Pihak berkuasa kesihatan luar negara telah mengeluarkan amaran yang mengatakan seramai 15 kanak-kanak memiliki gejala Kawasaki dan mungkin berkaitan dengan wabak Covid-19.
Walau bagaimanapun, ia belum dikenal pasti sepenuhnya oleh para pasukan perubatan.
Gejala Kawasaki berkaitan dengan Covid-19?
Baru-baru ini seramai 15 orang kanak-kanak yang menderita Covid-19 telah dikejarkan ke hospital New York dengan beberapa sindrom misteri.
Mereka berumur 2 hingga 15 tahun telah menunjukkan gejala kejutan toksik atau penyakit Kawasaki, iaitu salah satu penyakit yang jarang berlaku pada kanak-kanak. Ia melibatkan keradangan saluran darah, termasuk arteri koronari.
Menurut buletin dari Jabatan Kesihatan, ia menggambarkan penyakit itu sebagai sindrom keradangan multisistem yang berpotensi dikaitkan dengan Covid-19.
Berdasarkan penerangan oleh saintis Organisasi Kesihatan Dunia, Dr. Maria Van Kerkhove, terdapat beberapa gambaran yang jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak di beberapa negara Eropah mengalami sindrom radang yang serupa dengan gejala Kawasaki.
‘’Kanak-kanak berkenaan mengalami demam, naik ruam, muntah dan cirit-birit. Sejak dirawat di hospital, 5 daripadanya memerlukan ventilator mekanikal untuk bantuan pernafasan dan selebihnya memerlukan sokongan tekanan darah,’’
Spektrum penyakit sepenuhnya belum diketahui. Dari 15 pesakit, kebanyakannya telah diuji positif coronavirus atau melalui ujian antibodi yang berkemungkinan telah dijangkiti sebelum ini.
Dalam membanteras wabak ini, ibu ayah perlu peka sekiranya anak kecil jatuh sakit dan mengalami simptom seperti demam, ruam, sakit perut atau muntah untuk segera mendapatkan rawatan doktor.
Bagi gejala penyakit Kawasaki pula, ia kebiasaannya akan menyebabkan konjungtivitis (radang mata) dan kelenjar pembengkakan kelenjar limfa (limfadenopati).
Amaran simptom baru Covid-19
Dalam satu kenyataan Pengarah Penjagaan Kritikal Pediatrik di Hospital Kanak-kanak Gunung Sinai Kravis, Dr. George Ofori mengatakan sebilangan kes yang sedang dirawat menunjukkan gejala seperti sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam teruk.
Bukan itu sahaja mereka turut mengalami ruam, konjungtivitis dan bibir pecah. Bagi pesakit yang menghidapi masalah jantung dan tekanan darah rendah akan mengalami kejutan.
Keadaan ini akan bertambah teruk selepas 2-3 minggu para pesakit disahkan positif wabak Covid-19.
“Sama ada keadaan ini disebabkan oleh virus Corona atau tindak balas tubuh badan untuk berlawan dengan serangan penyakit ini, ia masih tidak dapat diketahui.
‘’Walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan apa penyebabnya utamanya, kami percaya adalah penting untuk memberi amaran kepada orang ramai perkara sebenar yang dihadapi setiap hari,” katanya.
Mount Sinai turut berkongsi bahawa Hospital Kanak-Kanak Cohen menyaksikan betapa ramai pesakit yang kritikal dalam tempoh dua minggu dengan gejala keradangan serupa.
Cohen adalah salah satu pusat hospital tempatan di mana pakar pediatrik mengatakan bahawa mereka bimbang kemasukan pesakit ke hospital baru-baru ini adalah terdiri kanak-kanak sihat yang telah jatuh sakit dengan ciri sama, iaitu menyerupai Sindrom Kejutan Toksik dan gejala Kawasaki.
Kawasaki adalah penyakit autoimun disebabkan oleh jangkitan virus dan jika tidak dirawat dengan cepat, berisiko menyebabkan kerosakan arteri dan jantung sehingga mengancam nyawa. Antara gejalanya ialah demam lebih dari 5 hari, ruam, gastrointestinal, mata merah serta tangan dan kaki menjadi bengkak.
Pakar pediatrik mengatakan selain gejala keradangan yang serius, pesakit kanak-kanak yang disahkan positif Covid-19 turut menunjukkan banyak persamaan dan menerima jangkitan virus daripada ahli keluarga terdekat.
Dalam membanteras situasi ini, pakar perubatan telah berusaha mengenal pasti adakah Covid-19 ini menyebabkan tindak balas sistem imunisasi berlebihan pada tubuh anak kecil yang sihat sebelumnya atau mungkin selepas beberapa minggu mereka dijangkiti.
Anak kecil yang sihat berpotensi menjadi parah
Jabatan Kesihatan Negeri New York telah menerima laporan penyakit teruk yang mungkin disebabkan oleh kes Covid-19 pada kanak-kanak termasuklah penyakit Kawasaki, sindrom kejutan toksik dan komplikasi jantung lain seperti miokarditis.
Kebanyakan kanak-kanak yang disahkan Covid-19 mempunyai simptom ringan dan mungkin lebih berisiko menjadi teruk. Walaupun jarang berlaku, anak kecil yang memiliki tubuh badan sihat berpotensi menjadi parah jika diserang virus misteri ini.
Menurut Jabatan Kesihatan dan Kebersihan Mental NYC, Barbot, pihaknya akan melakukan penelitian terperinci dengan menghubungi hospital pediatrik untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kes-kes tertentu yang menunjukkan tindak balas radang kardiovaskular pada anak-anak.
Difahamkan, pakar pediatrik dan pegawai kesihatan Britain telah mengeluarkan amaran pada 26 April mengenai kemungkinan hubungan Covid-Kawasaki pada anak kecil.
“Ini menunjukkan bahawa Covid-19 tidak memilih untuk menyerang mana-mana kumpulan usia. Serangan wabak penyakit ini sangat serius termasuklah anak kecil atau bayi.’’ kata Dr. Schneider.
Sumber: Nbc New York, Ny Times
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Bayi Positif Covid Apa Perlu Buat? Panduan Lengkap Cara Menjaga Si Manja Dengan Betul