GDM Ketika Hamil, Ibu Kena Jaga Bacaan BSP Normal & Cuba Petua Turunkan Gula Dalam Darah Ini!

GDM ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu mengandung. Ada yang gdm on diet dan ada juga kena gdm on insulin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disahkan GDM ketika hamil antara perkara yang merunsingkan banyak ibu hamil. Ada di antara mereka yang hingga menangis bila disahkan GDM ketika hamil kerana bimbangkan keselematan diri dan bayi. 

Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Kadangkala jadi buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya. 

Maksud GDM ketika hamil, ini info penting ibu perlu tahu

Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari, namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada organ-organ dalam tubuh seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta.

Maksud gdm ketika hamil atau nama penuhnya adalah Gestational Diabetes Mellitus merupakan masalah diabetes kali pertama berlaku kepada wanita sewaktu dia hamil. Ia bukan terjadi disebabkan oleh mereka itu sudah menghidap diabetes sebelum berbadan dua.

GDM semasa mengandung terjadi apabila berlakunya peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Ia biasanya dilakukan ketika ibu berada trimester kedua.

Punca kencing manis semasa mengandung

Menurut Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, Dr Norintan Zainal Abidin Shah mengenai kencing manis semasa mengandung, ia berlaku disebabkan oleh tahap glukos yang tinggi semasa hamil.

Masalah ini sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai masalah pada janin dalam kandungan seperti masalah jantung.

Katanya, tahap glukos dikawal oleh insulin dalam tubuh. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi.

Dalam kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula.

Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil. Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minum air gula atau ujian MOGTT

Ketika berada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, doktor akan menjalankan ujian darah Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT).

Namun sekiranya bmi anda kurang cantik atau ada sejarah keluarga menghidap kencing manis, maka lawatan pertama di klinik membuatkan doktor pertimbangkan untuk melakukan ujian ini.

Jika ujian pertama bagi ibu hamil yang berisiko tinggi adalah negatif, anda akan melalui ujian kedua pula iaitu sekitar 24 hingga 28 minggu.

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.

Tanda kencing manis pada ibu mengandung

Ada beberapa tanda kencing manis ketika hamil yang boleh perhatikan iaitu:

#1. Kerap buang air kecil

Bagi ibu hamil, kerap buang air adalah perkara biasa. Ada yang beranggapan ia petanda bayi sudah tumbuh rambut. Namun jika kekerapan ini sangat luar biasa, mungkin salah satu tanda kencing manis.

#2. Daya penglihatan mata menjadi kabur

Apabila kadar gula dalam darah terlalu tinggi, terdapat bahagian dalam mata  akan membengkak hingga mengakibatkan penglihatan menjadi kabur buat sementara waktu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kekurangan gula di bawah paras normal juga boleh menyebabkan hal yang sama.

#3. Kerap lapar dan dahaga

Selalu lapar dan dahaga menjadi salah satu tanda kencing manis pada ibu mengandung. Bukan itu sahaja anda juga mungkin mengalami masalah mulut kering hingga bibir menjadi luka kerana dehidrasi.

Namun ada juga ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil tidak mengalami simptom ini.

Tetapi, ada juga wanita yang mengatakan bahawa mereka tidak merasai simptom ini walaupun menghidap kencing manis semasa hamil.

#4. Keletihan melampau dan berat badan bertambah dengan mendadak

Kebanyakan ibu yang mengalami gdm ketika hamil cenderung berasa letih sepanjang mengandung, meskipun hanya melakukan pekerjaan ringan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu anda juga mungkin berdepan dengan peningkatan berat badan yang mendadak sewaktu mengandung.

Menurut kebanyakan wanita, mereka akan berasa amat letih sepanjang mengandung, tidak kiralah pada waktu apa sekalipun.

Bacaan gula ibu mengandung GDM

Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM.

Manakala bacaan gula ibu mengandung yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Golongan yang berisiko mengalami gdm ketika mengandung

Tidak semua ibu mengatakan berisiko mengalami diabetes ketika hamil, namun beberapa golongan ini perlu waspada:

  • Berusia 35 tahun ke atas ketika mengandung
  • Mengandung kembar
  • Ada sejarah melahirkan bayi besar
  • Ada sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Pastikan anda memaklumkannya pada doktor sebagai langkah berjaga-jaga

Gdm bacaan bsp normal untuk ibu mengandung

Bagi anda yang ‘sangkut’ kencing manis, anda perlu melakukan BSP mengikut waktu yang ditetapkan bagi memastikan bacaan gula normal untuk ibu mengandung. Ujian darah ini hanya memerlukan setitik darah sahaja dan biasanya dilakukan pada jam 8 pagi, 11 pagi, 3 petang dan 8 malam.

Menurut Garis Panduan Klinikal KKM, gdm bacaan bsp normal untuk ibu mengandung ialah:

  • Sebelum makan, bacaan BSP normal < 5.3 mmol/L
  • 1 jam selepas makan, bacaan BSP yang normal< 7.8 mmol/L
  • 2 jam selepas makan, bacaan BSP yang normal < 6.4 mmol/L
    * < = kurang daripada

Garis panduan di atas adalah saranan atau median purata sahaja, dan masih bergantung kepada keadaan unik setiap individu yang mengandung.

Bacaan bsp yang kena insulin

Bacaan bsp yang kena insulin ialah:

  • Gula di dalam darah semasa berpuasa melebihi 5.3 mmol/L (walaupun belum dipreskripsi dengan terapi metformin)
  • Gula di dalam darah semasa berpuasa di antara 6.0-6.9 mmol/L berserta dengan komplikasi seperti bayi besar atau polihidramnios

Petua turunkan gula dalam darah semasa mengandung

Ada beberapa petua turunkan gula dalam darah semasa mengandung dengan selamat iaitu:

#1. Senaman sederhana

Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!

Berjalan akan menyebabkan wanita hamil lebih aktif dan mengeluarkan peluh. Tidak perlu terlalu memaksa diri buatlah mana yang termampu saja dengan diri anda. 

#2. Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah

Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.

#3. Makan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates)

Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.

#4. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap

Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda.

Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu.

Justeru Dr Norintan mencadangkan supaya makan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwic telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.

Pakar pemakanan pesan jangan buat perkara ini jika disahkan GDM ketika hamil

Menurut pakar pemakanan, Fizah Sobri, jika disahkan GDM ketika hamil ini antara perkara yang tidak digalakkan untuk ibu hamil lakukan:

#1. Makan untuk dua orang

Ini adalah mitos katanya. Jadi pastikan saja anda makan makanan yang berkhasiat dan cukup nutrien yang akan memberi kebaikan kepada anda dan bayi. 

#2. Beli sebarang suplemen yang kata boleh kawal GDM

Tiada produk atau suplemen yang boleh kawal bacaan gula.. Hanya diet (cara makan) yang betul, tambah fizikal aktiviti dan jika perlu (atas nasihat doktor) ubat insulin/makan. Jangan bazirkan wang anda membeli macam-macam. Daripada beli produk baik beli makanan sihat seperti sayur dan buah.

#3. Terlalu strict sampai sendiri tak rasa kenyang dan bertenaga

Jangan sampai begitu, anda perlu pastikan sentiasa bertenaga ketika hamil

#4. Tidak hadir ke sesi bersama pegawai dietetik anda

Sebab temu janji sangat penuh, jika terlepas kali pertama takut lambat lagi baru dapat jumpa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Diuji 6 Kali Kehilangan, Ibu Hebat Ini Kongsi Pengalaman GDM On Insulin, Bersalin Awal Baby Seberat 3.6Kg!

Baca juga: 6 Cara Dapatkan Bacaan BSP Yang Cantik & Normal, Ibu Hamil Yang Ada GDM Wajib Tahu!

Baca juga: Makanan Untuk Menurunkan Gula Darah, Petua Tanpa Ubat Untuk Ibu Ada GDM (Diabetes)