Wajarkah Ibu Benarkan Anak Berdikari dan Mengurus Diri Sejak Kecil? Ini Penjelasan Pakar

Ada kelebihan dan kekurangannya jika ibu bapa mengambil keputusan untuk 'free range parenting'. Tapi ia bukan semudah itu...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini, theAsianparent Malaysia ada berkongsi artikel tentang ibu bapa helikopter iaitu ibu bapa yang terlalu mengongkong kehidupan anak-anak. Tapi berbeza dengan entri kali ini, di mana kami ingin berkongsi pula tentang gaya asuhan ibu bapa "free range parenting" yang memberi kebebasan kepada anak untuk berdikari. 

Kami akan beri gambaran secara komprehensif tentang gaya asuhan ibu bapa ini termasuk bagaimana ingin memulakannya dan apakah kebaikan serta keburukannya.

Ini apa yang anda perlu tahu.

Gaya asuhan ibu bapa: Apa itu "free range parenting"?

Kredit: Bundoo

Free range parenting atau gaya asuhan ibu bapa yang bebas ini popular pada tahun 2008. Istilah tersebut dicipta oleh Kolumnis New York, Lenore Skenanzy.

Gaya asuhan ibu bapa dengan cara bebas ini adalah sangat bertentangan dengan ibu bapa helikopter kerana free range parenting membenarkan anak-anak meneroka perkara baru dalam usia yang masih muda.

Free range parenting menganggap kanak-kanak adalah masa yang sesuai untuk kehidupan yang lebih bebas dan bagus untuk berdikari. 

Peranan ibu bapa bukanlah membimbing anak secara berterusan, tapi membantu perkembangkan keyakinan anak dengan cemerlang.

Menurut Lyla Wolfenstein, seorang pendidik di Amerika Syarikat - keseluruhan proses ini bertujuan bagi melepaskan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak secara perlahan-lahan.

Lyla turut menjelaskan kemahiran membuat keputusan yang baik datang dari amalan yang berterusan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun anak boleh melakukan kesilapan, namun mereka akan dilatih secara sementara oleh ibu bapa dari segi nasihat dan sokongan.

Malah, free range parenting memberi peluang kepada anak-anak untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang realistik.

Mereka sekaligus dapat belajar bagaimana untuk menggunakan kemahiran yang baru sebelum akil baligh.

Apakah gaya asuhan ibu bapa yang bebas ini boleh dilaksanakan?

Kebanyakan ibu bapa akan berhati-hati dengan bahaya yang tersembunyi di dunia luar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, kita biasanya terlepas pandang dengan fakta mudah iaitu bahaya dunia luar adalah ditokok tambah oleh media. Sedangkan dunia secara nyatanya tempat selamat untuk anak-anak membesar.

Biasanya, ibu bapa bimbang dengan bahaya penculikan, masalah moral yang rendah dan kemalangan maut yang boleh mengundang bahaya pada anak.

Malah anak muda dikatakan mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi disambar petir berbanding kemalangan maut atau penculikan.

Kelebihan "free range parenting" terhadap anak-anak

Kredit: Freepik

  • Kanak-kanak lebih berkeyakinan: Free range parenting beri peluang anak lebih bebas. Tujuannya untuk membiarkan anak membuktikan diri mereka ada keupayaan bagi mencuba aktiviti baru dan mencapai kejayaan dalam menyelesaikan tugas.
  • Pendedahan terhadap udara segar: Keibubapaan dengan istilah ini menggalakkan kanak-kanak meneroka di luar rumah. Sekiranya bimbang, anda boleh perhatikan mereka dari jarak jauh.
  • Lebih banyak pengembaraan: Kanak-kanak biasanya ada daya imaginasi yang kreatif.
  • Peluang selesaikan masalah: Apabila bermain, kadang-kadang akan berlaku pergaduhan kecil. Namun apabila anda meninggalkan kanak-kanak ini selesaikan isu mereka sendiri, ia dapat membantu mereka kemahiran sosial yang penting untuk digunakan ketika mereka dewasa kelak.

Kelebihan gaya asuhan ibu bapa "free range parenting" terhadap ibu bapa  

  • Keluar dari zon bimbang tentang keselamatan anak: Adakah anak saya akan cedera ketika berbasikal? Itu tak bermakna mereka tak boleh berbasikal langsung. Sebaliknya, ibu bapa bebas dan tegas dalam memastikan langkah keselamatan pada anak-anak. Contohnya pakai topi keledar semasa berbasikal.
  • Ibu bapa ada banyak masa untuk berehat: Dengan free range parenting ini, ibu bapa ada banyak masa rehat yang diperlukan. Jika berasa bimbang, anda boleh hubungi anak tersebut dan pastikan mereka pulang dengan masa tertentu.

Keburukan "free range parenting"

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah tentu ada keburukan jika mengamalkan free range parenting ini yang perlu diperhatikan lebih awal, seperti:

  • Bahaya yang tersembunyi: Kemungkinan boleh berlaku penculikan atau kejadian maut.
  • Berpotensi untuk tercedera: Kemungkinan anak-anak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan risiko lebih serius. Contohnya terjatuh dari pokok.
  • Mempelajari sesuatu yang tak sepatutnya: Belajar perkataan lucah atau menonton bahan yang tidak sesuai dalam usia mereka.
  • Jumpa orang yang tak dikenali atau jiran yang berprasangka buruk: Masyarakat yang berniat baik boleh melaporkan tindakan ibu bapa tersebut kepada pihak polis di atas kecuaian dan pengabaian.

Tip untuk amalkan gaya asuhan ibu bapa bebas

  • Beri ruang anak-anak merancang sendiri aktiviti dan permainan yang mereka inginkan.
  • Biarkan anak-anak berinteraksi dengan jiran tetangga.
  • Membiarkan anak bermain di taman permainan tanpa terus di bawah kepompong televisyen mahupun telefon bimbit. Ia adalah salah satu cara untuk menghiburkan hati mereka.
  • Ibu bapa masih perlu mengiringi anak-anak ketika melakukan aktiviti seperti berbasikal dan berjalan kaki.
  • Memberitahu anak tentang langkah-langkah keselamatan dan tindak balas yang sesuai bagi situasi tertentu.

Kesimpulan yang boleh dikutip adalah gaya asuhan ibu bapa jenis ini mungkin boleh membawa risiko buruk kepada anak-anak.

Namun sebilangan ibu bapa merasakan kebimbangan yang berterusan boleh menyekat kebebasan anak-anak untuk meneroka dunia luar.  

Jika dilihat dari sudut positif, ia dapat menerapkan sikap berdikari yang sewajarnya pada anak-anak. Sekaligus mereka tahu apa yang baik dan tidak pada diri mereka sendiri terhadap keputusan yang dibuat.

Secara tak langsung ia melatih anak untuk lebih bertanggungjawab apabila dewasa nanti.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pokok pangkalnya, ia terpulang kepada ibu bapa itu sendiri ingin mendidik dan mengasuh anak dengan cara mana sekalipun. Asalkan kedua-dua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 9 Parenting Hacks Paling Berkesan Dan Berguna Untuk Ibu Bapa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan