipanggil sebagai asid ursodeoksikolik, juga dikenali sebagai UDCA atau urso untuk merawat Kolestasis Intrahati.
Urso merupakan sejenis asid hempedu yang akan menyahkan asid hempedu berbahaya di dalam darah, dan memberikan kelegaan pada rasa gatal serta melindungi bayi.
Sungguhpun begitu, jika bacaaan asid hempedu masih meningkat, bayi dalam kandungan perlu dilahirkan pramatang.
Jadi ibu-ibu hamil di luar sana, jangan tidak menghiraukan rasa gatal kulit ketika hamil yang dialami anda. Ia mungkin kerana jangkitan ini.
Jika anda mempunyai sebarang soalan dan kerisauan, sila dapatkan doktor pakar dengan segera.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia