Gigi hitam, rosak dan tidak bersih ibarat pemandangan biasa kita lihat pada kanak-kanak kini, dan perkara itu ada kalanya jadi kebiasaan dan mungkin langsung tidak merisaukan ibu bapa disebabkan mereka menganggap perkara itu biasa saja.
Tanpa ibu bapa sedar, akibat kelalaian mereka anak ini perlu melalui pelbagai kesakitan malah rawatan pembedahan bagi mengembalikan semula kesihatan anak mereka.
Seperti yang dikongsikan seorang ibu di laman sosial Facebook, Leeya Yayya beliau rasa menyesal mungkin kerana menganggap masalah gigi anaknya remeh, kanak-kanak berusia 2 tahun 4 bulan itu terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang giginya yang rosak.
Gigi hitam, rosak perlu perhatian segera. Jangan biar ya ibu!
Menerusi perkongsiannya, Leeya berkata ramai yang bertanya kepadanya kenapa anaknya Ayden baru berusia 2 tahun 4 bulan tetapi perlu menjalani pembedahan untuk mencabut semua giginya.
Beliau berharap perkongsiannya mengenai perkara itu dapat membantu ibu lain dan bermanfaat dalam menjaga kesihatan dan kebersihan gigi anak-anak.
Beliau menjelaskan, anaknya juga selalu mengalami gusi berdarah apabila gosok gigi, malah menangis pun gusinya boleh berdarah!
Kanak-kanak itu juga seringkali mengadu sakit gigi, tetapi selepas itu dia akan normal kembali.
“Ayden ni dari kecik gigi dia problem, nk gosok gigi punya la payah (paksa je cara berkesan).. gusi slalu darah bila gosok gigi, bila nangis pun boleh darah gusi dia.. & dia slalu ngadu sakit gigi tapi on off.”
Hanya minum susu saja
Leeyya turut menjelaskan, anaknya memang langsung tidak mahu makan dan hanya minum susu setiap hari. Katanya ada kemungkinan anaknya tidak mahu makan kerana giginya yang sakit, walaupun ketika melihat orang lain makan Ayden seperti mahu makan sama.
Apabila diberi makanan, anaknya hanya akan kemam dan keluarkannya balik. Bukan dia tidak pernah membawa anak kecil itu ke klinik gigi, tetapi disebabkan giliran menunggu terlalu lama, membuatkannya jadi tertunda.
Nak dijadikan cerita, Ayden menangis tidak henti dan tidak boleh tidur malam selama 2 hingga 3 hari yang membuatkan ibu ini membawanya ke bahagian kecemasan hospital.
“Mama bawak pergi emergency sbb buntu tak tahu nk buat apa, bagi paracetamol pun tak jalan, tapi tak membantu sbb takde doc gigi yg on call.. esoknya mama bwak pergi klinik swasta, doc ckp kena pergi klinik gigi gomen jgk & kena mintak jgk refer pakar sebab gusi ayden dh bengkak.. kemungkinan kena cabut semua gigi dia..”
Punca utama menyusu ketika tidur
Pakar bedah mulut menyatakan punca utama kerosakan dan gigi anaknya reput adalah kerana menyusu ketika tidur yang mana sepatutnya selepas dia minum susu perlu dibilas dengan air kosong sebenarnya. Selain itu perlu lap dengan kain basah gigi anak kecil itu.
“Doc cakap punca utama menyusu time tido.. memang ayden kuat menyusu time tido, 2/3 botol malam2.. lagi2 dia tak makan lgsung jadi susu memang byk dia mnum.. Patutnya kena bilas dgn air masak lepas menyusu & kena lap dgn kain basah gigi dia.. tp silap mama sebab tak pernah buat.. maafkan mama ye nak sbb tak pernah ambil tahu.. moga2 jadi panduan untuk ibu2 semua..”
Tips jaga gigi anak
Pendek kata, kesihatan dan kebersihan gigi anak adalah tanggungjawab ibu bapa kerana kesihatan mulut anak anda bermula daripada anda. Berikut adalah pesanan doktor jika mahu gigi anak anda sihat:
- Tiada botol susu dlm mulut semasa tidur
- Jika minum susu sebelum tidur bilas dengan air kosong dan lap gigi anak dengan kain basah
- Elakkan memberi makanan manis dan ‘junk food’ kepada anak
- Sentiasa berus gigi anak anda ( anak kecil tidak akan blh membersihkan satu mulut, selalu akan berus gigi depan sahaja)
- Boleh gunakan ubat gigi berfluorida dalam jumlah yang sedikit ( setelah anak anda pandai untuk meludah)
- Bawa anak anda berjumpa doktor gigi seawal enam bulan pertama kelahiran
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Leeya Yayya, Kementerian Kesihatan
Baca juga: