Akibat pakai gelang getah terlalu lama, tangan kanak-kanak ini harus dibedah

Banyak kegunaan gelang getah ini. Tapi ia juga bisa jadi yang paling ditakuti bila berlaku pada anak kita!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laman sosial digemparkan apabila tangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun harus dibedah rentetan kerana memakai gelang tangan getah dengan terlalu lama. 

Memang ada ramai orang guna gelang getah tangan ini untuk mengikat rambut.

Namun, lain pula dengan kanak-kanak perempuan ini di mana dia memakai gelang tangan getah di pergelangan tangan dalam tempoh yang lama hingga menyebabkan kulit tangannya terkena jangkitan kuman. 

Ibu bapa harus hati-hati jika anak bermain dengan gelang tangan getah 

Sebenarnya, peristiwa sebegini tak patut berlaku kerana ibu bapa harus memastikan keselamatan anak-anak dalam keadaan baik. Ini rermasuklah, jangan bagi anak pakai gelang tangan getah terlalu lama dan ketat.

Ada yang sampai tak buka-buka! 

Akibat gelang tangan getah yang dipakai itu, ia menyebabkan getah berkenaan bersatu dengan kulit, bengkak dan infeksi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada mulanya, ibu bapa kanak-kanak terbabit merasa hairan dan pelik terdapat lingkaran di bawah siku tangan anaknya. Selepas sibuk membelek, rupa-rupanya itu adalah getah yang sudah bersatu dengan kulitnya.

Lantas, ibu bapanya membawa segera dia ke hospital di Hangzhou China. 

kredit: detik health

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gelang tangan getah: Hasil X-ray tunjuk ada benda ‘asing’ dalam kulit 

Namun, pada awalnya doktor ingat itu hanyalah jangkitan biasa hingga membentuk lingkaran, tapi selepas menjalani ujian x-ray, terdapat benda asing yang telah sebati dalam kulit. Aduhai sakitnya!

Inilah penyebab tangannya kian bengkak dek kerana pakai gelang tangan getah terlalu lama. 

Tetapi ibu bapa kanak-kanak itu tak percaya dan meminta doktor buat pemeriksaan lanjut. Setelah berpuas hati dengan ujian kali kedua, barulah mereka setuju untuk lakukan pembedahan.

Kalau mereka berkeras tak mahu anak dibedah ia akan menyebabkan jangkitan yang lebih parah dan merbahaya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut doktor yang merawat kanak-kanak itu, beliau berkata ibu bapa haruslah memeriksa badan anak supaya tak ada benda asing melekat di tubuh mereka macam rambut, benang atau gelang getah tangan ini.

Jika tidak nanti, bahaya pada kulit anak. 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia