TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Gel tumbuh gigi untuk bayi anda: adakah ia selamat atau tidak?

3 min bacaan
Gel tumbuh gigi untuk bayi anda: adakah ia selamat atau tidak?

Ibu bapa pasti kekurangan tidur dan kecoh apabila bayi mereka tumbuh gigi. Tapi menurut FDA, gel tumbuh gigi bayi untuk melegakan rasa sakit pada gusi si manja mungkin lebih memudaratkan. Ketahui mengapa di sini.

Sebelum anak saya mula tumbuh gigi, ibu saya sudahpun memberi pesanan awal untuk menyediakan satu tiub gel tumbuh gigi bayi.

Menurutnya, gel tumbuh gigi bayi adalah cara paling berkesan untuk melegakan rasa sakit gusi si manja nanti. Saya akur ia memang berkesan.

Tapi berhati-hati ketika menggunakan gel tumbuh gigi ini kerana laporan terkini dari FDA menunjukkan gel ini boleh memberi kesan buruk pada bayi kecil anda!

Ini disebabkan oleh bahan aktif bernama benzocaine, iaitu sejenis anestetik atau ubat bius yang menyebabkan gusi tidak rasa sakit.

Menurut tuntutan FDA, benzocaine yang terdapat dalam gel tumbuh gigi bayi boleh menyebabkan gangguan darah yang jarang berlaku. Ia dikenali sebagai methemoglobinemia.

Gel tumbuh gigi bayi boleh sebabkan methemoglobinemia?

Menurut tuntutan FDA, benzocaine yang terdapat di dalam gel tumbuh gigi bayi, boleh menyebabkan gangguan darah yang jarang berlaku yang dikenali sebagai methemoglobinemia.

Methemoglobinemia adalah sejenis gangguan darah di mana badan individu itu akan menghasilkan jumlah methemoglobin yang banyak.

Methemoglobin adalah sel darah merah yang tidak dapat membawa oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh.

Terdapat 2 jenis methemoglobinemia:

  1. Methemoglobinemia yang mengikut keturunan, dan
  2. Methemoglobinemia yang diperolehi akibat pendedahan kepada anestetik seperti benzocaine, benzena (bahan kimia yang terdapat dalam petrol dan bahan api lain), antibiotik tertentu termasuk dapsone dan klorokuin dan nitrit (digunakan sebagai pengawet untuk mengelak daging dari rosak).

Tanda-tanda gel tumbuh gigi bayi menyebabkan Methemoglobinemia

gel tumbuh gigi bayi

  • Bibir dan kuku yang nampak kelabu atau pucat
  • Sakit kepala
  • Rasa pitam
  • Keletihan
  • Sesak nafas
  • Kurang tenaga
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kekeliruan

Tanda-tanda ini akan muncul dalam masa beberapa minit saja selepas gel tumbuh gigi bayi disapukan.

Jika ibu bapa nampak tanda-tanda ini pada anak selepas menggunakan gel tumbuh gigi, bawa anak ke Bilik Kecemasan dengan segera.

Cara yang lebih selamat untuk melegakan sakit tumbuh gigi

gel tumbuh gigi bayi

Sumber gambar : Youtube

Memandangkan risiko penggunaan gel tumbuh gigi bayi, ibu bapa boleh mencuba kaedah alternatif di bawah untuk melegakan kesakitan si manja:

  • Urut gusi bayi dengan jari anda. Pastikan jari anda bersih, kemudian perlahan-lahan beri tekanan ke atas gusinya.
  • Beri bayi mainan teething supaya dia boleh gigit dan melegakan gusi yang bengkak.
  • Beri bayi minuman sejuk tapi ini hanya sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas. Ibu bapa juga boleh mencelup kain bersih ke dalam air berais dan menggosok kain pada gusi anak.
  • Beri bayi anda makanan yang sejuk. Contohnya yogurt atau buah sejuk yang boleh membantu melegakan kesakitan. Ianya baik untuk bayi anda juga!

Lagipun keberkesanan krim ini boleh dipersoalkan kerana gel tumbuh gigi bayi boleh dilap, ditelan atau hilang akibat air liur yang keluar dengan banyak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa gel tumbuh gigi bayi bukan pilihan terbaik untuk anak anda, tontonlah video di bawah:

 

 

 

 

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi, Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Gel tumbuh gigi untuk bayi anda: adakah ia selamat atau tidak?
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham