Bila Rasa Gerakan Bayi Dalam Kandungan, Ini Rupanya 3 Aktiviti Si Kecil Itu!

Tak sangka pula bayi sudah bersin, makan dan menangis sejak dalam kandungan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang wanita yang bergelar ibu mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya melahirkan zuriat, dan menikmat rasa ada janin dalam rahim anda. Apabila anda mendapati diri hamil, anda mulai merasakan pelbagai emosi. Tambahan lagi apabila anda mulai merasakan gerakan bayi dalam kandungan.

Kadang-kadang, ada satu ketika, anda akan mula menyedari bertanggungjawab membawa “hidup” yang comel ini ke dalam kehidupan anda. 

Apabila hari berlalu, anda melihat dan merasakan perkembangan bayi di dalam rahim. Tiada ungkapan yang boleh anda kata untuk menyatakan kegembiraan ini.

Tapi, pernah tak anda tertanya-tanya, apa yang bayi buat jika anda merasai gerakan bayi dalam kandungan?

Bolehkah Saya Melihat Gerakan Bayi Dalam Kandungan?

Ha… Terima kasih kepada kemajuan teknologi, anda kini bukan saja dapat merasakan gerakan bayi dalam kandungan, tetapi anda dapat melihat apa yang bayi buat dalam kandungan juga!

Anda dapat melihat proses tumbesaran bayi dari sekecil kacang, sehinggalah menjadi bayi comel seberat 3kg itu!

Jika anda tidak pernah melihat keajaiban kecil ini tumbuh dalam rahim, kami ada kejutan untuk anda. Pencitraan 4-D (empat dimensi) kini membolehkan anda memerhati setiap pergerakan yang dibuat oleh bayi semasa dalam kandungan!

Melihat Gerakan Bayi Dalam Kandungan Dengan Gambaran 4D Yang Lebih Jelas

Video 4D lebih maju dan lebih jelas daripada ultrasound 2-D, di mana anda hanya boleh menonton imej hitam dan putih bayi.

Malah ada juga scan 4D yang lebih jelas dari scan 3D! Ia dapat memberi gambaran yang paling jelas tentang bayi malah setiap pergerakan bayi boleh diperhatikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jom tengok video apa bayi dalam kandungan buat yang sungguh menakjubkan ini!

Video ini bermula dengan ultrasound 2D  bayi di dalam rahim, di mana anda dapat melihat dengan jelas bayi kecil dalam hitam putih.

Saat ke 22 bermula video 4D bayi itu dan anda dapat melihat bayi tersebut sedang tidur mengiring di sisi dengan ekspresi tenang di wajahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saat ke 37 anda boleh melihat anak kecil itu makan! Ini merupakan suatu fenomena yang kami pasti anda belum pernah saksikan, malah anda boleh melihat bayi meraih makanan yang datang dan mengunyahnya seperti dengan gembira. Alahai comelnya!

Minit 1:13 anda dapat melihat wajahnya yang kecil menggeliat sambil tersenyum sedikit, dengan ekspresi tidak berpuasa hati. Mungkin ibu baru minum segelas air, dan si comel berasa tidak gembira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minit 1:33 Si kecil kelihatan cepat tidur dengan kepala kecilnya beristirahat di lengannya yang kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba lihat pada minit 2:13, anda dapat melihat tangan yang kecil dengan jari jemari yang sangat comel menggosok-gosok matanya! Video berakhir dengan bayi mulai tidur, pastinya satu pengalaman yang menyejukkan hati sesiapa yang melihatnya.

Jika anda sedang hamil, atau mungkin pada kehamilan seterusnya, anda ambil peluang untuk melakukan imbasan 4D pula pada kandungan anda!

Pastinya anda teruja dan tidak sabar untuk membelai mereka setelah dilahirkan nanti.

Sumber: Momjunction

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comrahsia-apa-bayi-dalam-kandungan-buat/

Penulis

Beto Rahman