Anak sememangnya anugerah yang cukup bernilai bagi kedua-dua ibu bapanya kerana mereka adalah amanat yang dikurniakan dari Maha Pencipta. Sebab itulah ibu ayah harus mengamalkan gaya hidup sihat supaya si kecil
yang disayangi membesar dengan baik.
Malah menjadi tugas dan kewajipan ibu bapa untuk terus menjaga dan memantau perkembangan serta pertumbuhan buah hatinya.
Ya benar, tidak ada manusia yang akan terus sihat kerana kekadang kita juga mungkin diserang dengan pelbagai penyakit.
Antara penyakit paling kecil dan kerap berlaku seperti selsema, demam, batuk, cirit-birit dan lain-lain.
Atas sebab itu, ibu bapa harus mempersiapkan antiseptik kepada anak agar terhidar daripada bahaya penyakit yang tentunya membuatkan anda bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Namun, usah terlalu bimbang jika anda telah menerapkan tindakan yang baik dalam mengatasi anak tak sihat.
Sebelum itu, jom amalkan gaya hidup sihat seperti di bawah ini.
6 Gaya hidup sihat agar anak terhindar dari jatuh sakit
#1. Menjaga kesihatan
Ibu bapa harus memerhatikan kebersihan anak yang membabitkan rongga mulut, badan, kuku, rambut, kulit, pakaian dan lain-lain.
Semua aspek ini harus betul-betul dijaga tahap kebersihannya kerana ia boleh mempengaruhi keseluruhan kebersihan anak.
Misalnya ibu mesti rasa rimas dan tak selesa bila anak suka sangat bermain dengan pasir atau tanah, hingga membuatkan pakaiannya kotor dan kuku juga tak bersih.
Namun, sebagai ibu bapa anda harus bertindak bijak dengan membiarkan anak bermain tetapi selepas itu terus cuci dan mandikan mereka dengan segera supaya tiada bakteria jahat melekat pada kulit badan anak.
#2. Perhatikan pola makanan anak
Pertumbuhan dan perkembangan anak sangat ditentukan oleh makanan yang diambil seharian.
Sebab itu, ibu ayah harus perhatikan ini dengan memberinya empat atau lima kali makanan yang cukup nutrisi supaya seiring dengan keperluan gizi yang diperlukan oleh tubuh si kecil.
Selain daripada makanan yang sihat, anda juga harus sentiasa mengamalkan rutin mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
Ini penting supaya dapat memastikan tiada kuman yang masuk ke dalam tubuh anak. Selain itu, usahakan sebelum makan dengan menukar pakaian anak yang lebih bersih.
#3. Mendapat rehat yang cukup
Rehat merupakan proses semulajadi yang bertujuan untuk mengoptimalkan kembali tenaga kerja di bahagian otak setelah seharian melakukan tugas.
Ia tentunya membuatkan otak berasa sangat penat baik dari segi fizikal mahupun organ dalam tubuh manusia.
Sebab itu, usahakan untuk anak mendapatkan rehat dan tidur yang cukup seiring dengan keperluan tubuh mereka.
Apatah lagi, melalui tidur membuatkan otak anak lebih relaks sehingga membantu menghasilkan hormon yang diperlukan tubuh.
#4. Pakai mask kepada anak
Sekiranya salah seorang anggota keluarga sedang sakit maka ajak anak untuk menggunakan masker.
Ini bertujuan supaya dapat menjaga dan memastikan anak tidak cepat tertular dengan penyakit berjangkit.
Memang pada awalnya anak akan rasa tak selesa menggunakan masker tersebut, namun jika sejak kecil dibiasakan maka seterusnya mereka tetap akan menerapkannya hingga dewasa.
#5. Ajak anak bersenam selalu
Terangkan kepada anak akan pentingnya bersenam secara teratur, namun tentunya aktiviti ini tidak akan berjaya jika tak dimulai dari ibu bapanya.
Jika ingin anak membuat hal yang sama, maka anda harus memberikan contoh yang baik dengan ikut serta semasa bersenam dengan mereka.
Kalau boleh, luangkan waktu sejenak untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari sudah cuku, asalkan ia kerap dilakukan.
Dengan bersenam secara rutin tidak akan merugikan, malah ada kesan jangka panjang yang sangat baik.
Misalnya anak-anak tidak akan mudah sakit karena sistem peredaran darah dan metabolisme tubuhnya lancar.
Mulailah dengan senaman ringan seperti berjalan dan berlari.
#6. Berjumpa dengan doktor
Walaupun sudah menjalankan berbagai saranan seperti di atas, namun ia bukan jaminan bahawa anak akan 100 peratus bebas dari penyakit.
Jika terdapat keluhan sakit dari anak, misalnya sakit kepala atau sakit perut yang tidak surut-surut, segera bawa anak berjumpa doktor untuk diperiksa.
Semakin cepat ditangani, maka penyakit yang menyerang si kecil dapat dirawat tapi jika anda lambat bertindak mungkin penyakitnya menjadi semakin parah.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Hamil.co.id
Gambar: Hello Doktor
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comanak-mudah-sakit