Ibu-Ibu Kurang Bernafsu Ketika Hamil? Ini Punca & Cara Mengatasinya!

Apabila hormon kehamilan turun naik, memang sukar untuk wanita berasa terangsang. Malah pada awal kehamilan pula ada ibu yang mengalami alahan teruk menjadikan keinginan ingin bersama itu tiada langsung! 

Pernah tak anda sendiri berasa hairan mengapa kurangnya keinginan ingin ‘bersama’ suami ketika mengandung? Jangan risau, ia adalah normal. Malah disebabkan terlalu banyak benda yang berlaku di dalam badan kita, membuatkan hilangnya keinginan itu apatah lagi untuk mengetahui gaya berhubungan intim ketika hamil.

Pada awal kehamilan masih lagi ada keinginan itu, namun apabila menginjak saja trimester ketiga, memang tidak terasa langsung. Dicampur dengan rasa penat, risau dan merasakan diri tidak lagi sama seperti dulu (terutama bentuk badan) mulalah diri mulai hilang keyakinan. 

Ini sebab mengapa wanita kurang bernafsu ketika hamil 

#1. Hormon kehamilan

Apabila hormon kehamilan turun naik, memang sukar untuk wanita berasa terangsang. Malah pada awal kehamilan pula ada ibu yang mengalami alahan teruk menjadikan keinginan ingin bersama itu tiada langsung! 

Ada ibu yang langsung tidak mengalami alahan mungkin nafsu mereka pada awal kehamilan melonjak naik. 

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pusrawi Kuala Lumpur Dr Daud Yahya, lazimnya, pada peringkat awal isteri akan berasa tidak selesa atau hilang selera seksual jika mereka mengalami alahan teruk terutama bagi ibu yang pertama kali hamil.

Begitu juga pada hujung kehamilan, keadaan perut yang memboyot mungkin tidak memberi keselesaan semasa hubungan dilakukan meskipun pelbagai gaya berhubungan intim dicuba.

Setiap kehamilan lain-lain, jadi mungkin pada kehamilan pertama anda, langsung tiada keinginan ingin bersama tapi kehamilan seterusnya siapa tahu? 

#2. Takut

Ramai juga wanita atau pasangan yang berasa takut untuk melakukan hubungan intim ketika hamil. Mereka risau ia memberi efek kepada bayi dalam kandungan. Kata Dr. Daud lagi seks ketika hamil tidak membahayakan untuk kandungan normal walaupun di awal kehamilan, melainkan anda mengalami kondisi yang tertentu. 

Jadi anda sentiasa boleh rujuk kepada pakar, atau gynae anda sendiri jika inginkan kepastian. Selagi kandungan anda normal, seks tidak menjadi masalah. Namun, bukan mudah untuk menghilangkan rasa takut itu. 

Jadi pasangan suami isteri perlu sentiasa berbincang jika ada perkara yang membimbangkan anda. Untuk isteri jika takut, anda cubalah bercerita dengan pasangan. Mereka tentu memahami dan kalau boleh cari penyelesaian bersama. 

Anda juga boleh cari posisi atau gaya berhubungan intim yang anda rasakan selamat jika itu yang menjadi penghalang. Jangan risau anda masih boleh menikmati hubungan intim walaupun berbadan dua. 

#3. Berasa tidak yakin 

Ini memang normal dialami ibu-ibu mengandung. Ada diantara ibu yang hamil hilang rasa keyakinan diri yang bukan saja di khalayak ramai malah juga dengan suami sendiri.

Mereka berasakan bukan diri sendiri apabila mengandung, dek kerana perubahan dari segi fizikal yang ketara. Puaslah suami memujuk si isteri dengan memuji mereka tetap tampak cantik di mata si suami, namun tidak diendahkan.

Begitu sekali ya rendah keyakinan ibu hamil ini. Jadi susahlah mereka untuk berasa seksi di hadapan suami sendiri. Jadi ibu-ibu suami cubalah tarik nafas, dan lihat situasi ini dari sudut positif.

Keadaan badan ketika hamil hanyalah sementara sahaja. Ya, perut memang memboyot, tetapi itu bukan penghalang untuk anda bermanja dengan suami. 

Memang bukan mudah untuk meningkatkan keyakinan atau untuk melawan hormon yang turun naik ketika hamil ini. Tapi jika kehamilan yang sihat juga memerlukan hubungan suami isteri yang utuh. Sekiranya anda perlukan sedikit masa, sentiasalah beritahu suami, dan ceritakan apa yang membelenggu anda. 

Cumanya, jangan halang diri anda daripada berhubungan fizikal secara intim dengan suami pada waktu yang sangat istimewa ini.

Anda mungkin terpaksa memujuk suami untuk memberikan lebih masa kepada anda, tetapi jangan terus-terusan menolaknya.

Cadangan kami? Mandilah air suam, minum secawan teh, dan mulakan dengan urutan belakang yang lembut.

Selepas itu, siapa tahu?

Anda dan suami anda mungkin akan dapat mengetahui mengapa seks semasa hamil boleh memberikan momen yang paling istimewa, ianya manis dan seksi!

Dan ingat! Kerap melakukan hubungan seks di hujung kehamilan dapat mempercepatkan bukaan ketika lahir nanti tau. Mudah nanti nak bersalin! Fikir begitu sahaja. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 sebab tersembunyi kenapa suami TAK MAHU buat seks dengan anda

Baca juga: Ini 4 Sebab Utama Kenapa Isteri Selalu Tiada Mood Untuk "Bersama"

Baca juga: Semua Nafkah Diberi, Tapi Nafkah Batin Ditinggalkan Suami - Apa Patut Dibuat?