Jangan Biar Pertambahan Usia Ganggu Urusan Seksual Anda, Praktiskan 6 Tips Ini

Golongan tua yang sedikit berusia bukanlah satu alasan untuk tidak beraksi kencang di atas ranjang bersama pasangan. Ikuti beberapa tips ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai orang mengatakan bila sudah bergelar golongan tua maka badan juga sudah tidak larat melakukan pekerjaan berat yang lain malah kemampuan fizikal juga turut terbatas.

Namun begitu ia bukanlah alasan untuk tidak kuat di atas ranjang bersama pasangan malah kalau kena dengan caranya anda lebih hebat beraksi berbanding orang yang lebih muda.

Tips seks untuk golongan tua, jom amalkan hari ini

#1. Mengamalkan diet seimbang dan sihat

Apabila sudah meningkat usia, masalah obesiti dan kegemukan memang kadang-kadang susah nak melarikan diri. Malah, ia juga punca kepada penyakit kronik seperti hipetensi, diabetes dan sakit jantung yang menyebabkan aktiviti seks kian merudum jatuh.

Jika pemakanan anda terkawal dengan baik dan mengambil makanan yang sihat maka tidak mustahil untuk anda kembali cemerlang di atas ranjang seperti waktu muda-muda dulu.

#2. Kekalkan tahap kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain dari pemakanan, mengekalkan tahap kesihatan juga menjadi perkara penting dalam mendapatkan aktiviti hubungan kelamin yang diimpikan.

Hal ini kerana, ia berkait rapat dengan penyakit kronik yang mungkin anda alami seiring dengan pertambahan usia itu.

Jadi sebaiknya jangan culas untuk berjumpa doktor dan mendapatkan ubat dan rawatan yang sesuai agar hubungan kelamin anda kembali menyinar seperti dahulu.

#3. Ubah pemikiran tentang seks

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu orang menganggap yang seks itu berkait rapat dengan orgasma dan ereksi. Namun tidak semuanya begitu, tapi pelukan, ciuman dan sentuhan turut merupakan unsur keintiman yang tidak harus dipandang ringan.

Jadi, hubungan seks itu bukan semata-mata memasukkan zakar ke dalam faraj sahaja tapi ia sebenarnya boleh menjadi aktiviti ringan-ringan dan bersahaja terutama bila dengan pasangan yang dicintai.

#4. Berbincang dengan pasangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum memulakan seks, anda dan pasangan seharusnya berbincang terlebih dahulu dari hati ke hati. Ini kerana kalian berdua harus memahami bahawa kemampuan seksual itu akan berubah seiringnya pertambahan usia.

Jika salah seorang tidak memahami, ia hanya merencatkan hubungan kelamin itu sendiri.

Jadi jangan sesekali meletakkan keinginan itu terlalu tinggi kerana bimbang jika tidak mencapainya mungkin boleh merudumkan hati dan perasaan.

Jadi berkomunikasi antara satu sama lain adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

#5. Terima segala perubahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Bila masuk ke usia 40 tahun ke atas tentu ramai yang fobia dengan pertambahan usia itu dan takut badan tidak mampu lagi beraksi di atas ranjang dengan pasangan.

Apapun kekal bertenang dan jangan berterusan membiarkan hal itu berlalu dengan lebih teruk.

Jika tidak dapat dibendung, anda mungkin boleh berjumpa doktor untuk meminta nasihat.

#6. Buang tabiat buruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Golongan tua juga tidak dapat lari dengan tabiat dan sikap yang buruk yang hanya menjejaskan kesihatan seksual semata-mata.

Antara tabiat buruk yang dimakdsudkan seperti merekok, minum arak dan sebagainya.

Perbuatan tidak sihat itu bukan menjejaskan kesihatan dalaman sahaja tapi kemampuan untuk ereksi zakar turut memburukkan keadaan.

Jadi berhentilah sebelum terlambat jika masih mahu mendapatkan hubungan seks yang lebih padu dan menyeronokkan.

Kesimpulannya, jangan sesekali putus harapan untuk mendapatkan kembali aksi seks yang menyeronokkan seperti sewaktu anda masih muda dahulu.

Cuba pelbagai posisi yang mungkin akan memberikan anda lebih banyak keselesaan apabila bersama dengan pasangan.

Kemudian, praktiskan semua petua yang dikongsikan tadi tatkala melakukan hubungan seksual dengan isteri atau suami anda.

Apapun, jangan memaksa diri jika badan tidak sihat dan segeralah berbincang dengan pasangan serta mintalah dia bersabar dengan apa yang terjadi.

Semoga anda semua mendapat hubungan seks yang lebih sihat.

Sumber: Mayoclinic, Nia nih gov

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Pssstt… Jom Cuba 7 Posisi Seks Yang Akan Buat Suami Tahan Lebih Lama Di Ranjang