11 Gelagat Anak Yang Epik Di Waktu Pagi, Hanya Ibu Bapa Saja Akan Faham!

Bila dah ada anak, pasti kehidupan seharian kita tidak akan sama lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu pagi tidak selalunya bermula dengan bunyi ayam berkokok, dihidangkan dengan kopi dan perjalanan seharian anda berjalan dengan indah.

Ia boleh dimulakan dengan suara anak-anak yang mengejutkan anda, anak  menangis kerana sarapan yang anda bekalkan tidak lengkap atau panggilan dari sekolah yang mengatakan anak anda pakai seluar terbalik!

Apabila menjelang waktu pagi, pasti semua ibu bapa akan melalui satu episod huru-hara! Tidak kiralah sama ada anak masih bayi, atau sudah bersekolah, semuanya menunjukkan sikap dan gelagat yang kadangkala melucukan, kadangkala memeningkan kepala!

Yang pasti, kanak-kanak mempunyai beberapa persamaan apabila berada dalam situasi tertentu. Tanyalah mana-mana ibu, pasti ada gelagat si kecil yang sama dengan anak anda.

Gelagat Anak Pada Waktu Pagi Yang Melucukan!

Lupakan tentang kopi, apa kata kita baca senarai gelagat anak pada waktu pagi ini dan tengok sama ada anda boleh kaitkan diri dengan beberapa situasi di bawah.

#1 Sarapan Pagi Kegemaran Anak-Anak dah Habis!

#2 Bila Selesai 1 Masalah, Datang Masalah Lain….dan Masalah Lain…

#3 Anda Perlu Menunggu Terlalu Lama Untuk Anak Bersiap, Terutama Apabila Baju Kegemarannya Masih Belum Kering.

 

#4 Sudahlah TV Ada 1 Di Rumah, Anak Pula Berebut Hendak Menonton Rancangan Kegemaran di TV

#5 Bila Anak Mengadakan Jamuan Tanpa Dijangka

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Bila Dah Sampai Sekolah, Baru Anak Beritahu Hal Penting!

 

#7 Anak Membawa Semua Mainannya Ke Sekolah, Seolah-olah Tidak Percaya Si Ibu Pula!

#8 “Nak Kencing Dulu Tak? ” “TAK!”

#9 Aduh Ayah Ni, Terlupa Pula Hari Ini Kena Pakai Skirt, Bukannya Seluar

#10 Bila Ibu Kena Yakinkan Semua Orang Yang Anda Bukan Cuba Menculik Anak Anda.

 

#11 Ibu Yang Siapkan Anak-Anak, Tetapi Paling Lewat Bersiap Pula

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aduh, betul kan semua situasi ini? Pasti ada di antara anda yang tersenyum kerana teringatkan gelagat anak-anak yang sebegini bukan?

Suatu hari nanti kita akan merindui mereka yang memeningkan kepala, jadi buat masa sekarang jom layan saja anak-anak ya! Hihi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anda sediakan buah potong untuk anak anda? Pagi atau malam?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Brightsideme

Baca juga

https://my.theasianparent.comumur-4-tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman