Sesi Tanya Pakar: Pengawalan Kencing Manis Ketika Hamil (GDM) & Cara Pemakanan

GDM maksud adalah kencing manis semasa mengandung. GDM terjadi apabila tubuh tidak menghasilkan atau menggunakan insulin secara efektif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

GDM maksud adalah kencing manis ketika mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan salah satu komplikasi perubatan yang terjadi pada kebanyakan ibu.

Bagi mengesan masalah kencing manis ketika hamil ini, ibu biasanya diberikan tarikh untuk minum air gula di awal peringkat kandungan dan perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Diabetes ketika hamil

Tahukah ibu bahawa semasa hamil, kita boleh tiba-tiba ada kencing manis? Dengan itu, anda harus tahu apa itu GDM normal untuk ibu hamil dan tips untuk mengelakkannya.

Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Cik Ho Jia Xin, B.Sc (Dietetics) Dietitian dari Pantai Hospital Ayer Keroh membincangkan  di laman komuniti theAsianparent Malaysia.

Menurut beliau, diabetes ketika hamil atau GDM merupakan satu keadaan berlaku kepada wanita hamil dimana paras glukosa darah yang lebih tinggi berbanding yang normal.

Biasanya GDM akan pulih selepas melahirkan anak, walau bagaimanapun wanita tersebut akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

Pengawalan kencing manis semasa hamil

Diet seimbang penting untuk mengekalkan kesihatan ibu semasa mengandung dan selepas bersalin. Bagi wanita yang mengalami kencing manis atau GDM, pengawalan diet dapat membantu mengawal bacaan gula dalam darah.

Ibu mengandung perlu kawal pengambilan karbohidrat mengikut keperluan individu (dikira berdasarkan tinggi & berat).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara amnya, amalan diet yang seimbang seperti pinggan sihat suku suku separuh disaran bagi ibu GDM ketika mengandung.

  • Suku pinggan dari karbohidrat (nasi/ mee/ roti), suku pinggan dari sumber protein (ayam, ikan, daging) dan separuh pinggan dari sayur dan buah.
  • Hadkan 2 hidangan buah sehari dan 2 gelas susu rendah lemak sehari. Tingkatlkan pengambilan serat (bijirin penuh).

Bagaimana Untuk Tahu Susu Ibu Mengandung Yang Mempunyai Kandungan Gula Tinggi?

Jawapan: Untuk mengetahui kandungan gula yang terdapat dalam susu ibu mengandung, anda boleh merujuk kepada label makanan/ fakta nutrisi pada produk tersebut.

Jika ingin membuat perbandingan antara dua produk, lihat pada bahagian per 100g, dan bandingkan kandungan gula. Untuk susu ibu mengandung, kita cadangkan sehari ambil 2 gelas susu rendah lemak (tanpa perisa).

Apakah Pemakanan Yang Perlu Dikawal Sepanjang Kehamilan Jika Didapati Mengalami Pre-diabetes?

Jawapan: Bagi ibu mengandung yang mengalami pre-diabetes, pengawalan diet dapat membantu mengawal bacaan gula dalam darah. Puan perlu kawal pengambilan karbohidrat mengikut keperluan individu (dikira berdasarkan tinggi & berat).

Contoh makanan yang berkarbohidrat adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Nasi
  • Mee
  • Bihun
  • Kuey teow,
  • Roti
  • Produk bijirin
  • Biskut
  • Sayuran berkanji (ubi kentang, ubi keledek, labu)
  • Buah
  • Susu
  • Produk tenusu
  • Kekacang

Secara amnya, amalkan diet yang seimbang seperti pinggan sihat suku suku separuh. Suku pinggan dari karbohidrat (nasi/ mee/ roti), suku pinggan dari sumber protein (ayam, ikan, daging) dan separuh pinggan dari sayur dan buah. Hadkan 2 hidangan buah sehari dan 2 gelas susu rendah lemak sehari. Tingkatkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran).

Ambil 3 makan utama secara tetap (sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam). Jangan langkau waktu makan dan jangan mengamalkan diet yang tanpa karbohidrat langsung. Kurangkan pengambilan gula ringkas.

Saya sekarang 34 minggu. PCOS berumur 41, hamil anak ke 5. Kesemua pregnancy awal tiada GDM.Sekarang GDM, sebab air ketuban byk dan baby besar 1 minggu dari umur nya. Jadi doctor minta ambil metformin 500mg at nite only. Saya buat BSP log setiap hari dan bacaan saya after meal 5.0. Soalan nya: apa lagi boleh saya lakukan untuk control gula saya?

Jawapan: Untuk mengawal gula dalam darah, Puan perlu ada 3 makan utama secara tetap (sarapan pagi, makan tengah hari & makan malam). Jangan langkau waktu makan. Amalkan pemakanan yang seimbang menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia suku suku separuh yang terdiri daripada karbohidrat, protein dan sayur setiap kali makan.

Pilih karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas. Utamakan karbohidrat kompleks dari sumber bijirin penuh dan tinggi serat. Hadkan 1 ke 1 ½ cawan nasi/ mee/ bihun semasa makan utama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hadkan 2 hidangan buah sehari. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas iaitu makanan dan minuman manis.

Kehamilan Sebelum Ini Saya Mengalami GDM On Diet. Jika Saya Mengandung Lagi, Adakah Saya Berisiko Mengalami Masalah Sama?

Jawapan: GDM ketika hamil merupakan satu keadaan yang berlaku kepada wanita hamil dimana bacaan gula dalam darah lebih tinggi daripada normal.

Kebanyakan GDM semasa hamil akan pulih selepas melahirkan anak. Namun, wanita yang ada GDM akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

Jadi untuk kehamilan ke-2 atau yang akan datang, doktor akan menjalankan ujian gula dalam darah atau Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) untuk mengesan GDM. Setiap kehamilan adalah berbeza. Untuk mengurangkan risiko, teruskan mengamal pemakanan yang sihat dan seimbang.

Kakak saya mengandung anak ke4. Dan tiada mengalami masalah GDM seperti saya. Soalan saya, mengapa dia tidak tergolong dalam kalangan GDM sedangkan doktor menyatakan saya mendapat GDM disebabkan faktor genetik?

Jawapan: Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Selain faktor sejarah keluarga yang menghidapi diabetes/ genetik, terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan GDM. Contohnya faktor umur, berat badan berlebihan sebelum hamil, menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu dan lain-lain lagi.

Semasa kehamilan, kesan insulin boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri dan ini dikenali sebagai insulin resistance. Lazimnya, organ pankreas akan menghasilkan insulin untuk menangani rintangan tersebut, jika gagal, maka GDM boleh berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hadkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti makanan dan minuman manis.

Apakah Risiko Kencing Manis Ketika Hamil Pada Ibu Dan Bayi? 

Jawapan: Untuk risiko GDM untuk ibu & bayi, sila dapatkan nasihat daripada doktor pakar. Sepanjang pengetahuan saya, menghidap diabetes semasa hamil mungkin:

  1. Meningkatkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil
  2. Risiko mempunyai bayi besar dalam kandungan yang memerlukan bersalin secara C-section
  3. Bayi anda mungkin mempunyai risiko dilahirkan awaldan mempunyai gula darah rendah, atau menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari. Biasanya, paras gula dalam darah akan kembali normal selepas bayi anda dilahirkan.

Walau bagaimanapun, sesetengah wanita dengan GDM mungkin akan menghidap diabetes jenis 2 kemudian. Anda boleh mengurangkan risiko kencing manis ketika hamil dengan mencapai berat badan yang sihat dan mengekalkan diet yang sihat dan seimbang.

Apakah Pengambilan Makanan Yang Rendah GI Dapat Membantu Mengawal Paras Gula?

Jawapan:  Indeks glisemik (GI) menunjukkan betapa cepatnya makanan yang diambil mempengaruhi paras gula darah anda. Makanan GI rendah dipecahkan dengan lebih perlahan dan menyebabkan paras gula dalam darah naik dan turun secara perlahan.

Namun, jangan bergantung pada GI sahaja untuk mengawal paras gula dalam darah anda. Kuantiti karbohidrat yang diambil masih sangat penting. Amalkan kaedah pinggan sihat (suku pinggan nasi/mi/bijirin, suku pinggan sumber protein, dan separuh pinggan sayur dan buah).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan diet seimbang dan secara sederhana. Ambil lebih banyak makanan berserat tinggi seperti bijirin dan sayur-sayuran untuk membantu mengawal paras gula dalam darah. Dan tidak lupa bersenam juga.

Jenis Susu Yang Sesuai Untuk GDM Ketika Hamil 

Jawapan: Untuk susu, kami cadangkan 2 gelas susu sehari, Boleh beli mana-mana susu rendah lemak di pasaran yang tanpa perisa.

Jika Ibu Mengalami GDM, Apakah Boleh Bersalin Caesar Sahaja? Saya Mengalami Asma Dan Ada GDM Perlu Bersalin Czer. Adakah Kehamilan Seterusnya Juga Akan Czer?

Jawapan: Sila dapatkan nasihat dari Dr pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bersalin normal/ caesarean. Salah satu komplikasi GDM adalah saiz bayi besar. Ini akan menyebabkan kesukaran kepada ibu hamil tersebut untuk melahirkannya secara normal.

Jadi pengawalan gula dalam darah adalah penting. Dari segi pemakanan untuk GDM, Puan perlu kawal pengambilan karbohidrat mengikut keperluan individu (dikira berdasarkan tinggi & berat).

Contoh makanan yang ada karbohidrat adalah seperti nasi, mee, bihun, kuey teow, roti, produk bijirin, biskut, sayuran berkanji (ubi kentang, ubi keledek, labu), buah, susu dan produk tenusu, dan kekacang.

Secara amnya, amalkan diet yang seimbang seperti konsep pinggan sihat. Tingkatkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran). Kurangkan atau elakkan dari pengambilan karbohidrat ringkas iaitu makanan dan minuman manis. Kawal pengambilan lemak, amalkan cara masak yang lebih sihat.

Saya GDM on Metformin. Jika Tidak Boleh Makan Sayur Ketika Hamil Kerana Mual, Apakah Yang Perlu Saya Buat Bagi Meningkatkan Pengambilan Serat?

Jawapan: Selain sayur, contoh makanan yang tinggi serat adalah seperti bijirin penuh, nasi perang, roti wholemeal, biskut wholemeal, oats, kekacang dan buah-buahan.

Jadi, Puan boleh cuba tukarkan nasi putih ke nasi perang untuk tingkatkan pengambilan serat. Ambil buah 2 hidangan sehari. Namun semua contoh makanan ini mengandungi karbohidrat. Jadi makan secara sederhana.

Jika Sebelum Bersalin Ada GDM, Dan Selepas Bersalin Kita Perlu Makan Banyak Untuk Penyusuan. Jadi Bagaimana Ya?

Jawapan: GDM merupakan satu keadaan yang berlaku kepada wanita hamil dimana paras glukosa darah yang lebih tinggi berbanding normal. Kebanyakkan GDM akan pulih selepas melahirkan anak, tetapi sesetengah tidak. Wanita yang ada GDM akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

Oleh itu, diet seimbang penting untuk mengekalkan kesihatan ibu semasa mengandung dan selepas bersalin. Keperluan kalori untuk wanita yang menyusu badan meningkat sebanyak 500kcal sehari. Contohnya, keperluan kalori untuk wanita berat badan normal semasa tidak hamil adalah 1600kcal sehari.

Jadi, keperluan kalori semasa menyusu badan akan menjadi 2100kcal (meningkat sebanyak 500kcal). 500kcal boleh dicapai dengan mengambil tambahan 1keping roti @ 1senduk nasi @ ½ cawan mee + 1biji telur @ ½ peha ayam @ ½ ekor ikan, 3 kali sehari.

Selain itu, amalkan pemakanan seimbang seperti pinggan sihat suku suku separuh. Tingkatkan pengambilan serat (bijirin penuh & sayur-sayuran).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia