Gaya spooning atau posisi senduk merupakan keadaan anda memeluk pasangan dengan cara berbaring. Kebiasannya ia dalam kedudukan yang sama, suami akan berada di belakang sambil memeluk anda (cuddling).
Teknik persetubuhan ini dikatakan paling terbaik bagi meningkatkan kemesraan kerana lebih banyak persentuhan dengan kulit. Malah ia juga antara gaya yang selamat untuk ibu hamil dan baru lepas bersalin.
Variasi gaya spooning
Tidak perlu usaha atau tenaga ekstra untuk melakukan gaya ini, bahkan anda masih berpeluang menikmati kepuasan seks walaupun tubuh dalam keadaan penat.
Posisi seks spooning juga membolehkan pasangan menerokai titik-titik sensitif dengan cukup mudah, sekiranya anda sedang hamil, anda boleh cuba posisis ini.
Meskipun ia merupakan posisi tradisional, namun gaya spooning ini sama sekali tidak membosankan kerana terdiri pelbagai variasi, iaitu:
#1. Traditional spooning sex
Posisi klasik ini paling disukai kerana ia hanya memerlukan sedikit sahaja tenaga, namun memberikan kepuasan yang maksimum.
Cara melakukannya adalah anda perlu baringkan badan secara mengiring dan menghadap ke arah yang sama. Angkat sedikit lutut ke atas sementara pasangan memeluk dari belakang untuk melakukan penetrasi.
#2. Spork
Posisi spork ini seperti setengah senduk. Perkataan spork sendiri merupakan akronim dari spoon (senduk) dan fork (garfu). Sedikit berbeza dengan spooning klasik, anda hanya perlu membalikkan punggung dan mengangkat kaki.
Justeru, klitoris pun dapat dirangsang dari sentuhan pasangan ketika penetrasi, inilah yang akan membuat anda mengerang kenikmatan.
Cara untuk melakukannya: Balikkan punggung sementara pasangan kekal pada posisi sebelumnya. Kemudian angkat kaki kiri sehingga suami berada di antara kaki anda pada sudut 90 darjah dan melakukan penetrasi.
#3. Reverse spoon
Posisi menyenduk sambil berbaring dengan menghadap ke arah yang sama mampu memberikan keseronokan ketika bersetubuh. Kedudukan ini membolehkan anda melihat ekspresi wajah dan kekal bersentuhan kulit.
Cara melakukannya: Balikkan tubuh anda untuk menghadap pasangan. Tarik tubuh suami mendekati diri ketika dia melakukan tujahan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengawal kelajuan dengan menggerakkan kaki.
#4. Seated spoon
Gaya spooning sebenarnya tidak hanya berbaring sahaja. Anda boleh mempelbagaikan kedudukan bersama pasangan dengan duduk di atas kerusi atau katil. Ia adalah untuk merangsang bahagian g-spot dan menonjolkan keseksian tubuh badan.
Cara melakukannya: Minta pasangan duduk di tepi katil atau kerusi. Kemudian anda boleh berada di atas pangkuannya dengan menghadap ke arah yang sama. Gerakkan tubuh untuk membantu proses penetrasi lebih dalam.
Kelebihan posisi ini berbanding yang lain
#1. Mudah untuk hamil
Bagi pasangan yang menginginkan zuriat, wajib mencuba teknik spooning. Dengan posisi suami di belakang isteri, ia dapat memastikan sperma pasangan mencapai serviks ketika punggung anda berada pada sudut 90 darjah.
#2. Selamat untuk ibu mengandung
Ingin melakukan hubungan seks dengan aman tanpa menjejaskan diri dan bayi dalam kandungan? Ya, posisi spooning ini adalah jawapan yang tepat!
Hal ini kerana anda boleh melakukan foreplay terlebih dahulu sebelum penetrasi dilakukan. Jangan lupa untuk tambahkan bantal di bawah lutut bagi memberikan lebih sokongan dan keselesaan.
#3. Lebih lambat dan mendalam
Gaya seks ini akan menjadi lebih mengghairahkan ketika anda melakukan hubungan seks dengan cara kurang ‘gelojoh’ dan menikmati cara perlahan.
Ia memberikan rasa sensasi luar biasa kerana anda serta pasangan dapat menikmati hubungan di ranjang dengan tempoh lebih lama.
Namun, anda boleh melajukan pergerakan dan diikuti dengan perlahan mengikut kemahuan diri. Rentak ini boleh menggalakan kehebatan suasana hubungan intim. Hasilnya? Pasti suami isteri tersenyum sampai esok hari!
#4. Posisi paling sesuai selepas berpantang
Setelah bersalin, kesihatan dan keadaan alat reproduksi wanita belum pulih. Sebenarnya ada yang pantang sehingga 100 hari, tapi bagaimana pula jika suami sudah meminta untuk bersama lebih awal?
Anda boleh cuba gaya spooning ini kerana ia membantu proses penetrasi yang lebih perlahan kerana anda tidak perlu berbaring terlentang bagi menampung berat badan suami.
Sumber: Penulis asal Yuniati. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: