Gusi Ibu Hamil Berdarah Lepas Gosok Gigi? BAHAYA, Berisiko Praeklampsia & Kelahiran Pramatang!

undefined

Gusi berdarah ketika gosok gigi terutama semasa hamil, bukanlah satu situasi yang pelik. Ia normal malah jika tidak hamil pun mengalami masalah gusi brdarah. 

Tetapi apakah punca gusi mudah berdarah bila anda hamil?

Apabila hamil, bukan sahaja bentuk badan yang berubah, tapi gusi juga akan jadi lebih lembut dan sensitif yang membuatkan ia senang berdarah.

Gosok gigi, gusi berdarah, ibu hamil perlu peka

Gosok gigi

Kredit: medicinehealth

Apa yang berlaku bila gusi jadi lebih lembut? Kami konsgikan kali ia untuk membantu ibu hamil yang mengalami keadaan gusi yang mudah berdarah.

Gusi berdarah dalam kalangan ibu hamil boleh jadi disebabkan berlakunya pengumpulan plak pada gigi. Perubahan hormon semasa hamil boleh membuat gusi ibu hamil lebih terdedah kepada plak, yang membawa kepada keradangan dan pendarahan.

Ini juga dikenali sebagai gingivitis kehamilan atau penyakit gusi. Perubahan hormon semasa hamil juga boleh menyebabkan membran mukus membengkak. Akibatnya gusi juga membengkak.

Berisiko lahir bayi pramatang, praeklampsia

Gosok gigi

Kredit: bukareview

Perbuatan gosok gigi yang terlalu kasar juga boleh sebabkan pendarahan. Adakah perkara ini berbahaya kepada kandungan?

Mungkin merbahaya dan mungkin juga tidak. Akan jadi merbahaya bila gingivitis berkembang menjadi keadaan yang lebih serius dipanggil periodontitis.

Periodontitis boleh melemahkan tulang-tulang dan tisu-tisu yang mencengkam gigi pada rahang. Periodontitis yang tak dirawat pulak boleh menyebabkan gigi tercabut.

Apabila tercabut tiada gigi baru akan tumbuh. Ada kajian juga telah menunjukkan bahawa periodontitis semasa hamil boleh meningkatkan risiko bayi pramatang atau praeklampsia.

Cara atasi gusi berdarah bila gosok gigi

Jika mahu mengatasi gusi berdarah selepas gosok gigi, antara perkara yang boleh dilakukan adalah:

#1. Jaga kesihatan mulut

Bersihkan gigi dengan telitu dua kali sehari selama dua minit.

#2. Floss setiap hari

Anda perlu rajin floss gigi setiap hari bagi membuang sisa makanan yang terkumpul di celah-celah gigi. Dengan menggosok saja ia mungkin sukar untuk dibuang.

#3. Berus lidah

Ketika menggosok gigi, pastikan anda tidak lupa untuk memberus lidah. Banyak berus gigi di pasaran kini yang sediakan getah pemberus lidah pada permukaan belakang berus gigi untuk anda bersihkan lidah.

Dengan memberus lidah, ia akan minimakan jumlah bakteria berkumpul dalam mulut.

#4. Guna berus gigi berkepala kecil

Gosok gigi

Kredit: popmama

Guna berus gigi berkepala kecil dengan filamen lembut dan pastikan ia selesa untuk dipegang. Berus gigi dengan kepala dan filamen lembut akan mudah untuk mencapai bahagian dalam gigi yang sukar dicapai.

Ia sekaligus membuatkan anda dapat menggosok ke semua bahagian gigi selain  memastikan berus itu masuk ke celahan gigi untuk mengeluarkan sisa makanan dari dalamnya. 

#5. Elak minum manis

Elakkan minum manis eperti bergas atau teh manis serta makan makanan manis terlalu kerap. Selain itu disarankan untuk anda menggunakan straw apabila minum minuman manis.

#6. Elak makanan bergula atau berasid

Jika anda lapar antara waktu makan, amalkan makan snek pada sayur-sayuran dan elakkan makanan bergula atau berasid. Ia juga amat berkhasiat untuk kandungan anda.

Semasa mengandung perlu dielakkan makanan manis untuk kurangkan risiko GDM iaitu kencing manis ketika hamil.

#7. Elak ubat kumur beralkohol

Elakkan ubat kumur yang mengandungi alkohol. Ia boleh memberi kesan kepada ketahanan lapisan gigi anda.

#8. Kumur dengan air kosong bila muntah atau loya

Jika loya dan muntah,kumur mulut dengan air kosong. Ini akan membantu mencegah asid dalam muntah anda menyerang gigi.

Jangan gosok gigi anda dengan segera kerana ia akan dilembutkan oleh asid dari perut anda. Tunggu kira-kira sejam sebelum memberus.

#9. Pastikan makan cukup Vitamin C, kalsium

Makan dengan betul. Pastikan cukup kandungan Vitamin C dan Kalsium yang diperlukan ketika hamil kerana kedua-dua ini sangat mempengaruhi ketahanan gigi dan gusi anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Rohaya Dental Surgery

Kredit foto: loveyourself, alodokter

Baca juga: Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!