Seorang ibu mengandung di Johannesburg, Afrika Selatan dilaporkan telah berjaya gigit zakar perogol yang merogolnya. Apa yang mengejutkan, ibu hamil ini dirogol di hadapan anaknya sendiri!
Perogol tersebut telah lari selepas zakarnya digigit. Namun, pihak polis masih mencari penyerang yang dilaporkan “cedera di zakar” ini. Semuanya terjadi ketika wanita hamil 3 bulan ini melakukan hitchhiking ke klinik berhampiran dengan anaknya.
Dia telah menahan sebuah kereta Toyota Jazz berwarna putih di bandar kecil, White River, kawasan Mpumalanga. Ada 2 orang lelaki dalam kereta tersebut.
Wanita hamil gigit zakar perogol
Namun, mereka tidak memandunya ke klinik. Kedua-dua lelaki itu mengambil keputusan untuk mengugut mangsa dengan pistol, dan memandu ke kawasan yang sunyi.
Salah seorang lelaki telah merogol mangsa dengan ugutan pisau di hadapan anaknya sendiri, kata polis Mpumalanga.
“Ketika kejadian itu, mangsa berjaya menggigit kemaluan lelaki terbabit. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri.”
Pasukan polis telah memberi amaran kepada pihak perubatan di kawasan terbabit untuk peka dengan mana-mana lelaki yang datang dengan kecederaan di zakar.
“Kami meminta jika mana-mana institusi perubatan menjumpai dan merawat lelaki yang cedera di kawasan kemaluan, sila hubungi Konstable Solly Mabuza dengan segera.” ujar kenyataan polis Mpumalanga.
Zakar yang digigit tersebut dilaporkan tidak cedera parah.
Gigit zakar perogol: Kes serangan seksual makin meningkat
Menurut Africa Check, sebanyak 109 kes rogol telah dilaporkan setiap hari sepanjang tahun 2016 dan 2017 di Afrika Selatan.
Walau bagaimanapun, spekulasi mengatakan nombor tersebut mungkin lebih tinggi kerana ramai mangsa yang tidak mahu tampil ke hadapan melaporkan kejadian.
Pengkritik menyalahkan pihak polis kerana kekangan mereka untuk menyiasat pertuduhan rogol dengan berkesan hingga tidak mampu membela nasib mangsa.
Kajian mendapati, kebanyakan penyerang yang dituduh merogol tidak dijatuhkan hukuman.
Kes gigit zakar perogol: Tip bagaimana ingin melindungi diri dari serangan
Semoga kejadian ini dijadikan sebagai ikhtibar kepada semua wanita di luar sana. Ada beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk melindungi diri dari sebarang serangan.
Antaranya ialah:
- Percaya dengan kata hati anda
- Siap sedia dengan sebarang cara mempertahankan diri, contohnya seperti menyimpan wisel, siren berbunyi, pepper spray, pisau lipat dll
- Jangan kongsi terlalu banyak info online tentang rancangan anda
- Pastikan anda sentiasa ada dengan teman atau beritahu kawan ke mana anda akan pergi
- Berhati-hati dengan jumlah alkohol yang diambil
- Jika anda tidak mengambil arak, pastikan minuman anda dijaga, jangan terlepas pandang!
- Bersedia untuk menjerit atau bersuara untuk meminta bantuan
- Sentiasa peka dengan persekitaran
- Pastikan anda sentiasa dengar apa yang terjadi, jangan pakai earphone
- Berjalan dengan pantas
- Pilih laluan yang selamat
- Beritahu kawan ke mana anda hendak pergi
- Hubungi kawan jika anda dalam situasi yang mencurigakan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Paul dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga:
Ibu 2 orang anak mati selepas dirogol beramai-ramai dengan kejam