Pernah tak anda terfikir membela seekor haiwan liar seperti buaya, harimau, gajah, ular dan lain-lain? Sebabnya, baru-baru ini ada satu video viral di mana seorang kanak-kanak dilihat gosok gigi buaya di dalam bilik mandi rumahnya. Budak perempuan ini dilihat sangat berani memegang dan menyentuh tubuh haiwan liar itu.
Budak tersebut yang memakai baju dress kuning itu dilihat gosok gigi buaya dengan menggunakan ubat gigi lalu memberus gigi haiwan berkenaan. Rakaman tersebut dirakam di Bandar Tangerang yang terletak di Pulau Jawa, Indonesia.
Biasanya kita lihat ibu bapa hanya memberikan anak kecil mainan getah seperti itik untuk menaikkan keseronokan mereka semasa mandi. Namun, lain pula dengan keluarga ini apabila membiarkan anak mereka mandi dan menggosok gigi seekor buaya.
Video berdurasi selama 52 saat ini menunjukkan kanak-kanak perempuan itu menggunakan berus gigi untuk mencuci gigi haiwan tersebut sambil mandi bersamanya dalam sebuah baldi besar.
Bahkan, kanak-kanak itu seolah-olah membelai manja haiwan tersebut dan mungkin mereka membelanya dalam rumah.
Kanak-kanak perempuan gosok gigi buaya
Ini merupakan insiden yang cukup luar biasa kerana buaya yang sepatutnya tidak disentuh kerana berbahaya kini mandi bersama kanak-kanak yang masih kecil.
Selain buaya itu, Maharani turut ditemani seekor ular dan juga burung enggang di besen bersebelahan di dalam bilik air itu.
4 Alasan Mengapa Anak Perlu Menyayangi Haiwan
#1. Menciptakan kasih sayang dan empati
Mengajar anak menyayangi makhluk hidup adalah sangat penting kerana ia dapat membuatkan mereka mengenal dan memupuk rasa kasih sayang pada haiwan.
#2. Memupuk rasa cinta pada Maha Pencipta
Belajar menyayangi haiwan juga merupakan langkah penting supaya dapat mengajar anak supaya mencintai alam sekitar lalu mereka tidak sesekali membuang sampah ke merata tempat kerana tahu ada makhluk hidup lain yang tinggal di kawasan tersebut.
Lebih jauh lagi, ibu juga boleh mengajar anak mengenai Sang Pencipta Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan belajar mencintai haiwan maka anak juga dapat mengenal Tuhan Yang Maha Esa.
#3. Menyimpan rasa peduli pada haiwan yang lemah
Jika si kecil anda menyimpan rasa peduli dan sayangkan haiwan, maka mereka akan lebih menghargai dan berperilaku belas kasih pada binatang tersebut.
#4. Anak lebih berani dan tidak takut
Ramai sebenarnya yang takut dengan serangga kecil termasuklah ayam dan kucing. Jadi jika anak diajar menyayangi haiwan sejak dari kecil maka ia dapat membuatkan mereka lebih berani.
Banyakkan manfaat perkenalkan haiwan pada anak-anak, bukan? Jadi tidak salahnya jika ibu menerapkan sikap belaian kasih sayang ini pada anak sedari kecil lagi. Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dailymail
Baca juga:
Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan