Seiring peredaran zaman, perkembangan dunia fesyen tidak terkecuali berubah pantas mengikut arus semasa.
Perniagaan dan pemasaran fesyen tidak lagi hanya tertumpu kepada rekaan pereka terkemuka sahaja. Fesyen pakaian dengan harga berpatutan tetapi gayanya mengikut trend semasa yang bergerak pantas dengan koleksi baharu dan dipasarkan dalam jumlah yang banyak semakin mendapat tempat.
Jadi apakah yang membuatkan KWC Fashion Wholesale begitu istimewa? Jawapannya mudah saja, ia ada fesyen dan borong! Konsep fast fashion yang diterapkan di sini sentiasa seiring dengan trend yang pantas berubah.
Mungkin ada di antara ibu ayah yang ingin memulakan perniagaan fesyen. Namun masih lagi tercari-cari di mana boleh anda dapatkan stok barang niaga dengan harga borong dan berpatutan?
KWC Fashion Wholesale lah jawapannya! Tidak perlu modal yang banyak jika anda ke sini, walaupun dengan modal yang sedikit, anda masih boleh mulakan perniagaan dengan mendapatkan barangan niaga di sini.
Masuk saja ke pusat beli-belah ini, anda sudah tahu bahawa anda tidak tersilap. Memang ia sesuai untuk mereka yang ingin mencari stok perniagaan berkaitan fesyen.
Di sini, barangan fesyen boleh didapati pada harga berpatutan dan borong. KWC Fashion Wholesale yang sebelum ini dikenali sebagai Kenanga Wholesale City adalah pusat membeli-belah sehenti yang menawarkan pelbagai jenis produk berkualiti menepati fesyen terkini pada harga yang berpatutan.
Dengan lebih daripada 800 kedai di bangunan sembilan tingkat berkeluasan 400,000 kaki persegi, KWC pasti tidak akan buat anda menyesal datang ke sini malah bertambah-tambah semangat untuk jana pendapatan buat keluarga.
KWC Fashion Wholesale, lubuk peniaga barang fesyen
Tidak kira perniagaan dalam talian atau konvensional, KWC pasti tidak akan buat anda pulang dengan kecewa atau tangan kosong.
Sebagai pusat sehenti barangan berkaitan fesyen, boleh dikatakan, setiap tingkat bangunan ini penuh dengan barangan fesyen daripada pelbagai kategori.
Menawarkan produk fesyen daripada pelbagai kategori
Setiap langkah anda dalam bangunan ini pasti berbaloi. Dengan lebih 800 kedai KWC menawarkan terutama produk pakaian fesyen muslimah seperti baju kurung, kebaya, jubah, kasut lelaki dan wanita, tudung, beg, aksesori malah produk kecantikan anda boleh dapatkan di sini!
Malah anda juga boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan dan perayaan di sini. Selain itu, manik, kristal dan renda yang selalu digunakan untuk hiasan dan pelbagai lagi kegunaan lain turut boleh didapati di sini.
Produk umrah/haji juga boleh didapati di sini
KWC turut menawarkan produk umrah atau haji bagi golongan muslim yang bakal menunaikan ibadah itu.
Pembelian pada harga borong
Semua barang ini anda boleh dapatkan pada harga runcit dan harga borong (pukal) malah boleh dikatakan kesemua kedai menawarkan pembelian pada harga borong dengan minimum tiga helai tidak kira kepada pembeli individu atau mereka yang menjalankan perniagaan.
Menerima tempahan tailor made
Jangan terkejut, di sini ada kedai yang menerima tempahan tailor made yang mana contohnya jika anda seorang pengusaha tudung, anda boleh dapatkan khidmat mereka di KWC!
Terdapat beberapa kedai yang boleh membuat jahitan pakaian dan tudung berdasarkan permintaan dan reka bentuk daripada pelanggan dengan pembelian minimum 100 helai.
Tawarkan kaedah ejen atau dropship
Kebanyakan kedai di KWC turut menawarkan kaedah ejen atau dropship yang mana ini biasanya paling diminati oleh mereka yang menjalankan perniagaan dari rumah atau secara dalam talian kerana tidak perlu menyimpan stok dan sebagainya.
Kemudahan disediakan untuk pengunjung termasuk khidmat penghantaran
Jika bimbang mengenai keselesaan ketika membeli-belah, KWC menyediakan kemudahan yang sangat selesa untuk pengunjungnya termasuk medan selera, surau, mesin, tandas (termasuk untuk OKU), mesin ATM dan juga perkhidmatan pengurup wang berlesen.
KWC turut menyediakan pelbagai pilihan perkhidmatan kurier yang komprehensif untuk kemudahan penghantaran barangan pembekal dan pembeli seperti J&T Express, Pos Laju, Best Express, Flash Express, Ninja Van, ABX Express, Post Store, MBE dan ParcelHub yang terletak di Lower Ground dan Ground Floor.
Ia akan memudahkan peniaga yang membeli barangan secara pukal tanpa perlu membawa kenderaan besar untuk muatan barangan pukal yang dibeli. Boleh saja beli di sini dan akan dihantar terus ke rumah anda.
Jadi apa tunggu lagi, segeralah ke KWC mulakan perniagaan anda dengan membeli pada harga borong di KWC! Untuk maklumat lanjut sila lawati laman Facebook KWC iaitu https://www.facebook.com/KWCfashionwholesale dan laman web KWC: https://www.kenangacity.com.my.
Drama ‘Proposal Untuk Hani’ dibawakan oleh KWC Fashion Wholesale yang mengisahkan tentang kisah komedi romantik. Hani dipaksa untuk berpura-pura menjadi Amanda (rakan karib Hani) untuk menghadiri sesi blind date bersama Danish (CEO pusat beli-belah). Namun, identiti sebenar Hani terbongkar dan Danish sudah mula jatuh hati kepadanya.
Tonton drama ini di Facebook KWC Fashion Wholesale. Pada masa yang sama, ketahui jenis perniagaan borong yang ditawarkan di KWC.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia