Bayi yang dilahirkan pra-matang kebanyakannya menghadapi keadaan kekurangan gula di dalam darah.
Keadaan ini boleh mengakibatkan kerosakan otak yang serius terhadap bayi tersebut.
Jadi, para penyelidik telah menemui satu penyelesaian baru, iaitu penggunaan gel gula atau sugar gel.
Statistik menunjukkan yang satu daripada sepuluh bayi pra-matang yang dilahirkan, seorang akan mengalami keadaan kurang gula di dalam darah.
Kebiasaannya, bayi ini akan ditempatkan di dalam unit rawatan intensif untuk mengatasi masalah hipoglikimia ini.
Para penyelidik dari New Zealand, telah membuat eksperimen terapi gel gula terhadap 242 bayi.
Hasilnya, inovasi ini boleh dijadikan sebagai rawatan awal kepada bayi-bayi ini.
Lazimnya, bayi yang mengalami hipoglikimia akan diberikan glukosa melalui infusion yang akan memakan kos dan masa yang banyak.
Namun, dengan menggunakan gel gula ini, hanya peruntukan sebanyak 1 pound atau RM5.52 sahaja diperlukan!
Menurut Medical Daily, cara menggunakan gel gula ini sangat mudah.
Contohnya, anda hanya perlu melekatkan gel gula pada bahagian dalam pipi bayi anda selama beberapa saat.
Walaubagaimanapun, penyelidikan lebih lanjut dan teliti harus dilakukan untuk menguji keberkesanan cara ini.
Seperti tahnik, kan?
Apa yang menjadikan cara ini lebih menarik ialah kerana ia menyerupai amalan sunnah yang disarankan Rasullah S.A.W.
Iaitu meletakan kurma yang telah dikunyah atau lenyek ke lelangit bayi.
Kebiasaannya, kurma tersebut akan dikunyah atau dilenyek oleh seseorang yang tinggi ilmu agamanya seperti seorang ulama.
Ramai percaya yang cara ini merupakan imunisasi awal kepada bayi. Tetapi, ia bukanlah pengganti vaksin.
Ini kerana tahnik belum dibuktikan secara saintifik dalam menggantikan imunisasi.
Jadi, masih penting untuk anda sebagai ibu bapa memberikan imunisasi kepada si kecil kerana ia telah terbukti dapat menguatkan sistem imun anak anda dan menjadi pelindung masyarakat dari wabak yang mudah merebak!
Anda mungkin juga berminat dengan topik berikut: