Putrajaya, 28 November 2024 – Peneraju pawagam Golden Screen Cinemas (‘GSC’) dan jenama kesihatan dan kesejahteraan bayi antarabangsa dari Malaysia, Applecrumby® yang terkenal dengan barangan keperluan bayi yang selamat, semula jadi, dan berpatutan, amat teruja mengumumkan satu kerjasama yang dirasmikan melalui majlis pelancaran di GSC IOI City Mall 2, Putrajaya.
Kolaborasi selama setahun ini menumpukan perhatian kepada memupuk masa berkualiti sesama ahli keluarga di samping memastikan ruang yang selamat serta menyeronokkan untuk ibu bapa dan kanak-kanak nikmati.
Melalui nilai-nilai dikongsi bersama ini, dewan dan ruang permainan GSC Play yang mesra keluarga adalah direka bagi memberikan persekitaran yang selamat dan menarik, manakala Applecrumby® menawarkan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat dan organik bagi memastikan kualiti dalam setiap fasa pembesaran kanak-kanak, agar ibu bapa merasa yakin dan gembira.
Perkongsian ini membawakan kolaborasi produk yang menarik, siri episod mini atau minisodes yang menyeronokkan, memberikan ruang yang lebih besar kepada produk-produk berkualiti daripada Applecrumby®.
Direka untuk memberikan ketenangan kepada ibu bapa, bilik penyusuan dan bilik persalinan bayi yang telah diberi nafas baharu di empat lokasi GSC Play kini membawakan ketersediaan produk berkualiti Applecrumby® seperti pembersih botol susu dan peralatan bayi dan tisu basah premium; untuk kegunaan ibu bapa setiap kali mereka singgah ke mana-mana lokasi GSC Play ini!
“Di GSC, kami amat berdedikasi untuk mencipta persekitaran yang selamat dan mesra di mana keluarga boleh mencipta kenangan manis bersama-sama. Kami sedia maklum bahawa membawa kanak-kanak ke tempat awam mungkin agak mencabar.
Oleh itu kami mengambil langkah tambahan untuk meningkatkan fasiliti kami yang memberikan keselesaan kepada setiap keperluan ibu bapa di setiap bahagian, seperti barangan keperluan Applecrumby®. Perkongsian kami bersama Applecrumby® menegaskan komitmen kami dalam memastikan keselesaan dan keselamatan, menjadikan masa bersama keluarga lebih menyeronokkan dan bebas tekanan. Kami bersama-sama berhasrat untuk menyediakan lebih nilai tambahan kepada keluarga dan mencipta pengalaman yang menyeluruh,” kata Shirley Low, Ketua Pegawai Pemasaran, Golden Screen Cinemas.
Melangkah ke dunia penuh keajaiban dengan minisode GSC Play dan Applecrumby®
Perkongsian yang menarik ini turut menggalakkan keseronokan bagi seisi keluarga dengan memperkenalkan dua episod mini atau minisodes – siri video berdurasi 60 saat pada skrin yang menampilkan maskot-maskot GSC Play – Jesse dan Pop Pop – bersama watak-watak comel Applecrumby® yang dihidupkan iaitu Roger Moor, Lola Bunn dan Drako Greene. Kedua-dua minisodes ini bertujuan untuk mempromosikan pengalaman kanak-kanak yang menyeluruh di GSC bersama produk-produk Applecrumby® yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan walaupun semasa menonton filem!
Minisode yang pertama memperkenalkan bilik bayi dan bilik menyusu Applecrumby® yang baharu dihias. Minisode ini akan ditayangkan buat pertama kali di semua pawagam GSC di seluruh negara mulai akhir November 2024.
Minisode kedua pula mengetengahkan tisu basah premium Applecrumby®, yang direka dengan mengutamakan keselamatan kanak-kanak. Diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dan bebas daripada bahan kimia yang memudaratkan, tisu basah ini adalah lembut tetapi tahan lasak untuk kegunaan harian. Saksikan keriangan watak-watak comel ini berseronok di GSC PlayPark dengan membawa tisu basah mesra kulit ini. Minisod ini dijangka akan ditayangkan mulai Mac 2025.
Memperkenalkan lampin rekaan khas GSC Play dan Applecrumby® yang comel!
Sebagai langkah inovasi berani yang diketengahkan melalui perkongsian ini, GSC dan Applecrumby® telah melancarkan lampin pereka yang pertama seumpamanya, menampilkan maskot-maskot GSC Play – Jesse & Friends, bersama dengan Applecrumby® & Friends! Dengan mementingkan keselamatan si manja, lampin Applecrumby® yang memenangi anugerah ini memiliki pelbagai fungsi selain kelihatan comel, serta bebas klorin 100%.
“Setelah membuat perancangan rapi selama beberapa bulan, kami teruja untuk mengumumkan perkongsian kami bersama Golden Screen Cinemas. Kolaborasi ini merupakan pencapaian penting kepada Applecrumby kerana ia membolehkan kami memperkenalkan barangan keperluan bayi kami dalam persekitaran yang menarik dan mesra keluarga. Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam penjagaan bayi bersama keajaiban pawagam, kami berharap agar dapat mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua keluarga di Malaysia” ujar Sean Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Applecrumby®.
Bergandingan tangan bersama GSC Play Meal dan Applecrumby® Premium Baby Wipes
Dari masa bermain ke menonton filem dan seterusnya makan, kanak-kanak boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan di GSC Play, dan GSC Playmeal kini membawakan tisu basah premium Applecrumby® yang ideal pada saat-saat memerlukan!
Tingkatkan pengalaman menyeluruh ke tahap lebih tinggi dengan Peraduan GSC x Applecrumby® Tower
Malaysia mungkin memiliki banyak bangunan pencakar langit, tetapi Tower GSC dan Applecrumby® ialah satu-satunya menara yang berbaloi untuk dicapai! Bersedialah untuk Peraduan Tower GSC dan Applecrumby®, yang berjalan mulai 15 Disember 2024 sehingga 25 Januari 2025!
Sertai peraduan ini untuk peluang membawa pulang tower produk yang unggul dengan nilai keseluruhan sebanyak RM8,528 yang sarat dengan lampin pereka GSC dan Applecrumby®, barangan keperluan Applecrumby®, dan barangan eksklusif Jesse & Friends.
Untuk menyertai, hanya buat pembelian untuk mana-mana lampin pereka GSC dan Applecrumby® atau produk Applecrumby® yang lain. Sebagai galakan tambahan, setiap lampin pereka yang dibeli akan memberikan dua kali ganda peluang untuk anda memenangi tower tersebut. Jangan lepaskan peluang menyeronokkan ini – tandakan kalendar anda untuk tarikh pelancaran peraduan ini!
*Senarai lokasi bilik bayi dan bilik menyusu GSC Play and Applecrumby®:
- GSC IOI City Mall 2 (East Wing), Putrajaya.
- GSC KL East Mall.
- GSC Starling Mall.
- GSC Tropicana Gardens Mall.
Nantikan promosi dan peraduan akan datang melalui laman sesawang dan saluran media GSC dan Applecrumby®!
Website: https://www.gsc.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/GSCinemas/
Instagram: https://www.instagram.com/gscinemas/
X (Twitter): https://twitter.com/GSCinemas
Tiktok: https://www.tiktok.com/@gscinemas
Youtube: https://www.youtube.com/c/gscinemas